MENCINTAI RASULLAULAH KEPADA MU ALLAH AKU BERSERAH

Wednesday, June 20, 2012

BEBERAPA USUL DULU DAN DIULANGI -CONTOH

Kadangkala kita lupa, tapi mungkin ini sebahagian dari usul yang biasa.

BIL
USUL
TINDAKAN
i.
Buku mesyuarat agong diedar lebih awal kepada ahli untuk dibaca dengan diteliti.
ALK akan mengedar buku MA 2 minggu sebelum berlangsung.
ii.
Penyata caruman koperasi dihantar pada setiap hujung tahun
Akan dihantar sebelum hujung tahun.
ii.
Agihan wang saku / makanan perlukan pantauan kerana ada yang tertinggal.
Ahli perlu hadir semasa MA
i.
Bilakah dividen akan diagihkan kepada ahli koperasi.
Hanya bila koperasi memperolehi keuntungan.
ii.
Apakah tindakan ALK untuk membaik pulih akaun koperasi supaya dividen bertambah.
Mengalu-alukan ALK baru agar dapat pulihkan akaun koop.
iii.
Dividen untuk setiap 06 bulan keuntungan kerana kos hidup meningkat
Akaun perlu ditutup terlebih dahulu sebelum pembahagian untung.
i.
Pinjaman Koperasi dinaikkan kepada RM3,000.00 ke atas dan bayaran balik pinjaman dilanjutkan.
Pinjaman telah dinaikkan kepada RM5000.00 atau sebulan gaji.
ii.
Salurkan pinjaman modal kepada ahli yang ingin menjalankan projek- projek keusahawanan dan menguntungkan dan keuntungan boleh dikongsi bersama.
Telahpun diamalkan melalui anjuran kursus.
iii.
Menyediakan pinjaman barangan eletrik, handphone, kenderaan dan perabot kepada ahli.
Akan dilancarkan dalam masa terdekat.
i.
Kad Ahli diberikan kpd semua ahli dan kedai koperasi memberi diskaun kpd ahli.
Perlu dibincangkan dalam mesyuarat ALK
i.
Kursus MKM dimonopoli oleh ahli yang sama dan mesti dibuka untuk semua ahli.
Pemilihan dibuat oleh MKM.
ii.
Lawatan sambil belajar kepada ahli koperasi.
Masih belum mampu memandangkan kedudukan kewangan tidak kukuh.
i.
Memperluaskan pelaburan dalam Institusi Kewangan yang menguntungkan.
Koperasi dalam proses, mengalukan penglibatan ahli.
iii.
Kawalan dan layanan terhadap pelanggan dipertingkatkan terutama di Kedai Runcit
ALK akan terus memotivasikan pekerja.
iv.
Hanya staf yang berkualiti diambil dan dapat memberikan layanan kepada pelanggan.
Pengambilan staf dibuat melalui temuduga. Masalah timbul kerana ramai staf dari anak ahli.
v.
Perluaskan bidang perniagaan koperasi di luar Dan membuat kerjasama dengan syarikat koperat lain.
Akan dibincangkan dalam mesyuarat ALK
vi.
Kenapa koperasi sering rugi sedangkan kedai ada 04, lebih baik diberi sewa kepada orang luar.
Koperasi tidak mengamalkan memberi sewa kepada pihak luar,akan cuba mengatasinya.
vii.
Memberi keutamaan kepada ahli untuk menjadi pembekal koperasi dan memperluaskan ruang kedai koperasi
Majority pembekal adalah ahli, ruang yang terhad tidak mampu menampung bekalan makanan.
viii.
Adakan gaji dan naikkan elaun ALK supaya rajin bekerja.
ALK/JAD adalah secara sukarela. Elaun hanya dibayar jika ada untung.
ix.
Wujudkan pakej pinjaman umrah kepada ahli koperasi.
Akan dibincangkan dalam mesuarat ALK
x.
Bilakah Skim Tabarru koperasi akan dimulakan.
Perlu dikaji semula.
xi.
Aktiviti perniagaan yang merugikan dihentikan operasi serta merta.
Tindakan akan diambil secepat mungkin.
xii.
Kedai koperasi
Mengalu-alu untuk menjadi ALK agar sama-sama dapat mengubah kedudukan koop.
i.
Sumbangan pendidikan terus diberikan kepada anak-anak ahli yang cemerlang diperingkat menengah dan mendapat tawaran di IPT
Tidak dapat dilakukan selagi koperasi tidak memperolehi keuntungan.
ii.
Insuran kakitangan
Mohon dari majikan menggunakan agen koperasi.


