MENCINTAI RASULLAULAH KEPADA MU ALLAH AKU BERSERAH

Tuesday, December 6, 2011

HARTA PUSAKA

Pembahagiaan Harta Pusaka Menurut Hukum Faraid

 
diposting oleh Abu Basyer on Tuesday, December 6, 2011 at 2:40pm
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Pembahagian harta pusaka bertujuan untuk memberikan kepada yang berhak dan untuk membantu waris yang ditinggalkan. Syarak telah menetapkan apabila seseorang itu meninggal, hartanya akan dibahagikan mengikut pembahagian faraid. Pembahagian harta secara faraid adalah salah satu cara pembahagian harta di dalam Islam. Ayat-ayat 7, 11, 12 dan 176 dalam surah al-Nisaa menggariskan panduan berkenaan waris-waris yang berhak dan juga bahagian-bahagian yang harus diperoleh setiap waris.

Merujuk kepada kitab Mughil Muhtaj tulisan As-Sheikh Muhammad Al-Khatib As-Syarbini yang telah menyatakan bahawa antara perkara yang perlu diselesaikan ke atas harta si mati adalah zakat yang belum ditunaikan, barang-barang gadaian yang belum ditebus, hutang si mati ke atas harta yang ditinggalkan, harta sepencarian, wakaf, nazar, hibah yang telah sempurna rukunnya tetapi belum dipindah milik, perbelanjaan pengebumian, hutang dan wasiat.Setelah diselesaikan perkara-perkara tersebut barulah baki harta itu dibahagikan menurut hukum faraid.

Dalam kitab tersebut wasiat telah ditafsirkan sebagai pemberian disandarkan atau dikaitkan sesudah mati iaitu pemberian tersebut diserahkan setelah pemberiannya sudah mati.Pemberian wasiat orang Islam boleh diberikan dengan kadar tidak melebihi 1/3 bahagian sahaja. Wasiat yang melebihi kadar 1/3 adalah tidak berkuatkuasa kecuali mendapat persetujuan ahli waris yang lain atau kadar tersebut mesti dikurangkan sehingga sekadar 1/3 sahaja. Hukum Syarak juga telah menetapkan bahawa penerima harta pusaka melalui wasiat ini adalah seseorang yang tidak disenaraikan sebagai ahli waris.

Apakah dia hukum Faraid?
Faraid ialah berasal daripada perkataan faradha (فرض), di dalam bahasa Arab yang bererti ketentuan atau kepastian. Jika yang dimaksudkan dengannya berkaitan dengan warisan atau harta pusaka, maka ertinya ialah bahagian yang telah ditetapkan mengikut hukum syarak untuk ahli waris.

Dengan itu, jika pengertian hukum dikaitkan dengan pengertian faraid, maka makna hukum faraid ialah ketetapan yang diberikan Allah tentang kedudukan harta yang ditinggalkan oleh si mati atau hukum yang diberikan Allah dalam menangani pemerosesan pembahagian harta warisan kepada yang berhak.Untuk mengetahui proses pembahagian yang telah ditetapkan ini, terdapat caranya atau kadarnya, siapa yang berhak menerimanya daripada kalangan ahli waris dan sebagainya, ialah melalui apa yang dinamakan ilmu faraid. Pengertian ilmu faraid menurut sebahagian ulama ialah suatu ilmu untuk mengetahui cara-cara pembahagian harta pusaka kepada yang berhak daripada kalangan ahli waris. (Mu 'jam Lughat AI-Fuqahd' h. 341).

Pembahagian harta warisan melalui cara yang terdapat di dalam ilmu faraid akan menghasilkan pembahagian yang seadil-adilnya kerana ia berdasarkan wahyu. Kadar dan bahagian masing-masing sebenamya telah ditetapkan oleh wahyu. Manusia atau pihak mahkamah misalnya, hanya berfungsi sebagai menunaikan perlaksanaan hukum Allah dalam perkara ini. Hukum atau tatacara pembahagian harta waris melalui faraid adalah wajib.

Ayat-ayat mengenai faraid ini banyak terdapat dalam al-Quran, begitu juga dalam hadis-hadis Nabi SAW.Di antaranya ayat berikut:يوصيكم الله فى آولدكم ، للذكر مثل حظ الأنثيين فإن كن نسآء فوق أثنتين فلهن ثلثا ما ترك، وإن كانت وحدة فلها النصف.

Maksudnya: "Allah memerintahkan kamu mengenai pembahagian harta pusaka untuk anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih daripada dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati.
Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja maka bahagiannya ialah seperdua (separuh harta itu)……"(sehingga akhir ayat). (Surah an-Nisaa ayat 11)

Dan hadis:عن ابن عباس رضى الله عنهما عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: اقسموا المال بين أهل الفرائض على كتاب الله تعالى.

Maksudnya: "Daripada Ibnu 'Abbas radhiallahu 'anhuma daripada Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam sabdanya: "Kamu bahagi-bahagikanlah harta (pusaka) di antara ahli fard 'idh (waris) berdasarkan Kitabullah. "(Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)

Di zaman permulaan Islam sebagaimana yang diceritakan oleh Jabir Radhiallahu 'anhu, bahawa seorang perempuan Uanda) iaitu isteri kepada Sa'ad bin Al-Ruba'i, datang kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam mengadukan perihal dua orang anak perempuannya hasil perkongsiannya dengan Sa'ad. Perempuan Uanda) ini berkata: "Wahai Rasulullah, dua orang ini adalah anak perempuan Sa'ad bin Al-Ruba'i, bapa mereka telah mati syahid semasa berperang bersamamu wahai Rasulullah di Uhud. Kemudian bapa saudara mereka berdua telah mengambil harta mereka, dia tidak memberikannya kepada mereka walau sedikitpun dan kedua mereka ini tidak akan dapat berkahwin tanpa harta." Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Allah akan memberi keputusan hukum mengenainya."Tidak berapa lama kemudian turunlah ayat 11, surah AI-Nisa' yang telah disebutkan sebahagiannya di atas.

Setelah itu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam mengirim utusan kepada bapa saudara kedua anak perempuan itu untuk memaklumkan pesanan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang bermaksud: "Berikan kepada dua anak perempuan Sa'ad 2/3 dan kepada ibunya 1/8, manakala bakinya untukmu." (Hadis Jabir ini diriwayatkan oleh ahli hadis yang lima kecuali Nasa'i).

Berdasarkan ayat dan hadis Jabir di atas, adalah wajib membahagikan harta waris mengikut bahagian yang telah ditetapkan dalam faraid dan cara inilah yang paling baik bagi mencapai keadilan yang sebenar.Setiap yang wajib itu akan mendapat pahala jika dilakukan dan mendapat seksa jika ditinggalkan.

Sebagaimana yang telah disebutkan bahawa hukum faraid hanya membicarakan harta pusaka yang ditinggalkan oleh orang yang meninggal, maka yang dikira sebagai harta pusaka ialah semua harta yang dimilikinya secara sah sehingga dia meninggal.Sebaik saja dia meninggal, semua harta peninggalannya sudah dikira sebagai hak milik para ahli warisnya. Tetapi sebelum menjadi milik ahli waris secara sab dan sempurna, ada lima perkara yang perlu dilakukan, yakni harta waris akan diproses menerusi hukum faraid melalui cara berikut:

Pertama : Perkara yang mula sekali perlu (bahkan wajib) diperhatikan ialah tentang kedudukan harta waris itu sendiri daripada segi hak dan kaitannya dengan perkara-perkara lain seperti zakat, nazar, kaffarah, haji, gadaian, denda hukum, hutang kepada Allah dan sebagainya. Dengan demikian, jika zakatnya belum dikeluarkan, maka wajib dikeluarkan. Jika sebahagiannya juga ada diperuntukkan untuk nazar oleh si mati, maka wajib ditunaikan.

Jika antara harta itu terdapat gadaian juga wajib ia diasingkan. Jika ada hutang si mati kepada Allah, maka bayarlah hutang itu. Jika semasa hidupnya sudah wajib dia menunaikan haji, tetapi dia tidak pergi menunaikannya, maka wajib juga diasingkan untuk keperluan menghajikannya (upahkan haji untuknya), begitulah seterusnya

Kedua : Setelah cara pertama yang di atas dapat disempurnakan, maka baki harta itu diperuntukkan pula untuk perbelanjaan perlaksanaan fardu kifayahnya, seperti membeli kain kafan dan keperluan pengkebumiannya menurut yang selayaknya.

Ketiga : Kemudian bakinya yang masih ada dikeluarkan untuk melunaskan segala hutangnya kepada orang lain, iaitu hutang yang sabit mengikut pengakuannya semasa hidup atau yang sabit melalui bukti-bukti yang diperakui kerana hutang itu wajib dibayar bagi pihak si mati.

Keempat : Daripada baki harta itu lagi dibayarkan (diasingkan) pula untuk keperluan wasiatnya jika ada, iaitu tidak lebih daripada 1/3 (sepertiga) daripada baki harta yang ada setelah perkara-perkara di atas diselesaikan.

Sekiranya dia mewasiatkan semua atau sebahagian hartanya, maka wasiat ini tidak diterima, tetapi cukup dikeluarkan 1/3 (sepertiga) sahaja untuk wasiatnya itu.

Kelima : Baki harta yang masih ada selepas empat perkara di atas dilakukan, maka itulah dia harta waris yang menjadi milik semua ahli waris yang berhak.Itulah juga harta yang dimaksudkan di dalam hukum faraid yang wajib dibahagi-bahagikan kepada semua ahli waris yang berhak, sesuai dengan kadar bahagian masing-masing. (Nihayah AI-Zain h. 281)

Sahabat yang di muliakan,
Telah menjadi amalan umat Islam bahawa apabila simati meninggal dunia maka waris akan membuat kenduri tahlil untuk mendoakan simati . Waris-waris perlu ingat bahawa sekiranya mereka bercadang mengadakan majlis tahlil perlulah menggunakan wang poket masing-masing dan jangan digunakan wang peninggalan simati kerana hak-hak yang wajib ditunaikan (5 perkara) di atas belum diselesaikan.

Adalah jelas di sini waris- waris tidak boleh memakan harta simati sebelum di tunaikan hak-hak simati dan dibuat pembahagian dengan ahli-ahli waris yang lain secara faraid.

Orang yang berhak kepada harta waris hanyalah orang-orang yang disebut sebagai ahli waris yang terdiri daripada pihak lelaki dan perempuan, seperti berikut:

Daripada pihak lelaki:

1. Anak lelaki
2. Anak lelaki daripada anak lelaki (cucu).
3. Bapa.
4. Datuk
5. Saudara lelaki seibu sebapa (saudara kandung)
6. Saudara lelaki sebapa
7. Saudara lelaki seibu
8. Anak lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa
9. Anak lelaki daripada saudara lelaki sebapa
10. Bapa saudara yang seibu sebapa dengan bapa
II. Bapa saudara yang sebapa dengan bapa
12. Anak lelaki daripada bapa saudara yang seibu sebapa
13. Anak lelaki daripada bapa saudara yang sebapa dengan bapa
14. suami
15. Orang yang memerdekakan hamba sahaya (bekas tuannya).

Daripada pihak perempuan:

1. Anak perempuan
2. Anak perempuan daripada anak lelaki
3. Ibu
4. Nenek perempuan daripada pihak ibu
5. Nenek perempuan daripada pihak bapa
6. Saudara perempuan seibu sebapa
7. Saudara perempuan sebapa.
8. Saudara perempuan seibu
9. Isteri.
10. Perempuan yang memerdekakan hambanya

Sahabat yang dikasihi,
Nabi SAW menggalakkan umatnya supaya membuat wasiat melalui sabdanya: "Tidak patut bagi seseorang muslim yang ingin berwasiat tidur selama dua malam, selagi ia tidak menulis wasiatnya disisinya".(Muttafaqun Alaihi)

Pengurusan harta sebagai bekalan kehidupan diakhirat mesti diurus dan dirancang semasa hidupnya lagi. Sebagaimana yang pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Baginda telah mengarahkan sahabat yang ingin pergi berperang agar mewasiatkan hartanya kepada orang lain. Ia bertujuan agar segala harta dan tanggungjawab yang akan ditinggalkan , sekiranya dia syahid di medan peperangan, dapat diurus dengan baik dan sempurna.

