MENCINTAI RASULLAULAH KEPADA MU ALLAH AKU BERSERAH

Thursday, February 3, 2011

TAHAP PERUBAHAN DIRI

Anak anak ku,
Sesuatu yang berlaku adalah mengikut peringkat peringkatnya. ianya mestilah bermula dari satu titik. Sesaorang yang mahukan perubahan mesti berani melupakan peristiwa peristiwa dukacita dan jangan menunding jari ianya adalah kesalahan satu pihak sahaja. Cerminlah diri kerana yang empunya diri tidak PERFECT malah sebagai seorang yang mengakui hamba pada Allah hendaklah menerima hakikat sedangkan Nabi Muhammad sanggup menunggu umatnya dari memasuki dahulu pintu SURGA.

STAGES OF CHANGE


DENIAL STAGE ....................................................>mungkin kita di tahap ini


ANGER AND RESISTANCE STAGE ...............................>mungkin kita berada disini


EXPLORATION AND ACCEPTANCE STAGE..............> mungkin kita sedang bermuhasabah diri


COMMITMENT STAGE    mungkin disini------->insyallah kita telah bersedia mengimarahan tuntutan Allah.

Waullah Hu Aklam.

KATA BIJAKSANA

Anak anak ku,

Jadikan yang TEBAL itu IMAN,


yang NIPIS itu LIDAH,

yang TAJAM itu AKAL,

yang LEMBUT itu HATI,

yang RINGAN itu SOLAT,

yang LUAS itu ILMU & Yang MANIS itu SENYUMAN.

Waullah Hu Aklam

MELERAI RINDU DAN DENDAM

Anak anak ku


Kekadang... kita pohon kekuatan, Allah beri kesulitan untuk jadikan kita kuat..... Kita pohon keteguhan hati,Allah beri masalah untuk diatasai.... Kita pohon keyakinan, Allah beri ujian untuk memantapkan iman dan jiwa.... Kita pohon kekayaan, Allah beri kesempitan dalam kehidupan.

Dalam deraian air mata, bersulam doa kita panjatkan setiap kali abah dilepasi ujian……..Kadangkala kita tidak dapat apa yang diingini,namun kita sentiasa dapat apa yang kita perlukan..... Mungkin Allah mengetahui abah belumbersedia untuk nikmatnya…Allah sayangi abah dan mahu abah sentiasa mendekatinya…..

Dalam senang jarang ada keluhan…dalam ketawa jarang ada tangisan…..Anak anak ku abah melalui segalanya dengan tabah dan berterima kasih pada Allah. Allah masih memberikan abahmu peluang untuk bersyukur dan bersujud padanya.

Waullah Hu Aklam.

ALLAH MAAFKAN HAMBA MU

Anak anak ku,

Abah hanyalah  seorang insan yang amat kerdil di alam nyata ini, namum, abah berharap agar Allah sedia mengampunkan dosa dosa yang telah lalu dan memberi panduan agar tidak mengulangi dosa dosa yang sama atau lainnya dimasa depan. Semuga kesalahan abah terhadap makhluk dan insan lain  juga dapat dimaafkan keranan ketelanjuran bukannya disengajakan. Insyallah tiada tebusan yang lebih baik  selain dari mu Allah kekasihku yang sentiasa dekat dihati dan insyallah  aku akan mengekalkan zikir pada mu setiap waktu dan sepanjang hayat ini, insyallah. Muga muga Allah memperkenankan doa abahmu dan memberikan petunjuk dan membuka hati hati kawan kawan, saudara mara dan mereka yang telah jauh supaya hampir pada abah mu. Semuga Abah berjaya pada 10 Februari 2011 dan 10 Mac 2011 nanti dan majikan memberi abah peluang insyallah. Cukuplah Allah sebagai pembantu abah dan pelindung dari segala godaan dan mengurangkan kepayahan ini.

Waullah Hu Aklam.

CAIRKAN DENDAM KITA MAAFKAN SAUDARA DAN SAHABAT KITA

HATI YANG BAIK BILA KITA MELUPAKAN DENDAM


Anak anak ku,
Catatan dari kuliah tuan guru.

Adakah kita akan bertemu di akhirat jika di dunia kita tidak dapat berjumpa. Sudahkah kita meminta ampun terhadap kesalahan kita. Apakah yang terbaik telah kita lakukan semasa anak anak, isteri , suami , jiran taulan dan sahabat handai. Apa kata sebelum nyawa dan nafas terakhir ini kita gunakan untuk melakukan ibadah dan membetulkan kesilapan kita. Bolehkah hati kita yang keras itu dilembutkan, hati yang umpama besi itu dicairkan sebelum kita menghadap azali. Berubahlah dan berusaha berubahlah memaafkan.

Anak anak ku.
Adakah kita berpuas hati jika orang atau saudara seislamnya yang dibenci dan didendaminya meninggal dunia. Kenapa kita masih mahu berdendam dan lupa bahawa kita juga manusia yang khilaf. Berilah peluang pada orang orang yang kita benci membetulkan kesilapan mereka. Bila kita sudah berjaya dan hebat kita mula rasa malu dan tidak mahu memaafkan kesilapan orang bawahan dan ahli ahli keluarga kita. Kewajipan untuk memaafkan itu terletak pada diri dan bahu kita anak anak ku.

Selama kita hidup jika hendak Berjaya adakah kita akan sentiasa mengingatkan dendam dan berterusan melakukan sesuatu kerana dendam. Masya Allah maka marilah kita anak anak ku leburkan dendam dan maafkan orang orang sekeliling sebelum nyawa kita bercerai dari badan. Insyallah hendaklah kita berbicara dengan berhikmah dan latihlah lidah dengan zikir dan mulai mendampingi orang orang yang baik akhlaknya. Sentiasalah bermuzakarah dan percaya kebenaran itu akan mengatasi kebatilan. Jangan cuba menutup keburukan sesaorang dengan alas an menyembunyikan aib, kesilapan perlu dibetulkan.

Ingatkan akan pesanan Nabi Muhammad SAW, “orang yang baik ialah orang yang makan apa yang ada dihadapannya”, justeru itu marilah kita bersama sama :-

1. Lidah yang menegur kebaikkan dengan berhikmah.
2. Lidah sentiasa menyatakan kebenaran walaupun pahit.
3. Lidah yang tidak mengadu domba.

Waullah Hu Aklam.