BEBERAPA CONTOH YANG BOLEH BERLAKU DALAM KOPERASI ANDA.
 Inilah tata etika pengurusan dan kawalan dalaman yang wujud.....
1.      Memilih ahli yang tidak hadir dalam mesyuarat Agung sebagai Ahli Lembaga Pengarah adalah SALAH
2.       Pemberian duit elaun bulanan Lembaga Pengarah secara advance adalah SALAH.
3.       Penyata keewangan dan hutang kakitangan yang berbeza beza dan disemak berulang kali.
4.       Status hutang pinjaman bekas bekas ahli koperasi adakah semuanya telah dikutip, dilunaskan atau dilupuskan dalam Mesyuarat, siapakah mereka. kenapa tak peguam.
5.      Minit mesyuarat lewat,  hanya diterima pada masa mesyuarat, perwakilan hanya membaca semasa AGM, amalan ini masih berterusan.
9.       Sijil saham koperasi tak siap siap.
10.   Usul usul dari perwakilan disaring dan dikeluarkan oleh Lembaga Pengarah sebelum mesyuarat Agung.
12.     Makluman mengadakan mesyuarat kawasan oleh kawasan kawasan hendaklah dimaklumkan awal supaya ahli boleh hadir dan buat perancangan.
14.      Statement potongan bayaran kepada syarikat Insuran untuk rebet Income Tax tidak ada.
15.      Ketidakhadiran ALK dalam mesyuarat bulanan dicatatkan hadir dalam Laporan Mesyuarat Agung untuk nampak elok pada pihak berkuasa dan perwakilan.
16.    Ketiadaan sessi penerangan Koperasi kepada ahli dan tiada kempen keahlian dijalankan sejak beberapa tahun.
18.   Walaupun ada komputer, internet dan lain lain maklumat ahli kepada setiausaha kawasan tidak pernah update.
19.  Buku Undang Undang Kecil -UUK perlu dicetak semula supaya ahli ahli baru memahami koperasi.

Waullah Hu Aklam

Monday, June 18, 2012

SEKADAR INGIN BERTANYA - FATAMORGANA KOPERASI
Hamba ini, Sekadar ingin bertanya, pada perhimpunan akhirat nanti, apakah akan datang satu rahmat atau petaka dari Allah yang Maha Kuasa kepada hamba hambanya. Sekadar ingin bertanya, bolehkah hamba berbicara pada semua yang ada kaitan dengan koperasi. Jika diizinkan maka teruskan membaca, jika tidak sila berhenti disi kerana isinya tidak menyedapkan kita.

Merungkap peristiwa peristiwa melalui bait bait frasa yang lahir dari sudut hati yang amat dalam. Sekadar ingin bertanya, apakah kita membenci melihat hamba yang bertanya.. Bukan nya memberi usul kerana hamba tidak punya,  nak beri bukti ianya tiada. Sekadar ingin bertanya, apakah kita melihat dan memuliakan sesaorang dari lidah dan amalnya, atau kerana taat taqlik pada ketua. Sekadar ingin bertanya, apakah kita belum matang sehingga tidak BOLEH membezakan baik dan buruknya perkara. Sekadar ingin bertanya, apakah perwakilan yang hadir telah menjalankan tugas tugas utama, usul dan periksa atau senada seirama kerana gembira dipilih bersama sama, atau longlai menghirup udara pergunungan yang selesa. Sekadar ingin bertanya, bolehkah buku Undang Undang Kecil berguna, atau telah ada yang baru akan diterima  baru dimasukkan kedalamnya. UUK menjadi lapuk ditelan masa, Sekadar ingin bertanya, kenapa Lembaga Pengarah menghilang sekian lama, mengapa membisu seribu bahasa, tiada juga khabar berita, tiada road show atau taklimat kepada ahli ahli seperti sebelumnya, apakah kerana tiada apa yang perlu diperkatakan kerna telah sempurna segala galanya. Sekadar ingin bertanya, apakah notis mesyuarat perwakilan telah disemarakkan atau  dangkal tidak punya Facebook, Twitter mahupun Yahoo, Hotmail dan Google, itu wa tak periksa. 