Sesungguhnya Islam telah menyusun,mengatur sistem dan kaedah terbaik bagi umatnya mengurus harta pusaka. antaranya adalah melalui kaedah wakaf, sedekah, hibah, faraid dan wasiat.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
"Allah telah memberikan bahagian setiap orang yang berhak, maka tiada wasiat untuk warisnya".
(Hadis Riwayat At-Tarmizi)

Wasiat hanya boleh dilaksanakan kepada selain daripada mereka yang layak mendapatkan bahagian harta mengikut hukum faraid. Wasiat dan hutang si mati hendaklah dijelaskan dahulu sebelum harta si mati dibahagikan mengikut faraid.

Menurut ulamak feqah, wasiat hanya boleh dilaksanakan tidak lebih 1/3 daripada harta si mati. Manakala hutang pula hendaklah dilunaskan sepenuhnya oleh warisnya jika harta peninggalan si mati tidak mencukupi.

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita semua sebagai umat Islam untuk membuat wasiat dan menuliskannya dan diserahkan kepada satu "badan pemegang amanah" yang akan di pertanggungjawabkan untuk membantu menyelesaikan harta pusaka menurut hukum faraid.

Waullah Hu Aklam

Tuesday, August 16, 2011

HARAPKAN HANYA RAHMAT ALLAH.

Anak anak ku,
Dikisahkan, terdapat seorang ahli abid yang hidupnya hanya beribadat kepada Allah. Atas keikhlasannya, Allah menumbuhkan sejenis pohon yang mengeluarkan sebiji buah setiap pagi dan petang. Di sisinya pula terdapat sebuah mata air yang akan memancutkan air jernih untuknya minum setiap kali dia menadahkan tangannya. Apabila abid ini meninggal dunia, tibalah masa dan ketika amalannya dihitung. Akhirnya didapati, amalannya yang tersangat banyak di dunia dahulu, hanya cukup untuk menampung NIKMAT PENDENGARANnya sahaja. Nikmat yang lain-lain di dunia dahulu langsung tidak dapat ditimbangtara. Maka ahli abid itu diputuskan untuk dihantar ke neraka. Sebelum dia dihantar ke neraka, Allah bertanya kepadanya.. "Wahai ahli abid, dengan apakah yang dapat menyelamatkan kamu dari seksaan-Ku?". Ahli abid itu menjawab, "Hanya RAHMAT-MU sahaja Ya Allah yang dapat menyelamatkanku". Maka Allah berfirman, "DEMI RAHMATKU, MASUKLAH KAMU KE DALAM SYURGAKU"

Hanya Allah yang maha mengetahui.

Wednesday, August 10, 2011

Hayati 21 Amalan Menuju ke Syurga
by Abu Basyer on Wednesday, August 10, 2011 at 6:13pm أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Syurga adalah tempat tinggal yang abadi di hari akhirat disediakan oleh Allah SWT untuk orang-orang mukmin.

Anas bin Malik r.a berkata: "Nabi Muhammad SAW. bersabda maksudnya : "Siapa yang minta kepada Allah syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa: "Ya Allah, masukkan ia kesyurga" dan siapa berlindung kepada Allah dari neraka tiga kali maka neraka berdoa: "Ya Allah, hindarkan ia dari neraka."

Seorang ahli hikmah berkata: "Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala bererti satu kebodohan dan tidak bersungguh-sungguh beramal setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah malas dan di syurga ada masa istirehat tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang tidak pernah istirehat didunia dan ada kepuasan yang tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang meninggalkan berlebihan didunia, dan cukup dengan kesederhanaan yang ada didunia."

Terdapat 21 soalan dan jawapannya telah diberikan oleh Rasulullah SAW untuk kalian mendekatkan diri kepada Allah SWT, mendapat balasan pahala dan jalan menuju kesyurga Allah SWT.

1. Adakah kalian ingin mendekatkan diri kepada Allah?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Seorang hamba itu paling hampir dengan Allah adalah ketika dia sujud, hendaklah kamu banyak berdoa sewaktu sujud".( Hadis Riwayat Muslim)

2. Adakah kalian inginkan pahala seperti mengerjakan haji?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Mengerjakan umrah pada bulan Ramadan adalah seperti mengerjakan haji bersama-samaku". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Adakah kalian inginkan sebuah istana didalam syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membina masjid, Allah akan membina sebuah istana didalam syurga untuknya". (Hadis Riwayat Muslim)

4. Adakah kalian inginkan keredaan Allah setiap masa?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah reda kepada hambanya yang mengucapkan syukur di waktu makan dan minum". (Hadis Riwayat Muslim)

5. Adakah kalian mahu doa dimakbulkan oleh Allah?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Allah tidak menolak doa hambanya diantara waktu azan dan waktu qamat". (Hadis Riwayat Abu Daud)

6. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang berpuasa setahun?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Puasa tiga hari pada setiap bulan adalah sama pahalanya seperti puasa setahun". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Adakah kalian inginkan pahala sebesar gunung?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang menziarahi dan solat jenazah, pahalanya seperti sebuah gunung dan sekiranya dia juga menghantar jenazah ke kubur maka dia akan mendapat pahala seperti dua gunung". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

8. Adakah kalian ingin bersama-sama Nabi dalam syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Aku akan bersama-sama dengan orang yang telah menjaga anak yatim didalam syurga". (Hadis Riwayat Bukhari)

9. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau orang yang berpuasa atau orang yang mendirikan solat?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Orang-orang yang berusaha dan menolong ibu tunggal dan orang miskin pahalanya seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau seperti pahala orang yang mendirikan solat atau seperti pahala orang yang berpuasa".
(Hadis Riwayat Muslim)

10. Adakah kalian ingin mendapat jaminan Nabi untuk masuk ke syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang dapat memelihara mulutnya dan diantara dua pehanya maka aku akan memberi jaminan kepadanya untuk masuk syurga".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

11. Adakah kalian inginkan pahala amalan walaupun selepas mati?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tiga perkara yang akan berterusan mendapat pahala walaupun seseorang itu meninggal dunia adalah sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat yang diberikan kepada orang lain dan anak yang soleh yang berdoa kepadanya".
(Hadis Riwayat Muslim)

12. Adakah kalian ingin mendapat satu daripada hazanah syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca " LAHAULAWALA QUWATA ILLABILLAH" dia akan mendapat satu daripada hazanah syurga".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

13. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang mendirikan solat sepanjang malam?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang solat isyak dan subuh berjemaah dia akan mendapat pahala seperti mereka yang mendirikan solat sepanjang malam".
( Hadis Riwayat Muslim)

14. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang membaca 1/3 Al-Quran?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca " QUL HUWA ALLAHU AHAD... " dia akan mendapat pahala seperti membaca 1/3 al-Quran".
(Hadis Riwayar Muslim)

15. Adakah kalian ingin menambah pahala dalam timbangan untuk masuk ke syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Dua kalimah yang Allah sangat suka kita membacanya dan sangat banyak pahala untuk memberatkan timbangan kebajikan di akhirat adalah 'SUBHA NALLAH WABIHAM BIHI... ' dan 'SUBHA NALLAH HAL A'ZIM.."
(Hadis Riwayat Bukhari)

16. Adakah kalian mahu supaya dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang selalu menghubungkan silaturrahim dia akan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki".
(Hadis Riwayat Bukhari)

17. Adakah kalian mahu dipelihara oleh Allah sepanjang masa?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang sentiasa solat subuh dia akan sentiasa dilindungi oleh Allah". (Hadis Riwayat Muslim)

18. Adakah kalian ingin Allah mengampunkan semua dosa kalian?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca ' SUBHA NALLAH WA BIHAM DIHI..' sebanyak 100x sehari Allah akan mengampunkan dosanya walaupun sebanyak buih dilaut". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

19. Adakah kalian mahu dijauhkan daripada azab api neraka?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa satu hari ikhlas kerana Allah dia akan dijauhkan daripada azab api neraka". (Hadis Riwayat Bukhari)

20. Adakah kalian ingin dirahmati oleh Allah?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca satu kali selawat kepada Nabi Muhammad Allah akan memberi sepuluh kali rahmat kepadanya".
(Hadis Riwayat Bukhari)

21. Adakah kalian ingin Allah mengangkat darjat kalian?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang merendah diri kepada Allah, Allah akan menangkat darjatnya dan memuliakannya". (Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita beramal dengan amal soleh, beribadah dengan ikhlas dan khusyuk kepada Allah SWT, melaksanakan jihad dan kerja-kerja kebajikan di dunia ini semata-mata mencari keredaan Allah SWT. Balasan untuk mukmin yang istiqamah dengan Islam adalah kebaikan di dunia dan kebaikan dihari akhirat . Hayatilah 21 perkara amalan di atas untuk menuju ke syurga Allah SWT.

Saturday, August 6, 2011

MENDAPATKAN RAHMAT ALLAH

Daripada sahabat blogger Ustaz Abd Basyer,

Berdasarkan hadis tersebut masuknya kita ke dalam syurga Allah SWT. adalah disebabkan dengan rahmat Allah bukan dengan amalan yang kita laksanakan. Walaubagaimana pun untuk mendapatkan rahmat Allah SWT perlulah kepada lima syarat.

Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Tidak melakukan syirik kepada Allah SWT.

Dosa yang paling besar disisi Allah SWT. adalah syirik kepada-Nya. Syirik besar (akbar) adalah menyakutukan Allah SWT dengan makhluk ciptaan-Nya.

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. (Surah an-Nisa ayat 48)

Firman Allah SWT yang bermaksud :"Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk."
(Surah al-An'aam ayat 82)

Para sahabat Rasulullah keberatan dengan ayat ini, dan bertanya kepada baginda, "Hai Rsulullah, siapa orang yang tidak menzalimi dirinya sendiri?". Maka, baginda menjawab,"Maksud ayat ini bukan begitu, tetapi maksudnya adalah syirik. Bukankah kalian mendengar nasihat Luqman kepad anaknya, "Wahai anakku, janganlah engkau menyekutukan Allah kerana sesungguhnya perbuatannya ini adalah dosa (kezaliman) besar."(Hadis Riwayat Muttafaq alaih).

Kedua : Sentiasa berzikir dan menjaga hubungan hati dengan Allah.

Allah Yang Maha Besar selalu mengingatkan kita di dalam kitab-Nya Al-Quran Al-Karim supaya sentiasa berzikir seperti berikut:“Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.” ( Surah al-Insan ayat 25- 26)

Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.”(Surah Al A’raf, Ayat 205)

Dari Abu Hurairah r.a: Rasulullah SAW bersabda : Allah SWT berfirman maksudnya : "Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak."(Hadis Riwayat Bukhari, Tirmizi dan Ibn Majah)

Allah SWT cinta dan kasih kepada hamba-hamba-Nya yang sentiasa basahkan lidah dengan berzikir dan mengingati-Nya setiap hari.

Ketiga : Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :"Barangsiapa melazimi meminta ampun kepada Allah, nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesempitan dan menjadikan baginya jalan lapang dari setiap kesusahan serta Allah memberi rezeki kepadanya dari punca yang tidak disangka-sangka." (Hadis Riwayat Bukhari)

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :“Sesungguhnya syaitan itu berkata kepada Allah : ‘Demi Izzah-Mu ya Allah, aku tidak akan berhenti menggoda hamba-hamba-Mu selama nyawa-nyawa mereka masih ada dalam jasad-jasad mereka. Maka Allah SWT. menjawab. ‘Demi Izzah-Ku dan keagongan-Ku, Aku akan mengampuni mereka selama mereka beristighfar memohon ampun kepada-Ku.”(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Al-Hakim)

Keempat : Sentiasa mengikhlaskan beribadah kepada-Nya.