Sekadar ingin bertanya, adakah kita yang hadir dan hidup ini mampu meneliti, mendengar dan membenarkan yang putih dari hitam, yang gelap dari terang, membezakan manikam dari permata. Sekadar ingin bertanya, dekad mana minit minit mesyuarat Agung dapat tiba ditangan perwakilan lebih awal dari biasa atau meneruskan tradisi laksana pisang goreng panas tersedia hanya bila sampai disana. Kenapa kita tidak boleh melakukkannya. Masukkan dalam softcopy , PDF dan seumpama untuk bacaan kita semua. Sekadar ingin bertanya, mampukah kita mendongak langit, kerna sudah bertahun tahun lamanya menunggu durian akan gugur mengenai kepala mereka yang celaka. Sekadar ingin bertanya, bilakah ahli ahli akan diberi sijil saham sepenuhnya, atau perlu menunggu setahun lagi atau printer printer CANON, FUJIXEROX, MINOLTA kerana  belum melahirkan ciptaannya. Sekadar ingin bertanya, apakah ada perwakilan berani membuat perubahan, bercakap berdasarkan hati dan perasaan yang jujur tanpa takut nista dari kawan kawan sesama. Sedar ingin bertanya, lengkapkah senarai ahli ahli dan hutang piutang mereka atau masih ada anggota dan bukan anggota tergaul bersama.


Sekadar ingin bertanya, adakah semua hutang piutang bekas ahli berhasil dipungut, apakah ianya dilupuskan Jika ada, siapakah mereka, kongsikan kami beban tersebut, bukanya membuka aib sesiapa, sangupkah kita melihat ROH rakan rakan kita menderita sekurangnya kepada waris waris menjelaskannya, agar tidaklah ROH mereka tersekat dilangit oleh Allah yang Maha Berkuasa. Sekadar ingin bertanya, apa yang telah terjadi pada syarikat insuran Takaful kita, apakah kita tidak ingin memberi yang halal pada kakitangan kita. Bukankah mencari yang halal itu wajib bagi kita yang berugama. Berilah pilihan saksama antara Insuran Great Eastern Conventional dan Takaful Islam jika kita orang yang beriman namanya. Sekadar ingin bertanya, sudah kah ahli Lembaga yang dilantik hadir kesemua kursus kursus wajib pengurusan, atau sepanjang tahun leka terlalu sibuk dan meletak tepi untuk menimba ilmu koperasi. Kita mungkin terleka kerana dunia maya  yang utama dicari setiap masa bukan akhirat tempat akhir kita. Kita adalah serupa di alam maya sementara. Menunggu dipanggil yang Maha Esa. Bukankah pernah dalam mesyuarat Agung lalu, pengerusi bersabda mengingatkan amal dan perbuatan untuk koperasi hanya semata mata tugas sukarela. Adakah elaun tidak mencukupi dan perwakilan tidak belas dan periksa jika kita meminta.


Sekadar ingin bertanya, berimankah kita dan sudahkah kita membasuh dosa dan noda. Sekadar ingin bertanya. Bilakah kita ingin membina pelapis muda pimpinan kita, apakah wajah wajah sekarang untuk kini dan selama lamanya dengan kudrat serupa sehingga usia mencapai 60 tahun lamanya. Apakah kita belaka akan sihat selama lamanya, adakah kita lupa nikmat sihat itu Allah yang punya. Kenapa kita tidak membuat kunci pendua, tidaklah kita nanti meraba raba. Ingatlah diakhirat kubur kita akan terang benderang atau gelap gulita hanya berdasarkan amalan kita.


Sekadar ingin bertanya, selesai dan muktamatkah isu perumahan di Gombak, atau menunggu sehingga ada kertas putih mahkamah memutuskannya. Sekadar ingin bertanya jika benar kes telah tutup sila nyatakan secara rasmi melalui surat kepada ahli. Sekadar ingin bertanya, Dimanakah PELAN EKONOMI dan PERANCANGAN STRATEGIK boleh dilihat ahli ahli. Apakah kekuatan perjuangan koperasi ini telah cair, atau mencapai KPInya jangalah perjuangan menjadi kabur bila dimamah usia. Bila agaknya setiap ALK yang mengetuai biro biro pula membentangkan prestasinya dan perancangannya. Insya Allah, maka semua marilah, kita pulanglah kepada Allah cahaya kehidupan, syarat bahagia di dunia, akhirat kekal selamanya pada Allah…Allah...Allah Hu Akbar.