Dalam satu hadis qudsi Allah SWT berfirman yang bermaksud:“Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang Aku mangasihinya” (Hadis Riwayat Abu Hasan Al Basri)

Kerana ikhlas satu rahsia Allah tentu tidak mungkin kita dapat mengetahui siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak. Malah diri kita sendiri pun mungkin kadang-kadang susah untuk dipastikan apakah amalan kita itu ikhlas atau sebaliknya.

Dihari akhirat Allah SWT tidak akan menerima amalan yang dilakukan tidak ikhlas iaitu kerana riak dan mencari habuan dunia.Walaupun ikhlas adalah rahsia Allah SWT namun Islam membuat satu garis panduan unutk mengukur hati kita dan membentuknya supaya benar-benar ikhlas. Di antara tanda-tanda ikhlas dalam satu amalan apabila orang memuji atau mencaci amalan kita, kita rasa sama saja. Pujian tidak membanggakan kita dan kejian tidak menyusahkan. Itulah tanda ikhlas. Maknanya amalan itu betul-betul dibuat kerana Allah. Kerana itu kalau manusia cerca, caci atau hina, hati pun tidak cacat, tidak timbul perasaan marah, dendam atau ingin membela diri atau melawan orang yang menghina itu.

Firman Allah SWT maksudnya :"Dan tiadalah mereka disuruh melainkan supaya menyembah Allah serta mengikhlaskan agama kepadanya." (Surah Al-Bayyinah ayat 5)

Al-Imam Fudail bin ‘Iyyad katanya: “Meninggalkan amal kerana manusia itu adalah riak. Beramal kerana manusia itu adalah syirik. Adapun ikhlas ialah Allah menyelamatkan kamu daripada keduanya.”

Kelima : Melakukan ketaatan kepada Allah SWT dan mengerjakan amal soleh.

Apabila seseorang menjaga agamanya, memelihara tanggungjawabnya sebagaimana dititah perintahkan Allah kepadanya, maka dia akan merasa betapa Allah bersama dengannya semua urusannya.

Firman Allah SWT. yang bermaksud :“Masuklah kamu ke dalam syurga disebabkan apa yang telah kamu kerjakan.”(Surah An-Nahl ayat 32)

Firman Allah SWT. yang bermaksud :"Itulah syurga yang diwariskan kepadamu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan.”(Surah Al-A’raaf ayat 43)

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :"Bersegeralah kalian untuk berbuat amal soleh, kerana akan muncul berbagai fitnah seperti penggalan-penggalan malam yang gelap-gulita, ada orang yang paginya beriman, petangnya kafir. Ada yang petangnya beriman, paginya kafir. Ia jual agamanya dengan barang perhiasan dunia."(Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dikasihi,
Apabila kita telah melaksanakan lima perkara yang tersebut di atas maka barulah kita layak mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Mereka yang hidup di dunia ini bergelumang dengan maksiat, melakukan dosa , melanggar hukum-hukum Allah , bersikap sombong, riak dan takbur tidak mungkin akan mendapat reda , kasih sayang dan rahmat Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya : "Pada hari ketika wajah mereka dibolak-balikkan di dalam neraka, mereka berkata: 'sekiranya kami mentaati Allah dan Rasul-Nya. Dan mereka berkata : Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Ya Tuhan kami, timpakan kepada mereka azab dua kali lipat dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar." (Surah Al-Ahzab ayat 66-68)

Firman Allah SWT maksudnya : "Orang-orang yang merusak janji Allah setelah diikrarkan dengan teguh dan memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerusakan di muka bumi, orang-orang itulah yang mendapat laknat dan lagi mereka yang memperoleh kediaman yang buruk (jahanam)." (Surah Ar'd ayat 25).

Oleh itu marilah sama-sama kita mentaati Allah SWT dengan melaksanakan lima syarat tersebut di atas iaitu jauhkan daripada syirik, sentiasa berzikir, bertaubat, membuat amal soleh, amal kebajikan dan beribadah dengan ikhlas semata-mata kerana-Nya. Semoga dengan ketaatan kita mengikut perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya kita akan dikasihi oleh Allah SWT maka dengan sifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang-Nya, Dia akan memasuki kita ke dalam syurga-Nya dengan rahmat-Nya terutama difasa pertama bulan Ramadan ini iaitu 'permulaannya rahmat'. Waullahualam.

Tuesday, August 2, 2011

ALLAH DEKAT DENGAN HAMBANYA

Anak anak ku,

Allah tidak jauh daripada setiap hamba. Yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah.

Sabda Nabi SAW kepada Ibnu 'Abbas ketika itu dia masih kecil:
"Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajarmu beberapa kalimat, iaitu, jagalah Allah (jagalah perintahNya) nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah (jaga perintahNya) nescaya engkau dapati Dia berada di hadapanmu (menunaikan keperluanmu). Apabila engkau memohon pohonlah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan minta tolonglah daripada Allah." (Hadis Riwayat al-Tirmizi hadis ini hasan sahih)


Waullah Hu Aklam.

MASUK SHURGA KERANA RAHMAT ALLAH

Sahabat sahabat ku,

Kita masih bernafas dan sihat tubuh badan kerana rahmat Allah. Kita telah diberi-Nya rezeki yang tak putus-putus, masih beriman dan bertakwa dan masih berpeluang menjalani ibadah puasa dibulan yang mulia ini atas rahmat Allah. Hidup dan mati kita, diterima-Nya amal ibadah dan amal soleh kita dihari akhirat dan dimasukkan kedalam syurga-Nya seluas langit dan bumi adalah kerana rahmat-Nya.

Dari Jabir, ia berkata: Saya pernah mendengar Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : "Amal saleh seseorang diantara kamu tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga dan tidak dapat menjauhkannya dari azab api neraka dan tidak pula aku, kecuali dengan rahmat Allah."
(Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis tersebut masuknya kita ke dalam syurga Allah SWT. adalah disebabkan dengan rahmat Allah bukan dengan amalan yang kita laksanakan. Walaubagaimana pun untuk mendapat rahmat Allah SWT kita perlu membuat amal soleh, amal kebaikan dan beribadah dengan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT, semoga dengan ketaatan kita mengikut perintah Allah SWT. didunia dan meninggalkan larangan-Nya kita akan terpilih diantara hamba-Nya yang dirahmati dan dikasihi. Oleh itu dengan sifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang Allah SWT, Dia memasuki kita ke dalam syurga-Nya dengan rahmat-Nya.

Nabi SAW. menjelaskan bahawa amal ibadah yang kita kerjakan bukanlah pasti bagi Allah SWT. masukkan kita didalam syurga-Nya, kerana betapa ramai orang yang beribadah tetapi apabila ada sahaja sedetik saja rasa ujub atau riak dalam dirinya maka seluruh amalannya tak akan diterima oleh Allah SWT.

Janganlah kita merasa puas dengan sedikitnya amal soleh dan ama libadah yang telah kita laksanakan. Kita perlu berdoa dan memohon supaya Allah SWT sentiasa memberi taufik dan hidayah-Nya dan rahmat-Nya dalam kehidupan kita seharian.

Waullah Hu Aklam.

Sunday, July 31, 2011

MENZALIMI SESAMA MANUSIA

Jauhi Tiga Jenis Zalim Yang Akan Menyelamatkan Kita di Hari Akhirat
by Abu Basyer on Friday, July 29, 2011 at 9:13am
أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Zalim ada tiga jenis :
Pertama : Zalim yang Allah tidak akan ampunkan ;
Kedua : Zalim yang Allah akan ampunkan ;
Ketiga : Zalim yang Allah tidak akan tinggalkan.

Adapun zalim yang Allah tidak akan ampunkan adalah syirik . Allah berfirman maksudnya : "Sesungguhnya syirik adalah zalim yang amat besar"(Surah Luqman ayat 13) ;Zalim yang Allah tidak akan tinggalkan.

Adapun zalim yang Allah tidak akan meninggalkannya adalah zalim insan kepada sesama insan sehingga mereka diadili kelak (di akhirat) "

Dosa-dosa sesama manusia : Membunuh jiwa yang tidak berdosa, memfitnah, mengumpat, mencuri, merompak, menyamun, merampas hak orang lain, memukul orang dan mencederakannya, menyembur gas pemedih mata atau air kimia kepada rakyat yang berhimpun secara aman, menipu di dalam pilihanraya, mendedahkan aib seseorang, mengambil rasuah sehingga berlaku berat sebelah dan sanggup menzalimi orang lain, menderhakai ibu bapa dan tidak amanah dalam tugas yang diberikan kepadanya.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"
(Surah Hud ayat 113)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Seorang mukmin akan dibebaskan dari api neraka, lalu mereka diberhentikan di atas jambatan (qanthrah) antara syurga dan neraka, mereka akan saling diqisas antara satu sama lainnya atas kezaliman mereka di dunia. Setelah mereka bersih dan terbebas dari segalanya, barulah mereka diizinkan masuk syurga. Demi Zat yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, seorang diantara kalian lebih mengenal tempat tinggalnya di syurga daripada tempat tinggalnya di dunia”.(Hadis Riwayat Bukhari).

Zalim merupakan perbuatan yang di larang oleh Allah SWT dan termasuk dari salah satu dosa-dosa besar. Manusia yang berbuat zalim akan mendapatkan balasan di dunia dan seksa yang pedih di akhirat kelak.

Sebagaimana firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya dosa besar itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih“.
(Surah asy-Syura ayat 42)

Abu Hurairah r.a. berkata: “Nabi SAW bersabda maksudnya : “Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, baik berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) nya sekarang juga, sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika ia punya amal soleh, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanat (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya untuk ditanggungkan kepadanya.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wednesday, June 8, 2011

THING FOR A MOMENT Part 1

Dear Brothers and Sisters,

Ultimately, Islam seeks to create a system where justice, not profit reigns supreme. Islamic economics has two primary goals: to combat poverty and provide for a just and equitable distribution of wealth. The Islamic state does this through a variety of voluntary and mandatory mechanisms. For example, Zakah, a powerful redistributive tool, transfers money from the hands of the rich to the hands of the poor through charity. The abolition of riba prevents unfair lending schemes which penalize the poor. In addition, the state is required to provide each citizen with a minimum standard of living. As the Prophet (sws) said: ‘Any ruler who is responsible for the affairs of Muslims but does not strive sincerely for their well-being will not enter Paradise with them’ (Muslim, vol. 1, p. 126). Yet, at the same time, Islam achieves balance and maintains economic freedom by securing the individual’s right to private property.

Tuesday, May 31, 2011

REDA DENGAN KETENTUANNYA

Orang Mukmin Hatinya Sentiasa Tenang dan Reda Dengan Kententuan Tuhan Kepadanya .by Abu Basyer on Tuesday, May 31, 2011 at 12:18am.أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Sahabat yang dirahmati Allah,
Firman Allah SWT maksudnya : "Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd ayat 28)

Soalnya bagaimana hati seseorang boleh menjadi tenteram dan tenang dengan mengingati Tuhan?.

Ini adalah kerana apabila hati seseorang mengingati Tuhan maka seseorang individu itu akan sedar, insaf dan faham apakah maksud ketentuan dan takdir Tuhan yang telah menimpa dirinya. Bila ditimpa musibah, katakanlah kemiskinan, dia sedar bahawa itu adalah ketentuan dari Allah SWT yang wajib diterima atas sifatnya sebagai hamba Allah.

Walaupun kalian telah berusaha segigih dan sekuat mungkin, tetapi jika ditakdirkan miskin, rezeki yang diusahakannya tidak berjaya, maka kalian perlu menerima bahawa segala ketentuan itu dengan hati yang sabar. Dalam hati perlu berkata, “takdir sentiasa mengatasi tadbir. Tentu ada hikmah di sebalik kepahitan ini.”Firman Allah SWT maksudnya : "Dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan." (Surah al-Anbiyaa': 35)

Adapun orang yang benar dalam beriman ia akan senantiasa bertakwa kepada Allah dan menghambakan diri kepada-Nya dalam keadaan apapun. Bila ia mendapat kesenangan, kemudahan, dan kekayaan ia bersyukur. Namun jika ditimpa kesulitan, kesusahan, dan kemiskinan ia bersabar.

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya : "Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin. Sungguh seluruh urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak dimiliki oleh seorangpun kecuali seorang mukmin. Jika ditimpa kesenangan ia bersyukur, maka hal itu baik baginya. Dan jika ditimpa musibah ia bersabar, maka hal itu juga baik baginya." (Hadis Riwayat Muslim dari Shuhaib ar-Rumi)

Kalian tidak akan menyalahkan diri sendiri, orang lain, apalagi Tuhan atas nasib yang menimpa kalian. Kerana apa? Kerana kalian perlu sedar sebagai hamba kalian hanya mampu berusaha tetapi ketentuan di tangan Allah SWT. Maka dengan keyakinan yang sebegini kalian akan merasai satu ketenangan dan kelapangan yang menjadikan kalian tidak mudah untuk marah-marah dan kecewa dalam hidup.

Kalian perlu yakin, bahawa semua takdir Allah itu adalah baik kerana ia datang dari Allah (yang Maha Pengasih) walaupun jika dilihat secara lahiriahnya kelihatan negatif. Sebab itu kalian diajar mengucapkan “innalillah wa inna ilahirajiun…” – ertinya "kami datang dari Allah dan kepada Allah kami akan dikembalikan."

Allah SWT berfirman maksudnya : "Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.' Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya."(Surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Tegasnya, ucapan ini mengingatkan bahawa kalian adalah hamba-Nya. Maka jika kalian sedar akan hakikat itu, layakkah kalian sebagai hamba untuk ‘memberontak’ menentang sebarang ketentuan Allah? Sebagai hamba Allah SWT kalian wajib berusaha bukanlah alasan untuk menolak kemiskinan, kesakitan dan kegagalan namun jika ia berlaku juga tentulah ada kebaikan yang tersembunyi.

Tidak semua orang yang berubat akan sembuh dengan ubat yang dimakan dan tidak semua orang yang berusaha akan memperolehi apa yang dihajatkan. Usaha dan berikhtiar adalah ibadah dan kejayaan adalah urusan Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Jika kalian meletakkan usaha itu pasti berjaya 100% ini bermakna kalian mendahului ketentuan Allah SWT dan menjadikan usaha itu sebagai 'tuhan' yang menentukannya.

Dan hakikat itu pastinya tidak dapat di singkap dengan akal yang sejengkal berbanding dengan ilmu Allah yang Maha luas. Lupakah kalian bahawa Allah pernah mengingatkan bahawa ada perkara yang di benci tetapi itu membawa kebaikan untuk kalian dan ada perkara yang kalian sukai tetapi itu tidak baik. Allah lebih mengetahui dan kalian sama sekali tidak mengetahui rahsia dan hikmah sesuatu kejadian ciptaan Tuhan.

Firman Allah SWT maksudnya : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah ayat 216)

Orang yang hatinya mengingati Allah juga akan bersifat syukur apabila mendapat nikmat. Hatinya tidak terlalu melonjak-lonjak, sombong, zalim dan memandang rendah kepada orang lain. Perlu sedar bahawa kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT hakikatnya adalah satu amanah daripada-Nya yang mempunyai maksud tertentu untuk difahami dan dilaksanakannya.

Syukur ertinya, menyedari bahawa nikmat itu adalah dari Allah seterusnya menggunakan nikmat itu selaras dengan tujuan pengurniaan nikmat tersebut. Jika kalian diberi kekayaan, kalian perlu sedar itu adalah amanah dari Allah untuk membantu hamba Allah yang lain. Maka dibelanjakanlah kelebihan itu untuk membantu fakir miskin melalui ibadah zakat, sedekah dan hibah. Jika kalian pandai, perlulah merasai bahawa rasa kepandaian itu datangnya dari Allah SWT lalu digunakannya kepandaian itu untuk mengajar orang lain dan membantu masyarakat.



Janganlah menjadi sombong seperti Qarun, yang merasai kekayaannya adalah hasil kepandaiannya berniaga, sedangkan dia lupa bahawa Nabi Musa a.s. telah mengajarkan ilmu Allah SWT kepadanya untuk menukarkan benda lain menjadi emas tulin. Sebaliknya jadilah peribadi mulia seperti mewarisi sifat Nabi Sulaiman a.s. yang apabila dipuji baginda berkata: “Semua ini adalah pemberian Tuhanku.”

Justeru apabila kalian dikurniakan nikmat, kalian telah diajar untuk mengucapkan alhamdulillah – ertinya, segala puji bagi Allah. Apa rahsia di sebalik ucapan ini? Ertinya, kalian diminta memuji Allah SWT bukan memuji diri sendiri apabila mendapat nikmat. Bila dikurniakan harta, ucapkanlah ‘segala puji bagi Allah’ yang bermaksud Tuhan itulah yang mengurniakan harta kepada kalian dan kepada-Nyalah kalian wajib berterima-kasih. Hati kalian akan puas dengan apa yang diberikan-Nya. Sebaliknya jika kalian tidak rasakan itu pemberian dari Tuhan, maka kalian akan ditimpa oleh dua kemungkinan – satu rasa sombong diri dengan kelebihan dan kurniaan itu. Atau yang kedua, rasa belum cukup puas dengan apa yang ada dan terus haloba dengan apa yang tiada.



Mencari dan terus mencari, umpama orang yang minum air laut, makin diminum makin haus. Fenomena inilah yang melahirkan amalan ‘jenayah kolar putih’ – rasuah, penyelewengan dan berbagai-bagai skandal kewangan dikalangan orang atasan.



Sudah kaya harta, tapi masih tamak kerana miskin hatinya. Hakikat inilah yang pernah digambar oleh maksud hadis bahawa jika dunia ini diserahkan kepada seorang yang tamak, maka dia akan menuntut sebuah lagi dunia yang seumpanya.



Inilah bahana kerakusan nafsu yang tidak pernah kenal erti cukup dan puas. Ya, jika direnung dalam-dalam, ramai manusia hari ini tidak kira di mana, walau siapapun dirinya, dan pada bila-bila masapun, telah mengalami ‘sakit rohani’ . Memang, sifat sabar dan syukur jarang dimiliki oleh manusia.

Manusia selalunya bersifat keluh-kesah bila ditimpa musibah, tetapi lupakan diri apabila menerima nikmat. Tidak sabar dan tidak syukur ini menyebabkan manusia menderita dalam apa jua keadaan – sama ada dalam kekurangan atau dalam kelebihan.

Benarlah kata hukama bahawa, “barang siapa yang tidak cukup dengan yang sedikit, pasti tidak akan puas dengan yang banyak.”



Sahabat yang dimuliakan,

Harta dan wang ringgit tidak dinafikan perlu untuk kebahagiaan hidup tetapi ia bukanlah satu-satunya faktor yang menjamin kebahagiaan. Dunia masakini telah dihuni oleh ramai orang miskin yang kecewa, marah dan hasad terhadap kekayaan orang lain. Dan dengan sifat-sifat negatif itulah mereka terdorong untuk melakukan perbuatan mencuri, merompak dan rasuah. Kemiskinan harta yang dialami diiringi juga oleh kemiskinan hati.

Dunia masakini juga telah dipenuhi oleh orang kaya yang tidak bersyukur, yang terus merasa miskin walaupun ditimbuni oleh wang ringgit dan harta. Akibat kemiskinan hati, orang kaya ini sentiasa merasa kurang dengan apa yang ada.

Akibatnya, berlakulah penyelewengan, penipuan dalam perniagaan, merasuah, mengambil riba dan lain-lain jenayah kewangan yang dilakukan oleh orang yang telah kaya.



Dengan adanya dua kelompok manusia ini, dunia menjadi semakin huru-hara. Tidak ada hubungan yang harmoni antara yang miskin dan kaya. Yang miskin hasad dengki manakala yang kaya pula terus tamak dan sombong.



Carilah kekayaan hati di samping mencari kekayaan harta. Kekayaan hati bukan sahaja penting di akhirat sebagai jaminan keselamatan dan kebahagiaan di sana. Namun ia juga penting untuk kebahagiaan kita di alam dunia ini lagi

Percayalah, ketenangan di dunia ini adalah bayangan kepada kebahagiaan di akhirat. Justeru dunia adalah ‘ladang’ akhirat. Bagaimana kalian akan dapat menuai hasil yang baik dan lumayan di akhirat nanti, jika pokok yang di tanam di dunia bantut dan kering layu?

Sebab itu ahli sufi pernah berkata: “Carilah syurga yang disegerakan di dunia (ajjanatul ajilah) yang berupa ketenangan hati kerana barangsiapa yang tidak mendapat syurga di dunia lagi, maka sukarlah ia mendapat syurga di akhirat Nanti!” Sahabat yang dikasihi,

Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri kita sendiri, perbaikilah hati, jiwa dan akhlak kita untuk menjadi insan kamil, insan yang akan beroleh kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di hari akhirat dan diselamatkan oleh Allah SWT daripada seksaan api neraka.



Ingatlah nikmatnya syurga dunia adalah hati sentiasa lapang, tenang, bila kaya hati bersyukur dan bila miskin dan ditimpa musibah hati bersabar. Nikmat syurga akhirat yang paling hebat adalah dapat melihat wajah Allah SWT dan juga dapat menikmati kelazatan hidup tidak dapat dibayangkan dengan akal dan tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga..

Wednesday, May 25, 2011

SAAT SAAT KEMATIAN MU

Petikan dari Ustaz Abu Bakar Basyer,

Sahabat yang dimuliakan,
Sebaik-baik umur adalah umur yang panjang dan penuh dengan amal soleh. Dan seburuk-buruk umur menurut Allah SWT adalah yang panjang umurnya tetapi diisi dengan dosa dan maksiat kepada Allah SWT.

Keadaan di akhir hayat seseorang bergantung kepada amalan sehari-hari. Oleh kerana itu, isilah hari-hari kita dengan selalu meningkatkan iman dan amal soleh.

Pertama : Selain berusaha untuk selalu meningkatkan ibadah fardu dan sunat, maka perlu memperbanyak amalan ihsan, iaitu amalan yang memberi kebaikan kepada orang ramai, baik berupa ajakan untuk kembali kepada Allah (dakwah kepada Islam), menyebarkan ilmu, menyebarkan kasih sayang, menyebarkan amal soleh, dan selalu berpesan kepada yang hak dan berpesan kepada kesabaran.

Kedua : Tidak meminta mati kecuali kerana telah terjadi fitnah yang mengancam keselamatan diri dan agamanya. Jangan sekali-kali berfikir untuk mengakhiri hidup dengan jalan pintas kerana adanya tekanan hidup yang berat. Orang yang mengakhiri hidupnya dengan jalan pintas (bunuh diri) tidak akan diterima amalnya dan dipastikan dia akan masuk Neraka.

Ketiga : Ajal adalah sebuah misteri, merupakan rahsia Allah. Ia datang secepat kilat, tetapi tidak akan datang walaupun telah dinanti-nantikan setiap saat. Namun jika ajal telah datang, tidak boleh ditunda atau dimajukan walaupun sedetik. Oleh itu waspada setiap masa dan saat.

Keempat : Mengamalkan doa untuk dijadikan orang yang husnul-khatimah pada setiap akhir solat fardu.

Kelima : Selalu menumbuhkan perasaan khauf dan rajaa (takut dan harap), iaitu takut akan tidak diampuninya dosa-dosanya dan berharap bahawa Allah itu Maha Rahman dan Rahim yang akan selalu memberikan rahmat kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya.