Wednesday, June 13, 2012

JIWA YANG TENANG BHG 1

ISLAM itu ada lahir, ada batin. Ada jasad, ada roh. Ada rangka, ada nyawa. Islam itu ada kulit, ada isi. Batin Islam atau roh Islam atau nyawa Islam atau intipati Islam itulah yang dikatakan rohul amal, yakni roh dalam kita bekerja, roh dalam kita bartindak, roh dalam kita melaksanakan sesuatu, roh dalam kita berjuang dan berjihad, roh dalam segala usaha ikhtiar kita, walau dalam bidang apapun. Dalam ibadah, dakwah, ekonomi, politik, pembangunan, pertanian, kesehatan, dan lain-lainya. Roh amal inilah yang mesti kita jaga sungguh-sungguh karena ia merupakan nyawa, di samping kita tidak juga menafikan amal lahir atau syariat lahir yakni perkara-perkara yang dapat dilihat dengan mata lahir. Roh amal itulah tempat pandangan ALLAH karana ia merupakan intipati amal. Lubbun (j )dari roh amal itulah nilai di sisi Allah. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasul dalam sabdanya: Artinya: Sesungguhnya ALLAH tidak melihat gambaran lahir amalan kamu dan rupa kamu tapi ALLAH melihat hati kamu. (Riwayat Muslim) Maksudnya, amalan lahir yang kita buat seperti rukuk, sujud, berdiri dan bacaan-bacaan dalam sembahyang, semuanya tidak dipandang oleh Allah jika rohnya tidak ada. Begitu juga percakapan kita yang didengar oleh manusia, perjuangan kita dengan menggunakan tangan dan kaki, pergi ke sana ke mari, bermacam-macam bentuk pembangunan yang kita hasilkan dalam bidang ekonomi, pertanian dan sebagainya, semuanya tidak ada nilainya di sisi ALLAH kalau rohnya tidak ada. Jadi ALLAH tidak melihat dan memandang gambaran lahir tetapi ALLAH melihat hati kita. Roh usaha kita itu yang ALLAH pandang di samping usaha itu perlu dilaksanakan. Roh amal itu yang dipandang oleh ALLAH di samping amal itu perlu dibuat. Roh jihad itulah yang ALLAH nilai di samping jihad itu perlu dilaksanakan. Roh puasa itulah yang ALLAH beri tumpuan di samping puasa itu perlu dikerjakan. Begitulah seterusnya. Jadi dalam kita beramal, keduanya lahir batin mesti kita laksanakan, tetapi penilaian ALLAH pada yang batin. Islam ada rangka, ada nyawa, kedua diperlukan. Tetapi nyawa itulah yang dinilai oleh ALLAH. Jadi kalau usaha, ibadah, pembangunan, jihad atau apa saja yang kita cetuskan, sedangkan rohnya tidak ada, samalah seperti manusia yang sudah tidak ada nyawa. Artinya sudah dianggap bangkai. Manusia, walau bagaimanapun cantiknya, kalau sudah tidak bernyawa, maka akan ditanam saja, tidak perlu disimpan lagi. Orang hormat kepada ratu cantik itu karena rohnya atau nyawanya masih ada. Justru itu, kita beribadah mesti berserta roh. Kita berdakwah mesti berserta roh. Kita berjihad mesti berserta roh. Begitu juga kita bermusafir, bergaul, berilmu, bersatu, berdoa, Berzikir, berekonomi, membangunkan pertanian, membangunkan kesehatan,berkumpulan, dan sebagainya, semuanya mesti berserta roh. Hingga diam kita pun mesti ada roh. Jadi roh amal perlu kita jaga karena ia merupakan penilaian disisi ALLAH SWT, di samping soal-soal lahir wajib juga dilaksanakan dan ia tidak boleh diabaikan Sambung.....

ADAB MEMBACA AL FATIHAH

Adab-Adab Membaca Al Fatihah Al Fatihah ialah kata-kata Munajat . Dengan ayat Al Fatihah kita berkata-kata secara langsung dengan Allah s.w.t. Maka sebelum itu kita perlu membaca kalimah ‘Ta’awwuz’ dengan tujuan memohon perlindungan diri dengan Allah dari segala gangguan dan bencana yang datang dari Iblis dan syaitan yang terkutuk, kerana dialah yang sentiasa berusaha untuk memalingkan hati kita dari menghadapi Allah. Kemudian kita diperlukan pula membaca “Bismillah” untuk mendapatkan berkat dengan nama Allah sebelum melaksanakan sesuatu pekerjaan, sambil mengingat bahawa Allah sahajalah yang menguasai segala-segalanya dengan sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Oleh kerana Al Fatihah adalah Ibu Segala Ayat di dalam Quran, hati dan jiwa kita hendaklah dipusatkan kepadanya ketika lidah kita membacanya. Ketika membaca Al Fatihah, sebaik-sebaiknya hati hendaklah mendahului lidah, atau sekurang-kurangnya hendaklah lidah menjadi guru bagi hati, iaitu hati hendaklah mengingat makna sesudah lidah membacanya. solat 1. Ketika kita membaca ‘Alhamdu lil-Lahi Rabbil Alamin’ kita ingat di dalam hati bahawa segala kepujian adalah hak-kepunyaan Allah kerana Allah menjadikan seluruh alam dan mengatur serta menguasainya. Maka tidaklah ada sesiapa selain dari Allah yang berhak menerima kepujian itu. Kemudian kita berhenti sejenak untuk menanti reaksi kepada pujian kita itu, seolah-olah kita dengar Allah menjawab: “ Aku telah disanjung oleh hambaKu.” 2. Bila kita membaca ‘Ar Rahmanir Rahim’ kita tekankan dalam hati bahawa fungsi Allah sebagai Penguasa dan Pengatur alam berlaku kerana sifat Pengasih dan PenyayangNya. Maka segala yang kita terima dari kurniaanNya adalah dengan RahmatNya semata-mata. Jika tidak kerana Rahmat-Nya, alam ini tidak mungkin terjadi dan tidak pula tersusun seperti yang kita lihat. 3. Ketika kita membaca ‘ Maliki Yaumid-Din’ hendaklah kita ingat bahawa Allah s.w.t adalah Penguasa dan Hakim yang Maha Agung di Akhirat. Hanya Dia yang membuat perhitungan dan memberi ganjaran kepada segala amalan kita di dunia. Mka tidaklah ada kuasa lain yang boleh diharap-harapkan selain dari Allah. 4. Apabila kita mebaca “Iyyaka Na’budu Wa Iyyaka Nasta’in” ingatan kita tertumpu kepada Allah yang Maha Agung dengan ikrar bahawa tidak ada sesuatu pun yang disembah melainkan ‘Engkau’. Maka secara langsung kita berikrar: KepadaMu aku beribadat dan kepadaMu jua aku memohon pertolongan! Dengan ikrar ini juga kita harap akan diperteguh i’tiqad di dada kita bahawa walaupun bantuan dari makhluk diperlukan juga dalam kehidupan kita sehari-hari, tetapi Allah adalah Penggerak dan Penolong Yang Sebenar di sebalik usaha dan ikhtiar makhlukNya. 5. Ketika kita membaca “Ihdinas-Siratal-Mustaqim” ucapan ini adalah doa dan permintaan kita supaya Allah memberi petunjuk kepada kita ke jalan yang benar dalam segala hal, baik yang mengenai amalan atau ilmu yang kita perlukan sebagai hambaNya yang taat. Doa ini penting kerana kita tidak mungkin menemui jalan yang lurus dan benar itu jika Allah tidak memberi petunjukNya kepada kita. Maka perlulah diulang doa dan permintaan ini, lebih – lebih lagi dalam keadaan kita yang terbaik dan paling hampir pada Allah, iaitu di dalam sembahyang. 6. Ketika kita membaca “Shiratal-lazina An’amta Alaihim” kita harus sematkan dalam ingatan bahawa ‘ Jalan Lurus’ yang kita pohonkan dari Allah sebenarnya adalah jalan yang pernah dinikmati oleh hamba-hamba Allah yang lain oleh pemberianNya jua. Dengan kesedaran ini semoga kita mencontohi amalan orang-ornag yang telah diberi nikmat oleh Allah di dunia ini, semoga kita akan menyertai mereka di akhirat nanti. 7. Ketika kita membaca “Ghairil Maghdubi Alaihim Waladh-Dhaal-Liiin” kita memohon pada Allah supaya dijauhkan kita dari jalan, perbuatan dan sifat manusia yang dibenci dan dimurkai oleh Allah kerana kecendurungan mereka melakukan kebatilan dan kemungkaran, sedangkan kebatilan membawa kepada kesesatan. Pada akhir ayat ini kita berhenti sejenak untuk menanti jawapan dari Allah, yang kita harap-harapkan akan berkata: “Aku beri kepada hambaKu, dan bagi hambaKu ini apa yang ia minta”.