Keenam : Ketika sudah ada tanda-tanda akan dipanggil oleh Allah, perbanyaklah membaca kalimat thayyibah, Nabi SAW. ada menyatakan siapa yang ucapan terakhirnya adalah "Laa Ilaaha illallah" orang itu dijamin masuk syurga.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan 'La ilaaha illallah' maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)

Ketujuh : Mati ketika keluar menuntut ilmu adalah mati syahid. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya : “Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali”. (Hadis Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi)

Kelapan : Ketika meninggal dunia dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: ‘Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.’ (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)

Kesembilan : Meninggal dunia pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Kesepuluh : Terdapat 5 golongan yang mati yang akan mendapat mati syahid :

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : “Seorang laki-laki berjalan di sebuah jalan lalu dia menemukan sebuah ranting berduri ditengah jalan maka disingkirkannya ranting itu dengan bersyukur kepada Allah Ta'ala. Allah mengampuni dosanya kerana perbuatannya itu.” Baginda bersabda pula, “Para syuhada (orang-orang yang mati syahid) lima macam:

(1) Al Math'un orang-orang yang mati kerana penyakit kolera (penyakit menular atau wabak)

(2) Al Mabthun - orang-orang yang mati kerana sakit perut atau melahirkan (anak)

(3) orang yang mati kerana tenggelam

(4) Orang yang mati kerana ditimpa tanah runtuh atau pohon tumbang dan sebagainya

(5) Orang yang mati dalam perang Fi Sabilillah.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Mati syahid di medan jihad (perang) kerana membela agama Allah akan mendapat 6 kelebihan:

1. Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat duduknya di syurga (kecuali mereka yang masih ada urusan hutang).

2. Diselamatkan dari seksa kubur.

3. Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dahsyat.

4. Diperhiasi dengan iman.

5. Dikahwinkan dengan bidadari (paling kurang ialah 49 bidadari).

6. Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya.

(Hadis Riwayat Tirmizi, Ahmad dan Ibnu Majah.)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT semoga diberinya kita rezeki yang berkat di dunia dan akhirat dan dikurniakan-Nya kepada kita kematian husnul khatimah (kematian yang baik). Tidak ada nikmat dan rezeki yang lebih baik melainkan seseorang itu dikurniakan nikmat dan rezeki kematian husnul khatimah dan di ampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu oleh Allah SWT.

KASYAF

Dipetik dari sahabat Abu Nakar Basyer,

Kasyaf kepada wali Allah ini ada banyak bahagiannya, seperti berikut:

1) Kasyaf Mata

Mata dapat melihat alam mawara-ul-maddah atau disebut sebagai alam yang seni-seni atau boleh disebutkan sebagai alam di luar kebendaan. Di sini, mata dapat melihat perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin dan syaitan. Kasyaf inilah yang menjadikan orang seperti Sayyidina Umar r.a nampak apa yang sedang berlaku pada tentera-tenteranya. Karamah seperti ini penting kerana dapat menyelamatkan seluruh tentera Islam.

2) Kasyaf Telinga

Kasyaf telinga disebut juga hatif. Telinga boleh mendengar benda-benda yang ghaib. Mendengar suara tetapi tidak nampak lembaganya sama ada dari jin Islam yang soleh, malaikat atau waliullah. Suara itu adakalanya membawa berita gembira, adakalanya berita yang negatif. Tujuannya ialah Allah hendak menghiburkan orang yang mendapatnya. Kalau berita itu berita gembira, boleh menggembirakannya. Sebaliknya, kalau berita itu berita duka, juga akan menggembirakannya kerana dia tahu terlebih dahulu, sekurang-kurangnya dia boleh bersiap menghadapi ujian itu. Atau dia boleh mengelak daripada bahaya itu.

3) Kasyaf Mulut

Tuhan beri kepada orang itu, lidahnya ‘masin’ seperti doanya kabul atau apa yang dia sebut terjadi sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Juga, di mana saja dia memberi kuliah, nasihat, tunjuk ajar, berdakwah dan sebagainya, ianya mudah diterima masyarakat dan boleh mengubah hati mereka. Akhirnya berubahlah sikap masyarakat. Karamah seperti ini biasanya dikurniakan kepada pemimpin.

4) Kasyaf Akal

Mendapat ilmu yang seni-seni yang Allah SWT kurniakan pada seseorang terus jatuh ke hatinya. Ini terjadi tanpa dia belajar, tanpa membaca, tanpa mentelaah dan tanpa berguru. Dinamakan juga ilham atau ilmu laduni. Agar tidak terkeliru, perlu diingat orang yang hendak dapat ilmu laduni itu, dia mestilah dahulu ada ilmu asas iaitu ilmu fardhu ain.

5) Kasyaf Hati

Dinamakan juga firasat. Inilah kasyaf yang tertinggi daripada kasyaf-kasyaf yang disebutkan tadi. Biasanya dikurniakan kepada pemimpin . Itupun tidak banyak kerana Allah SWT kurniakan hanya kepada pemimpin-pemimpin yang sangat soleh, yang sangat sabar menanggung ujian yang begitu berat ditimpakan kepada mereka. Kasyaf hati ialah rasa hati atau gerakan hati yang tepat lagi benar. Dia boleh menyuluh mazmumah yang seni-seni pada diri seseorang. Termasuk juga adalah rasa hati dapat membaca diri seseorang.

Nabi pernah bersabda, “Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan pandangan Allah”.

Apa yang dimaksudkan dengan firasat itu ialah kasyaf hati. Orang yang mendapatnya dapat memimpin diri dan dapat memimpin orang lain. Kalau tidak, seorang itu tidak layak jadi pemimpin. Kalau dia terus memimpin rosaknya lebih banyak daripada kebaikan.

Pengetahuan mengenai gerak geri manusia, cara, sikap, perangai baik dan buruk, ucapan serta akhlak seseorang. Firasat ini diperoleh disebabkan nur yang dilemparkan oleh Allah SWT ke dalam hati orang beriman. Kuatnya firasat ini bergantung pada kuatnya keimanan.

Allah SWT memberikannya kepada para wali-walinya yang terpilih dan juga sebagai bekal dakwah untuk menyampaikan mesej yang paling sesuai kepada mereka yang akan mendengar. Firasat ini tidak boleh diingkari sebagaimana firman Allah yang lalu pada surah Al-Hijr ayat 75. maksudnya: "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang yang memperhatikan tanda-tanda."

Riwayat daripada Anas bin Malik: Satu hari Anas pergi bertemu Sayidina Usman r.a tetapi sebelumnya beliau pergi ke pasar dan ternampak seorang wanita. Apabila Anas masuk bertemu Sayidina Usman lalu sayidina Usman berkata: “Salah sorang daripada kamu masuk bertemu ku tetapi di matanya terdapat kesan zina”. Lalu Anas berkata:" Apakah masih ada wahyu selepas Baginda?" Jawab Sayidina Usman: "Tidak, tetapi ini adalah firasat dan petunjuk."

Berkata Ibn Abbas: Tidak ada seorang pun yang bertanya kepada aku kecuali aku mengetahui sama ada dia seorang faqih (berilmu) atau tidak.

Friday, May 6, 2011

PETUA IMAM SHAFIE

Petua Imam Shafie'e
by Mohd Izam Bin Hassan on Thursday, May 5, 2011 at 11:03am.

■Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

■Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

■Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

■Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI; tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH; mering ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALUBA; mering ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN; menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Tolong sebarkan maklumat ini kepada Saudara2 Muslim – Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Berdoa Kepada Allah SWT Semasa di Timpa Musibah

Berdoa Kepada Allah SWT Semasa di Timpa Musibah
.by Abu Basyer on Friday, May 6, 2011 at 12:13am.
Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Nabi SAW mengajarkan kepada kita supaya berdoa semasa ditimpa musibah semoga Allah SWT menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Baginda pernah mengajarkan doa kepada Ummu Salamah r.ha semasa beliau kematian suaminya (Abu Salamah).

Daripada Ummu Salamah r.ha. katanya, aku mendengar Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : “Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah ia mengucapkan: 'Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya' nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripadanya."
Ummu Salamah berkata lagi :

“Semasa Abu Salamah meninggal dunia aku mengucapkan sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW. kepadaku, lalu Allah Taala menggantikan kepadanya (Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi suaminya) iaitu Rasulullah SAW."

Sifat orang mukmin tidak akan berputus asa walau bagaimana susah sekalipun musibah yang datang kepadanya, dia tetap reda dan berserah diri kepada Allah SWT. Oleh itu amalkanlah doa ini tanda hati kita sentiasa mengharapkan pertolongan dan bantuan daripada Allah SWT.

.

Sunday, April 3, 2011

NASIHAT LUKMAN AL HAKIM PART 1

Luqman Al-Hakim ada memberi nasihat panjang kepada anaknya yang diriwayatkan oleh Al-Muharbi,daripada Sufyan Ats-Thaury.Antara kata-kata hikmahnya adalah:

1. “Hai anakku!Janganlah engkau letakkan kebaikanmu itu, kecuali di sisi penjaganya.Hal ini seperti tidak ada persahabatan antara kambing biri-biri dan serigala.Begitu jugalah tidak ada persahabatan antara orang yang baik dan yang jahat.”

2. “Hai anakku!Jadilah engkau hamba kepada orang yang baik dan janganlah engkau jadi sahabat kepada orang yang jahat.”

3. “Hai anakku!Jadilah engkau orang kaya, niscaya engkau menjadi orang yang dipercayai.”

4. “Hai anakku!Janganlah enkau meminta sesuatu perkara dari belakang dan janganlah engkau menolaknya dari depan.Hal ini kerana yang demikian itu akan memperlekehkan pandangan dan mencela akal fikiranmu.”

5. “Hai anakku!Sekiranya engkau beradab walaupun sedikit, engkau akan peroleh faedah yang banyak.”

6. “Hai anakku!Lakukanlah kebaikan itu untuk ahlinya dan janganlah engkau meletakkannya pada yang bukan ahlinya,niscaya engkau akan rugi di dunia ini dan mengharamkan pahalanya di akhirat kelak.”

7. “Jadilah engkau orang yang bersederhana dan janganlah boros.Juga janganlah engkau memegang harta dengan kedekut dan janganlah memberinya dengan boros”

8. “Hai anakku!Lazimilah dirimu dengan hikmah,nescaya engkau akan memuliakan dengannya kerana tuan bagi akhlak hikmah adalah agama ALLAH”

9. Luqman berkata lagi: “Hai anakku!Ada tiga tanda bagi orang yang berhasad dengki itu.Dia akan mengumpat sahabatnya apabila sahabatnya tiada, akan memujuk apabila dia melihat dan akan bergembira dengan musibah yang menimpa sahabatnya.”

10. Beliau juga berpesan: “Hai anakku!Barang siapa yang memikul sesuatu yang dia tidak terdaya, dia akan menjadi lemah dan barang siapa yang berasa kagum dengan dirinya sendiri akan binasa. Dan barang siapa yang bersikap takbur serta menyombong diri terhadap manusia akan menjadi hina”

11. Seterusnya katanya: “Hai anakku!Janganlah engkau bergaul dengan orang yang bodoh.Walaupun dia memiliki rupa yang indah, namun dia seperti pedang, baik pemandangannya tetapi amat buruk kesannya.”

12. “Hai anakku!Berwaspadalah engkau dari sahabat yang jahat kerana sesungguhnya dia umpama pedang yang dihunuskan (dari sarungnya).Pandangannya mengagumkanmu sedangkan kesannya amat buruk.”

13. Dalam kitab Bahjatul Majalis, Luqman berkata kepada anaknya: “Hai anakku!Merendah dirilah engaku dengan kebenaran,niscaya engkau menjadi manusia yang paling berakal.”

14. “Hai anakku!Barang siapa yang terlalai dalam permusuhan, dia akan dimusuhi dan barang siapa yang melampau dalamnya, dia telah berdosa.Maka berkatalah dengan yang hak walaupun ia terkena dirimu dan janganlah engkau peduli orang yang marah.”