Sunday, March 11, 2012

BUKAN LAGENDA - TAPI PERJANJIAN KETURUNAN PAK KADUK

Anak anak ku, Kita bukanlah waris waris rapat tetapi kita adalah sebahagian keturunannya. Datuk nenek kita dahulu "hidup dan mati hanya untuk Allah dan Nabi Muhammad saw" kita berada di istana dan sebahagian dari panglima panglima di istana. Kita menghidupkan sunnah dan kita kuat beribadah pada Allah justeru itu kita disayangi oleh makhluk makhluk yang zahirnya tidak kelihatan. Itu lah jangan hairan Zarul Hairee boleh melihat makluk tersebut sejak kecil hingga sekarang. Jika Abah, Sazarul Azree, Zarul Hairee dan Nata Reena menerima anugerah tersebut maka perbaikilah amalan dan ketaatan pada Allah. Kita akan kembali kepada Allah nanti dan jangan melupakan janji untuk bersama Allah dan Nabi Muhammad SAW di akhirat nanti. Untuk hal ikan tapah berikut adalah ceritanya.....abah ambil dari blog kerana ianya sama dengan yang diceritakan kepada Abah semasa masih kecil. LAGENDA IKAN TAPAH Lagenda Ikan Tapah ini adalah kepercayaan orang-orang terdahulu yang mana menyatakan bahawa keturunan Pak Kaduk tidak boleh menganiaya, memakan atau mengkianati secara sengaja atau tidak sengaja Asal Yang Empunya Cerita Cerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan oleh Haji Pandak Logam Bin Pandak Demat salah saorang keturunan Pak Kaduk yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang Ikan Tapah, beliau dilahirkan pada tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 dalam usia 90 tahun. Bermulanya Kisah Di zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah, permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah Sultan. Si Kaduk Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak untuk mencari tempat baru, akhirnya telah sampai ke satu tempat di tepi Sungai Perak bernama Lambor (Menurut cerita mulut Pandak Logam) di Kampung Pulau, Lambor Kiri, di sana Kaduk diterima baik oleh masyarakat kampung dan akhirnya dijodohkan dengan seorang gadis kampung dan menetap beberapa lama di sana (Kampung Pulau Lambor Kiri). Kaduk mempunyai kegemaran menangkap ikan, mencari rotan dan menyabung ayam. Adapun menyabung ayam adalah satu permainan yang amat digemarinya. Ayam Pada suatu hari Kaduk ternampak seekor ular sedang menggonggong sebiji telur ayam dan meletakkannya di atas tanah berhampiran rumahnya, kemudian ular tersebut pun berundur dan menghilangkan diri. Kaduk pun mengambil telur tersebut dan dieramkan oleh ayamnya. Telur tersebut akhirnya menjadi seekor ayam sabung yang cantik dan handal dan dinamakan Biring Si Kunani. Ayam ini sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk pembesar Istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam Kaduk. Kaduk menjadi resah kerana tidak menyabung dan akhirnya Kaduk menerima apa juga syarat yang dikenakan asalkan dia dapat menyabung ayam. Pertarungan Ayam Berita kehebatan ayam sabungan Kaduk mendapat perhatian daripada Sultan, lalu baginda mencabar Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan oleh Sultan. Syarat-syaratnya ialah: Ayam Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Sultan yang bernama Si Jalak Putih Mata Pertaruhannya adalah kampung halaman dan isi rumahnya Dan di pihak Sultan pula: Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa memerintah dan kawasan negeri jika ayam Sultan kalah. Tanpa berfikir panjang Kaduk menerima syarat-syarat tersebut kerana sudah lama tidak menyabung ayam. Kekalahan Sebagaimana yang dijangkakan pada peringkat awal, ayam Kaduk yang ditukarkan dengan Sultan telah menang. Kaduk pun bersorak kerana ayamnya menang, tetapi dia lupa bahawa ayam itu telah menjadi milik Sultan. Setelah pengumuman dibuat baru lah Kaduk sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Sultan. Maka dengan berpegang pada janji dan syarat penyabungan Kaduk terpaksa menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada Sultan, hanya yang tinggal pada Kaduk sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana masa Sultan mengambil pertaruhan kucing tersebut tiada di rumah, kalau tidak semuanya akan menjadi milik Sultan. Kaduk pun berundur ke sebuah pulau (Pulau adalah satu tempat di tepi tebing Sungai Perak dimana orang menanam padi Huma) bersama kucingnya dan tinggal di sebuah dangau. Sambil Kaduk memikirkan masa hadapannya kucing itu datang sambil mengiau-ngiau dan mengigit kaki kaduk seakan memberitahu sesuatu, puas juga dihalau kucing tersebut tetap juga begitu. Kaduk pun mengikut kucing tersebut ke tepi tebing sungai, apa yang didapatinya ialah seekor ikan tapah yang besar, Kaduk pun berlari ke dangau dan mengambil mata tuai yang terselit di celah atap lalu dibelahnya perut ikan tapah tersebut dan keluarlah emas dengan banyaknya. Kaduk bersyukur dan beranggapan itu adalah rezeki daripada Tuhan. Sumpah Maka Kaduk pun menjahit perut ikan Tapah tersebut dengan menggunakan jarum patah dan berbenangkan urat batang pisang lalu melepaskan ikan itu semula ke dalam sungai. Semasa inilah Kaduk melafazkan sumpahnya yang berbunyi: Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya. Ikan Tapah itu terus menyelam dan timbul sekali seolah mengucap selamat tinggal dan kemudiannya hilang ke dalam air. Tebus Kaduk pun pergilah mengadap Sultan dan menebus kampung halamannya dan anak isterinya, dan bakinya sebahagian disimpan untuk menyara hidupnya dan sebahagian lagi dibawa ke Kampar untuk dijadikan barangan perhiasan, kerana di zaman itu tukang emas hanya berada di Kampar Sumatera sahaja. Kepada anak cucu Kaduk, sebagaimana disebut dalam sumpahannya dan telah terkena penyakit yang disebutkan kerana memakan, mengkhianat secara sengaja atau tidak sengaja, terkena air-air dari Ikan Tapah maka ubatnya ialah dengan menyapu atau meminum air yang direndam Kerongsang Emas Tapah sebagai penawar bisa sumpahan tersebut. Adalah difahamkan bahawa ada keturunan Kaduk yang tidak boleh melintasi asap masakan isteri jika yang dimasak itu adalah ikan Tapah. Setelah segala nya selesai Kaduk tidak menyabung lagi dan hiduplah Kaduk dalam aman damai dan sentiasa mensyukuri rezeki yang diberikan Allah serta melakukan amal ibadah dengan taatnya sehingga berlaku perkara-perkara luar biasa. Diantaranya Sultan Perak melantik Kaduk menjadi Orang Besar Jajahan yang membawa gelaran Tok Tua Sakti yang mana tugasnya memberi nasihat dan tujuk ajar kepada Datok Bendahara Garang mengenai selok belok tempat di Aceh dalam usaha membawa pulang Puteri Limau Purut dari Istana Aceh sebagaimana dalam kisah Megat Terawis Emas Kancing adalah satu-satunya saki baki emas Ikan Tapah yang masih ada, ianya berbentuk Empat Segi Iris Wajik digunakan sebagai Keronsang baju wanita. Jumlah yang ada sekarang ialah sebanyak tiga keping dan ini lah digunakan sebagai penawar kepada cucu atau keturunan Kaduk jika terkena bisa Ikan tapah. Sekarang Emas Kerongsang Ikan Tapah di jaga oleh salah seorang keturunan Pak Kaduk yang bernama Hajah Hasmah Binti Pandak Logam yang kini tinggal di Kampung Tua, Batu 16, Lambor Kanan. Hajah Hasmah Bt Pandak Logam pemegang amanah Emas Kerongsang Ikan Tapah