15. “Hai anakku!Janganlah engkau bertengkar dengan orang yang bijaksana serta janganlah engkau bermujadalah dengan orang yang gagap. Juga janganlah engkau bergaul dengan orang yang zalim serta janganlah engkau bersahabat dengan orang yang tertuduh.”

Friday, March 25, 2011

TAQWA DAN TINGKATANNYA.

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Takwa, terselit di dalamnya makna ketakutan, kerendahan diri, kekerdilan kita sebagai hamba Allah SWT. Sebab itu, timbulnya pengharapan apabila kita bertakwa. Kita rasa sempit, tiada nafas, tiada rezeki, sebab semuanya milik Allah, kita takut Allah tidak menghiraukan kita, maka kita berharap kepada-Nya. Kita takut, Allah lempar kita ke neraka dan memalingkan wajah-Nya daripada kita, maka kita berharap agar Allah memasukkan kita ke dalam syurganya. Kita takut, menyebabkan kita berhati-hati dengan kemarahan-Nya. Itulah makna takwa.

Para ulama telah menjelaskan apa yg dimaksud dengan takwa. Di antaranya Imam ar-Raghib al-Ashfahani mendefinisikan : “Takwa iaitu menjaga jiwa dari perbuatan yang membuatnya berdosa dan itu dengan meninggalkan apa yg dilarang menjadi sempurna dengan meninggalkan sebagian yg dihalalkan.”

Imam an-Nawawi mendefinisikan takwa : “Menaati perintah dan larangan-Nya.” Maksudnya menjaga diri dari kemurkaan dan azab Allah.

Al-Hafizh Ibnu Katsir dalam tafsirnya mengatakan : “Maknanya barangsiapa yang bertakwa kepada Allah dengan melakukan apa yg diperintahkan-Nya dan meninggalkan apa yg dilarang-Nya niscaya Allah akan memberinya jalan keluar serta rezeki dari arah yg tidak disangka-sangka yakni dari arah yg tidak pernah terlintas dalam benaknya.”Seorang ulama tafsir yang bernama Al-Kalbi membahagikan takwa kepada lima tingkatan iaitu :

Pertama : Takut kepada kufur, ini merupakan maqam Islam.
Kedua : Takut melakukan maksiat, ini adalah maqam taubat.
Ketiga : Takut melakukan hal yang syubhah, ini merupakan maqam warak.
Keempat : Takut melakukan yang harus, ini maqam zuhud.
Kelima : Takut jika terfikir selain Allah. Ini merupakan maqam ihsan orang yang sampai kepada tahap musyahadah (Ihsan yang tertinggi

Waullahu Aklam.

DOA ORANG YANG DIZALIMI

Doa Orang di Zalimi Mustajab di Sisi Allah S.W.T
.by Abu Basyer on Friday, March 25, 2011 at 1:10am.Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Manusia sanggup mengadaikan manuah diri mereka sendiri, semata-mata kerana wang, pangkat, ganjaran duniawi dan semata-mata untuk menjatuhkan kerjaya politik seseorang dengan cara tanpa bermoral. Orang bukan Islam akan mentertawakan sikap umat Islam yang menjatuhkan maruah sesama umat Islam dan ini adalah satu fitnah yang besar kepada agama Islam sendiri.

Di akhir zaman nanti Nabi S.A.W.membayangkan keadaan umat Islam. Daripada Abu Hurairah ra katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :"Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu".

Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab, " Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok (2) terlalu mewah (3) menghimpun harta sebanyak mungkin (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia (5) saling memarahi (6) hasud menghasud sehingga zalim menzalim". (Hadis Riwayat Hakim)

Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah SAW tadi telah banyak kita lihat di kalangan umat islam di hari ini.Disana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Umat Islam di landa krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyak nya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah, sanggup sumpah palsu, sanggup membuat fitnah semata-mata habuan dunia yang akan diterima. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasud-menghasud ( mendedahkan aib seseorang) dan sebagainya.

Ini jelas menunjukkan tanda-tanda akhir zaman telah berlaku yang mana perkara mungkar dipandang makruf dan yang makruf dipandang mungkar! Manusia fasiq akan berbangga dengan kemungkaran yang mereka buat dan disokong ramai oleh penyokong yang sama-sama fasiq. Siapakah golongan yang boleh dipanggil fasiq? Salah satu ciri-ciri fasiq adalah menuduh, menayangkan, menyokong, merancang, perbuatan membuat tuduhan seseorang berzina sedangkan tidak membawa 4 orang saksi lelaki yang adil.

Orang yang membuat tuduhan tanpa syarat yang Islam tetapkan boleh dihukum dengan hukuman qazab iaitu disebat 80 kali dengan rotan dan persaksiannya tidak boleh diterima sampai bila-bila. Jika di dunia hukuman ini tak dijalankan masa bersiap sedialah untuk menerima azab neraka yang disediakan oleh Allah S.W.T untuk orang yang fasiq.

Taubat orang fasiq tidak akan diterima oleh Allah S.W.T selagi mereka tidak meminta maaf kepada orang yang dibuat tuduhan tadi. Allah S.W.T. Maha Pengampun apabila kesalahan itu di antara manusia dengan Allah, tetapi apabila kesalahan manusia sesama manusia maka ianya tidak akan diampunkan oleh Allah S.W.T. dan terpaksa melalui pengadilan dimahkamah Allah S.W.T. Pengadilan di dunia manusia boleh menipu dan berat sebelah tetapi bukan di mahkamah Allah S.W.T. walaupun sebesar zarrah ianya akan diadili. Manusia seperti ini sebenarnya menempah tiket untuk menjadi muflis di hari akhirat.

Perlu diingat bahawa yang akan menjadi saksi di hari akhirat nanti di atas kejahatan dan kemugkaran yang dibuat oleh manusia adalah 2 malaikat dikiri dan kanan (yang mencatat amal baik dan buruk), anggota manusia (kaki, tangan, mata dll), bumi yang dipijak , hari dan masa . Mulut manusia yang suka menipu, suka sumpah palsu, suka memfitnah dan suka mendedahkan aib seseorang) akan dikunci rapat. Manusia baru tahu bahawa setiap saat peristiwa kejahatan yang dilakukan akan diulang tayang sama seperti vedio lucah yang mereka lakukan!

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah." (Hadis riwayat Ahmad - sanad hasan)

Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara."(Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)

Dari Khuzaimah bin Thabit r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : " Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah S.W.T. berkata : 'Demi kemulian dan keagunganKu, Aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama." Hadis riwayat Tobrani - sanad hasan)



Allah S.W.T. telah berfirman maksudnya :
" Allah tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut ; dan Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui." (Surah an-Nisa ayat 148)

Ibnu Abbas r.a telah mentafsirkan ayat ini: " Allah tidak suka seseorang mendokan keburukan kepada seseorang yang lain kecuali orang yang dizalimi. Sesungguhnya Allah telah memberikan kebenaran kepadanya untuk mendoakan keburukan kepada orang yang dizalimi. "

Dalam hadis yang lain dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : " Tiga doa yang diperkenankan: Doa orang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir."(Hadis riwayat Baihaqi - sahih)

Dalil pengharusan. Ini jelas melalui ayat al-Quran 148 surah an-Nisa mengikut tafsiran Ibnu Abbas seperti yg telah dinyatakan sebelum ini. Adapun hadis Rasulullah S.A.W. adalah hadis berikut:

" Sesungguhnya Nabi S.A.W. mendoakan kecelakaan kepada orang-orang yang membunuh penghafaz-penghafaz al-Quran r.a dan sentiasa mendoakan kecelakaan kepada mereka selama sebulan. Baginda berdoa : Ya Allah laknatilah Ri'l, zakwan dan 'usayyah (nama-nama kabilah)." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Dizaman pemerintahan Umar r.a , beliau telah melantik Saad bin Abi Waqas r.a sebagai gabenor Kufah. Ada seorang lelaki yang bernama Usamah bin Qatadah atau Abu Sa'dah telah menuduh Sa'ad dengan kata-katanya:

" Sekiranya kamu bertanya kami tentang Sa'ad, sesungguhnya dia tidak menyertai peperangan, tidak menyamaratakan pemberian dan tidak berlaku adil dalam hukum." Saad bin Abi Waqas r.a. berdoa :

" Ya Allah sekiranya hamba mu ini pembohong dan melakukannya semata kerana riyak dan sum'ah maka hendaklah engkau panjangkan umurnya, kekalkan kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah."

Kemudian setelah tua, lelaki yg menuduh Saad r.a berkata " Aku telah terkena bencana akibat doa Sa'ad." Abdul Malik bin Umair r.a perawi hadis ini berkata: Aku melihat lelaki tadi (Abu Sa'dah) selepas dia tua, dua bulu keningnya telah gugur kerana terlampau tua , dia telah menganggu perempuan-perempuan muda dengan meraba dan meramas mereka. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Seorang wanita bernama Arwa binti Aus telah mengadu kepada khalifah Marwan bin Hakam tentang Sa'id bin Zaid ra. Dia mendakwa Sa'ad r.a telah mengambil sebahagian dari tanahnya. Lalu Sa'ad berkata : Adakah aku tergamak mengambil sebahgian dari tanahnya sedangkan aku telah mendengar sesuatu dari Rasulullah S.A.W?" Marwan bertanya " Apa yang engkau dengar dari Rasulullah S.A.W. ?" Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:

" Sesiapa yang mengambil sejengkal tanah secara zalim, Allah S.W.T. akan mengalungi tanah tersebut sehingga tujuh petala bumi."Lalu Marwan bin Hakam berkata "Aku tidak akan memintamu mendatangkan saksi selepas ini." Sa'id pun berkata: "Ya Allah sekiranya wanita tadi berbohong maka hendaklah engkau butakan matanya dan bunuhlah dia di tanahnya. "Wanita tadi tidak mati sehinggalah dia buta dan ketika mana dia berjalan di atas muka tanah milikinya, tiba-tiba dia jatuh di dalam lubang, lalu mati." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.)

Oleh itu insaflah dan bertaubatlah dan minta maaf secara terbuka kepada mangsa tersebut, jangan sampai 'nyawa sudah sampai dikerongkong' baru nak sedar, ketika ini sudah terlambat kerana ketika itu pintu taubat sudah tertutup dan azab kubur akan menanti mereka dan juga azab Neraka Jahanam, nauzubillahiminzalik

Sunday, March 13, 2011

ALLAH MENCUKUPKAN KITA

ALLAH YANG MENCUKUPKAN KITA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Hari ini ramai yang sanggup melakukan berbagai-bagai kezaliman kepada orang lain kerana sifat rakus dan tamak. Manusia tidak pernah merasa cukup kerana ramai di antaranya yang telah di serang dengan kuman tamak. Namun Allah berkuasa untuk mencukupkan segalanya. Allah juga berkuasa menahan rezeki seseorang. Begitulah.. Allah yang berkuasa mengatur kehidupan kita. Allah jualah yang memberi ketentuan pada diri kita. Allah sahaja. Tuhan kita adalah Tuhan yang sama yang membantu Nabi Ibrahim. Api yang mempunyai sifat panas dan membakar, menjadi sejuk dengan perintah Allah untuk menyatakan Allah yang memberi pertolongan kepada hamba-hambaNya yang dikehendaki. Jadi.. mintalah pada Allah, nescaya Allah akan perkenankan. Itu janji AllaDia yakin ada, walaupun masih belum nampak hikmah itu. mungkin dalam sehari dua, mungkin memakan bulan dan tahun. Apa sahaja yang berlaku bukan kebetulan. Ianya dalam pengetahuan dan ketentuan Allah s.w.t. Manalah tahu kata ustaz.. suatu hari kita ditaqdirkan jadi orang besar, sedang kita pernah di uji, diaibkan, ditentang, maka tatkala berlaku disaat itu kita akan menjadi orang yang tenang. Mungkin pernah suatu ketika kita ke tempat yang tidak pernah kita lalui, kita tersesat dan mundar mandir di situ. Suatu hari, kita ada urusan penting, ke suatu tempat, rupanya kita sudah mula teringat itulah tempat yang kita sesat 6 bulan dulu. Begitulah hikmah suatu perkara... mungkin dia akan datang 6 bulan kemudian.

Bila dosa banyak, kadang-kadang Allah beri penyakit yang berpanjangan, maka bila dia sabar, maka ianya menjadi penghapus dosa. Bila saat dia meninggal dia tersenyum. Rupa-rupanya dia nampak syurga yang ditontonkan oleh Allah s.w.t. Allahlah yang maha menyempurna dan mencukupkan. Lebih-lebih lagi kita sebagai manusia sangat mudah mendapat rezeki dari makhluk lain. Nyamuk contohnya, untuk mendapat makanan terpaksa menghadapi risiko mati di tangan kita atau semburan racun. Kadang-kadang tengah makan, di tepuk orang.. mati. Kadang-kadang dah kenyang, diburu hingga ke lubang silling yang terakhir.

Namun manusia jugalah yang mudah rasa tamak. Bila tamak... rezeki Allah tahan. Sedangkan bagi mereka yang bersyukur, Allah akan tambah rezekinya. Apa yang kita pakai hari ini, inilah rezeki kita hari ini. Apa yang kita makan hari ini, inilah rezeki kita hari ini. Ingatlah.. orang yang mulakan dengan tamak maka dia tidak akan merasa cukup. Allah lah yang tunaikan hajat pada apa yang kita kehendaki. Maka banyakkan minta pada Allah. Khususkan permintaan. Doa yang umum adalah baik. Namun yang khusus lagi baik. Bila kita telah memulakan minta dengan Allah, maka barulah kita beralih pada manusia dengan menyatakan hasrat tersebut. Namun kebanyakkan kita hari ini, mencari manusia terlebih dahulu. Seolah manusia itu yang akan menunaikan hajatnya. Sedangkan Allah lah sebenar-benar yang menunaikan hajat seseorang hamba itu.

Sebagai insan yang besyukur atas segala nikmat dan kurniaan Allah, maka yakinlah dengan taqwa kita akan sentiasa bersama Allah. Allah menjanjikan kebaikan yang tersangat banyak bagi mereka-mereka yang bertaqwa. Allah lah yang menyempurnakan segala kehendak dan hajat kita. Dengan kata lain, Allah lah yang mencukupkan kitaH

CINTAILAH RASULLAULLAH

Anak anak ku,

Kejahilan agama menjadi-jadi. Sebuah hadith mengambarkan perkara berikut :-

بَادِرُوا فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا وَيُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنْ الدُّنْي

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Bersegeralah beramal sebelum datangnya rangkaian fitnah seperti sepenggalan malam yang gelap gulita, seorang lelaki di waktu pagi mukmin dan di waktu petang telah kafir, dan di waktu petang beriman dan pagi menjadi kafir, ia menjual agamanya dengan kesenangan dunia." (HR. Ahmad No. 8493)Apabila sudah kenal baru datangnya cinta.

Hadith riwayat Anas bin Malik r.a. ia berkata:Rasulullah bersabda: Seorang hamba (dalam hadis Abdul Warits, seorang laki-laki) tidak beriman sebelum aku lebih dicintainya dari keluarganya, hartanya dan semua orang. (HR Muslim)

Anas r.a mengatakan bahwa Nabi SAW bersabda, “Salah seorang di antaramu tidak beriman sehingga saya lebih dicintai olehnya daripada orang tuanya, anaknya, dan semua manusia.” (HR Bukhari)

Seorang ustaz mengemukakan pantun bila menyebut tentang perkara sayang ke Nabi s.a.w. Pantunnya lebih kurang begini maksudnya :

Bila ayam jantan berkokok
Tanda hari hendak siang
Kena berhenti hisap rokok
Kalau Nabi s.a.w. awak sayang

MENUJU KEREDAAN ALLAH PART 1

Anak anak ku,

Sabda Rasulullah saw riwayat Baihaqi;

" Sesiapa yang menyiapkan kelengkapan orang yang menunaikan haji atau orang yang keluar di jalan Allah, ataupun mengambil berat tentang ahli keluarga mereka selepas pemergian mereka, atau menyediakan makanan berbuka untuk orang yang berpuasa, maka dia akan mendapat pahala sama seperti orang yang keluar dijalan Allah yang pergi mengerjakan haji dan orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikit pun pahala mereka." Sabda Rasulullah saw riwayat At-Thabari;

" Barangsiapa yang menyediakan kelengkapan orang yang keluar dijalan Allah, dia akan mendapat pahala yang sama seperti orang yang keluar dijalan Allah. Dan barangsiapa yang mengambil berat terhadap ahli keluarga orang yang keluar dijalan Allah dan mengeluarkan belanja kepada mereka, dia juga akan mendapat pahala sama dengan orang yang keluar dijalan Allah,Bagaimanapun anak….

Kami semuanya meredhai anak, semuanya redha, halal dan maafkan. Moga dengan redha kami setulusnya, anak telah mendapat redha TUHAN di ‘sana’.

Sabda Rasulullah saw, riwayat Imam Bukhari.
“ Barangsiapa yang membuat suka hati ibu-bapanya, maka sesungguhnya ia menyukakan Allah, dan barangsiapa yang membuat ibu-bapanya marah, maka sesungguhnya ia berarti membuat Allah murka.”

Sabda Rasulullah saw, riwayat Imam At-Tirmizi.
“ Keredhaan Allah tergantung kepada keredhaan bapa, dan kemurkaan Allah tergantung kepada kemurkaan bapa.”

Sabda Rasulullah saw, riwayat Imam At-Thabarani.
“ Keredhaan Allah tergantung kepada keredhaan ibu-bapa, dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan keduanya.

Waullah Hu Aklam

SEMUANYA UNTUK MU ALLAH PART 1

Anak anak ku

" Wahai kamu yang beribadah di Masjid al-Haram, seandainya kamu menyertai kami di medan perang, kamu akan mengetahui bahawa, berbanding dengan jihad kami, ibadah kamu seperti mainan anak-anak kecil. Pada setiap titis air mata dipipimu, kami disini mengalirkan darah di dada-dada kami. Kuda-kuda kami letih dalam penyerbuan, sedang kau santai dalam keramahan. Kami bercengkerama dengan desingan panah dan kilat pedang serta kepulan debu, menggadaikan darah dan jiwa. kita telah mendengar sabda Nabi, Sabda yang tak pernah dusta. Inilah Al-Qur'an berbicara "Syahid bukan suatu kematian."

Demikian antara kandungan surat Abdullah Ibnul Mubarak kepada Al-Fudhail ibn Iyadh.

" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min diri dan harta mereka dengan memberikannya SYURGA. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang melebihi menepati janjinya (selain) daripada Allah? MAKA BERGEMBIRALAH DENGAN JUAL BELI YANG TELAH KAMU LAKUKAN ITU, DAN ITULAH KEMENANGAN YANG BESAR." Surah At-Taubah : 111


" Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: 'Berangkatlah (untuk berperang dijalan Allah)', kamu merasa berat dan ingin tinggal ditempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat ? Padahal kenikmatan hidup didunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. Jika kamu tidak berangkat untuk berperang , nescaya Allah menyiksa kamu dengan siksaan yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberikan kemudharatan kepadaNYA sedikit pun. Allah MAHA KUASA atas segala sesuatu."
Surah At-Taubah : 38-3

waullah Hu Aklam.

CARILAH ILMU AGAMA DEMI DIRI MU

abah merasa lega dan gembira.

Cuba semampunya mencedok sedapatnya ilmu di dalamnya, dipandu oleh beberapa ustaz yang ikhlas.

Firman Allah Surah az-Zumar : 9
“ Katakanlah; Tiadalah sama orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu.”

Firman Allah Surah al-Mujadalah : 11
“ ….Allah akan mengangkat orang-orang yang beriman dari kamu dan juga orang-orang yang dikurniai ilmu dengan beberapa darjat.”

Firman Allah Surah ar-Ra’ad : 19
“ Adakah orang yang mengerti perihal apa yang diturunkan dari Tuhan padamu yakni agama yang hak itu, dapat disamakan dengan orang buta. Hal ini hanya dapat dijadikan peringatan untuk orang-orang yang berakal.”

Sabda Rasulullah saw riwayat Tirmizi.
“ Dunia ini terlaknat dan seisinya pun terlaknat pula, kecuali berzikir kepada Allah serta yang mengikutinya, juga orang yang berpengetahuan dan orang yang menuntut pengetahuan.”

Sabda Rasulullah saw riwayat Tirmizi.
“ Barangsiapa yang keluar untuk menuntut satu bab dari ilmu pengetahuan, maka ia adalah fi-sabilillah sampai ia kembali lagi ke rumah.”

Sabda Rasulullah saw riwayat Abu Daud & Tirmizi.
“ Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah memudahkan jalannya untuk menuju syurga. Bahawasanya Malaikat itu sama meletakkan naungan sayapnya pada orang yang menuntut ilmu itu kerana sangat rela terhadap apa yang dilakukan. Bahawasanya kaum ‘alim-ulama adalah pewaris para Nabi. Bahawasanya para Nabi itu tidak mewariskan wang dirham (perak) atau dinar (emas), tetapi yang diwariskannya adalah ilmu. Oleh sebab itu barangsiapa yang mengambilnya (mendapatkan ilmu itu), ia telah memperoleh bahagian pusaka yang banyak sekali.

Waullah Hu Aklam

KEMANA HENDAK MEMBAWA DIRI

Diambil dari rakan blogger.

Anak anak ku,

Pangkat juga tidak membahagiakan. Dalam mengejar pangkat, banyak perkara salah terpaksa dilakukan. Kawan dicantas, dijatuhkan, hukum syarak dikesampingkan. Takut jika ikut agama nanti sukar mengejar kedudukkan. Macam-macam kebimbangan datang. Seolah-olah agama itu pula dianggap menghalang, lebih-lebih bila hendak bersalaman. Orang besar tu di depan… Nanti tak salam.., apa kata orang. Ini peluang dan harapan… saat itu, tercicirlah agama di belakang.

Kecantikan, juga tidak membahagiakan. Bila ada lagi yang lebih cantik, maka hati tidak akan tenang. Bila muka berkedut sedikit sukar menerima kenyataan. Bila disebut tentang umur, sangat sensetif dirasakan. Bila rasa cantik, timbul rasa untuk dipamirkan. Suami di rumah tidak dihiraukan. Layanan diberi pada rakan sejawatan. Makin dipuji makin tinggi keegoan. Kekadang lupa pula yang kita isteri atau suami orang. Itu yang selalu kita pandang, biasanya kecantikan demikian begitulah perjalanan, melainkan bagi kecantikan yang disulam iman. Selalunya manusia begini banyak yang lupa Tuhan, yang menjadi dan yang menciptakan, bukan untuk disalah gunakan. Kecantikan diguna pada jalan yang salah. Akhirnya kecantikan membawa padah.

Jadi dimana sebenarnya letaknya kebahagiaan. Bukan pada harta, kedudukan dan kecantikan atau apa sahaja yang kita rasakan. Selain dari iman dan ketaqwaan. Taqwa bukan satu perkara yang hanya diandaikan. Seorang atas nama imam, belum tentu anaknya beriman. Anak seorang Nabi, iaitu Nabi Nuh a.s seorang manusia yang beriman, adakah anak yang tidak mahu mengikutnya kearah ketaqwaan dikatakan beriman. Sebagaimana dikatakan kepada seseorang. Kenapa memandang kecil tinggalnya 1 sembahyang. Jawabnya.. bapa saya imam, saya lebih faham. Saya sibuk…. Sibuk… sampai meninggalkan sembahyang? Nabi Sulaiman lagi besar kesibukan, lagi besar kerajaan yang diuruskan, apakah kita lebih hebat dari Nabi Sulaiman a.s.?

Alangkah indah dan bahagianya menjadi seorang yang beriman. Bukan setakat hati menjadi tenang bahkan selalu Allah datangkan pertolongan dan rezeki yang tidak disangka-sangka datangnya. Benarlah sebutan ayat Quran dimana ..

Berfirman Allah s.w.t. dalam Al-quran:

الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

الَّذِينَ آمَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ طُوبَى لَهُمْ وَحُسْنُ مَآبٍ

"Orang-orang yang beriman itu hati mereka menjadi tenteram kerana mengingat Tuhan. Ingatlah, bahwa dengan mengingat Tuhan itu, hati menjadi tenteram. Orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik, mereka memperoleh untung baik dan tempat kembali yang utama." (Ar-Ra'ad: 28-29)

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجاً

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْراً

Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

At-Talaq :2-3


Wallahu a'lam

JALAN KE ARAH TAQWA

Anak anak ku yang dikasihi Allah,

Taqwa yaitu memelihara diri dari siksaan Allah dengan mengikuti segala perintah-perintahNya dan menjahui segala larangan-laranganNya, jadi tidak cukup diartikan dengan takut saja. Rasulullah SAW pada suatu ketika ditanya oleh sahabatnya tentang taqwa. Ya Rasulullah, apakah yang dinamakan taqwa? Rasulullah SAW menjawab : Attaqwaa haa huna (taqwa itu terletak disini) sambil menepuk dada Beliau. Ini berarti taqwa yang berada didalam setiap insan itu terletak pada dirinya masing-masing. Tidak ada seorangpun yang mengetahui, kecuali Allah SWT dan dirinya sendiri.

Namun tanda-tanda taqwa ini banyak kita jumpai dalam al-Qur’anul Kariim antara lain dalam surat al-Baqarah : 2-4 dan Ali Imran : 133-134. Indikator insan yang bertaqwa :

Pertama, percaya kepada ghaib. Yakni yang tak dapat ditangkap oleh pancaindra. Jadi seorang dikatakan bertaqwa jika dia percaya sesuatu yang ghaib. Didalam kehidupan ini ada dua alam, yakni alam syahadah (nyata) dan alam ghaib (tidak nyata). Allah, malaikat, surga neraka, yaumul hisab, yaumul qiyamah dll, semuanya adalah hal yang ghaib yang harus dipercayai oleh para muttaqiin. Berapakah luasnya alam ghaibah itu, kita tidak tahu, kita hanya sebatas tahu alam nyata. Walau sekalipun manusia sudah mencapai bulan, atau planet lain, tetapi ini hanya sebatas alam nyata.

Kedua, menegakkan solat ("shalat"). Shalat menurut bahasa Arab : doa, menurut istilah syara’ ialah ibadat yang sudah dikenal, yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam, yang dikerjakan untuk membuktikan pengabdian dan kerendahan diri kepada Allah. Mendirikan shalat ialah menunaikannya dengan teratur dengan melengkapi syarat-syarat, rukun-rukun dan adab-adabnya, baik yang lahir ataupun yang batin, seperti khusu’ memperhatikan apa yang dibaca dan sebagainya. Walapun shalat telah kita lakukan bertahun-tahun, namun kadang ini karena memang kita hanya meniru kebiasaan orang tua kita, yang biasa mengerjakan shalat atau memang lingkungan kita yang mendorong kita untuk mengerjakan shalat. Sehingga melakukan shalat hanya sebagai kewajiban saj. Tetapi yang dikehendaki mendirikan shalat dalam ayat ini adalah shalat yang memberi bekas pada jiwa kita, bisa nampak pada peribadi kita. Nampak yang dikehendaki oleh Al-Qur’an adalah tanha anil fahsyaa’ wal munkar (mencegah dari perbuatan keji dan mungkar). Jadi kalau shalat kita belum nampak mencegah mungkar maka shalat kita belum berhasil, sehingga perlu dievaluasi secara menyeluruh. Apakah niat yang belum benar atau syarat rukun belum terpenuhi atau kekusyukannya belum tercapai, atau lainnya. Untuk itu hendaknya setiap kali kita harus selalu meningkatkan derajat shalat kita, sehingga bisa mencapai tujuan yang ingin dicapai.

Ketiga, menafkahkan sebagian rizki yang diterima. Rizki : segala yang dapat diambil manfaatnya. Menafkahkan sebagian rizki ialah memberikan sebagian dari harta yang telah dirizkikan oleh Tuhan kepada orang-orang yang disyari’atkan oleh agama memberinya seperti orang-orang fakir, miskin, kaum kerabat, anak-anak yatim dan lain-lain. Rizki yang diberikan kita ini sebagai amanah yang harus digunakan untuk kepentingan dijalan Allah. Dan harus kita ambil sebagian untuk orang-orang yang berhak, karena dalam harta kita ada sebagian yang menjadi hak orang lain yang kalau itu tidak dikeluarkan, berarti kita merampas hak orang lain. Rasulullah SAW bersabda : Inna fil maal haqqun siwa zakat (sungguh dalam harta itu ada hak orang lain selain zakat). Dalam surat Ali Imran dinyatakan bahwa kita diharuskan beramal baik dalam keadaan lapang ataupun sempit.

Keempat, beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan Allah. Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelum Muhammad SAW ialah kitab-kitab yang diturunkan sebelum Al Qur’an seperti : Taurat, Zabur, Injil dan shuhuf-shuhuf yang tersebut dalam Al Qur’an yang diturunkan kepada para Rasul. Allah menurunkan kitab kepada Rasul ialah dengan memberikan wahyu kepada Jibril a.s., lalu Jibril menyampaikannya kepada Rasul. Islam mengakui kebenaran Al Qur’an dan didalam Al Qur’an itu juga mengakui kebenaran kitab-kitab terdahulu yang dibawa oleh nabi-nabi sebelumnya. (Al-Baqarah : 1-4).

Kelima, yakin akan adanya hari akhirat. Yakin ialah kepercayaan yang kuat dengan tidak dicampuri keraguan sedikitpun. Kehidupan akhirat ialah kehidupan sesudah dunia berakhir, yakin akan adanya kehidupan akhirat ialah benar-benar percaya adanya kehidupan sesudah dunia berakhir.

Keenam, bersegera minta ampunan dari Allah SWT. Selalu beristiqfar untuk minta pengampunan Allah SWT atas kesalahan yang mesti kita perbuat dalam setiap langkah kita, baik yang kita sengaja maupun tidak kita sengaja.

Ketujuh, menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. Dalam hidup bermasyaratkan tentu tidak luput dari bersinggungan dengan orang lain yang berbeda karakter dan keinginan, berbeda pandangan dan perbedaan-perbedaan yang lain yang mesti ada. Hal ini pasti ada kesalahan mereka kepada kita, baik disengaja maupun tidak. Dalam menyikapi hal seperti ini sebagai insan yang muttaqiin kita diajarkan untuk selalu membuka pintu maaf kepada mereka. (Ali Imran 133-134)

Waullah Hu Aklam.

Saturday, March 5, 2011

MALAIKAT SENTIASA BERSAMA KITA

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Anak anak yang kukasihi,
Para malaikat adalah utusan Allah S.W.T. dan hamba-Nya yang di ciptakan untuk tugas-tugas tertentu. Doa para malaikat adalah makbul disisi Allah S.W.T. Terdapat 6 golongan yang mendapat doa para malaikat.

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci‘” (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37).

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia”(Hadis Riwayat Muslim )

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.
Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra’ bin ‘Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya : “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada pada saf-saf terhadapan”(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf” (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu”(Hadis Riwayat Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wuduknya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia‘” (Hadis Riwayat Ahmad. no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadis ini)

Marilah sama-sama kita taat dan patuh kepada Allah S.W.T. dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Malaikat akan sentiasa mendoakan dan mendampingi orang-orang mukmin yang sentiasa taat dan patuh kepada Allah S.W.T. Bila malaikat rahmat bersama kita maka pada masa yang sama iblis dan syaitan tidak akan berani mendekati kita insya Allah

PERCAYA KEPADA MALAIKAT

Anak anak ku,

Dalam kisah suci perjalanan Israk dan Mikraj, sesampainya di pos perjalanan Sidratul Muntaha, Malaikat Jibril tidak sanggup lagi mendampingi Rasulullah S.A.W. untuk terus naik menghadap kehadirat Allah SWT; Jibril berkata : “Aku sama sekali tidak mampu mendekati Allah, perlu 60.000 tahun lagi aku harus terbang. Itulah jarak antara aku dan Allah yang dapat aku capai. Jika aku terus juga ke atas, aku pasti hancur luluh”. Maha Suci Allah, ternyata Malaikat Mulia Jibril a.s. pun tidak sampai kepada Allah SWT. Begitu mulianya Nabi Muhammad S.A.W. dapat betemu Allah S.W.T. untuk menerima perintah ibadah solat lima waktu.

Jumlah malaikat sangatlah ramai, tiada yang mengetahui kecuali Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T. maksudnya : " …Dan tidak ada yang mengetahui tentara Tuhanmu melainkan Dia sendiri …" (Surah al Muddatstsir ayat 31)

Bahkan dalam sebuah hadis sahih Rasulullah S.A.W.bersabda maksudnya : "Bisinglah (suasana) di langit, dan memang sudah semestinya demikian, Tidaklah ada tempat pijakan telapak kaki kecuali terdapat padanya malaikat bersujud atau berukuk." (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah, Ath Thabari, dsb.)

Malaikat sangat ramai bilangannya dan Allah sahaja yang tahu bilangan sebenarnya. Dalam ilmu Tauhid, umat Islam diwajibkan mengenal 10 malaikat dan tugasan mereka. Iaitu :

* Malaikat Jibril : Tugasnya membawa wahyu dari Allah Ta’ala kepada Rasul-rasul dan Nabi-nabi, juga menguruskan bala seperti gempa bumi, air bah, ribut dan lain-lain lagi.

* Malaikat Mikail : Tugasnya membawa rezeki dengan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, membiakkan haiwan, mengeluarkan hasil galian bumi.

* Malaikat Israfil : Tugasnya untuk meniup “sangkakala” ketika sampai masa kiamat iaitu bumi akan hancur dab sekali lagi ia meniup sangkakala itu ketika sampai masa manusia hidup semula dan keluar dari kubur untuk perhitungan di akhirat.

* Malaikat Izrail : Tugasnya ialah mengambil nyawa, iaitu mematikan apabila sudah sampai ajal, dan tugasnya mengambil nyawa tidak akan cepat sesaat dan tidak akan lewat sesaat.

* Malaikat Munkar : Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.

* Malaikat Nakir : Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.

* Malaikat Raqib : Tugasnya ialah menulis pahala bagi orang yang membuat kebaikan.

* Malaikat Atid : Tugasnya adalah untuk menulis dosa bagi orang yang membuat mungkar dan kejahatan.

* Malaikat Ridhwan : Tugasnya menjaga syurga.

* Malaikat Malik : Tugasnya menjaga neraka.

Malaikat yang diciptakan oleh Allah S.W.T mempunyai sayap. Dalam beberapa hadis dikatakan bahwa Jibril memiliki 600 sayap, Israfil memiliki 1200 sayap, dimana satu sayapnya menyamai 600 sayap Jibril dan yang terakhir dikatakan bahwa Hamalat al-’Arsy memiliki 2400 sayap dimana satu sayapnya menyamai 1200 sayap Israfil. Wujud malaikat mustahil dapat dilihat dengan mata kasar, kerana mata manusia tercipta dari unsur dasar tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk tidak akan mampu melihat wujud dari malaikat yang asalnya terdiri dari cahaya, bahkan Nabi Muhammad S.A.W. sendiri pun disebutkan secara jelas hanya mampu melihat wujud asli dari malaikat Jibril sebanyak dua kali.