ANAK KU - KITA SEBAHAGIAN SUSUR GALUR PAK KADUK

Anak anak ku, Pernah beberapa ketika dahulu dan sewaktu itu abah masih kecil dalam usia dibawah 12 tahun rasanya, dimana aruah atuk terkena gatal gatal dan katanya terkena bayang ikan tapah di pasar Pendang. Atuk balik kampung dan pergi ke Lambor puas mencari dan berjumpa sedikit emas dari keluarga rapat Pak Kaduk. Lepas minum dan mandi hampir serta merta gatal itu berhenti dan kesan berair menjadi kering. Terkenang juga semasa masuk jawi (bersunat), atuk putuskan nak adakan kenduri dengan siap beberapa alat bunyian, Kami tanya kenapa, jawab atuk "selepas ini tak payahlah keturunannya menanggung apa yang perlu dilakukan oleh keturunan kita". Aneh mendengarnya tapi masa abah masuk jawi dengan uncle Bob duduk atas batang pisang gendang, serunai dan nafiri dimainkan macam istana. Kini abah terkesan kerana jika sudah ada susur galur kita tidak boleh mengenepikan dengan mudah cuma adaptasi supaya jangan membenarkan syirik dalam amalan tersebut. Zarul Hairee telah membantu abah menyempurnakan amalan tersebut tahun 2011. Kita telah bersama menyembelih ayam ayam dan amalan lainnya. Tengahari pada waktu tersebut sangat panas tetapi angin kuat menyejukkan. Abah membaca doa dan lainnya dikubur aruah Atuk. Esoknya Atuk Ucu menyembelih kambing dan kita kenduri cuma Uncle Bob yang datang, Makcik kamu semua tidak dapat hadir. Harap amalan ini diberkati Allah kerana kehendak hati dan menunaikan apa yang terhutang. Kini abah melihat ada perubahan pada Uncle Bob yang semakin meningkat dalam kerjaya dan rezeki manakala anak anak Abah nampaknya semakin berjaya. Abah pula alhamdulillah dari kerjaya dan abah lihat banyak kebenaran dibuka didepan mata. Kalau ada kelapang dan diberikan kekuatan dan ilham apa akan menulis perkara misteri yang berlaku semasa ada hayat Opah. Abah merasakan tanggungjawab abah berat.....hati membisik bisik segeralah ke Mekah. Waullah Hu Aklam

Sunday, February 12, 2012

MENGAPA KITA PERLU DIINGATKAN

Anak anak ku
Hadith Nabi saw bermaksud :

“Apabila mati anak Adam terputuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu sadaqah yang berterusan, ilmu yang dimanfaatkan dan anak solih yang berdoa untuknya.”

Saya cukup terkesan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Khairuddin Aman Razali tentang keperluan setiap umat Islam mencari umur kedua. Katanya, setiap orang hanya mempunyai satu umur di dunia yang akan menjadi tempat berladang untuk hari akhirat. Apabila mati segalanya berakhir. Namun, baginda menjelaskan masih ada ruang untuk manusia masih mendapatkan pahala selepas kematiannya. Inilah yang dikatakan sebagai umur kedua bagi manusia selepas kematiannya. Umur kedua terhasil apabila setiap orang memanfaatkan harta, ilmu dan anak-anaknya ketika hidup. Pertama, Harta yang ada dibelanjakan ke jalan Allah untuk sedakah bagi sesuatu yang kekal manfaatnya selepas kematian. Justeru ia memberi pahala yang berterusan. Kedua, Ilmu yang ada disebarkan lalu dimanfaatkan oleh ramai orang. Justeru selepas kematian, si guru masih dapat memperolehi pahalanya. Ketiga, anak soleh yang berdoa untuknya.  Saya berhasrat untuk menyediakan persekitaran yang beragama untuk anak-anak saya dan merasa begitu bimbang dengan persekitaran masyarakat yang tidak menuju ke arah akhirat. Moga mereka menjadi anak-anak yang soleh yang akan mendoakan kesejahteraan saya selepas kematian.

Waullah Hu Aklam

Dari blog kawan abah. 


CINTAILAH RASULLULLAH PART 1

Anak anak ku,
Pepatah ada menyatakan “sekali air bah, sekali pasir berubah”. Begitu juga manusia yang boleh berubah sama ada dari negatif menjadi lebih baik atau sebaliknya. Jika dilihat dari sudut yang positif, perubahan merupakan satu penghijrahan yang membawa kebaikan kepada seseorang individu, namun ada juga perubahan yang menyebabkan seseorang itu semakin dijauhi oleh orang lain.
Perubahan boleh berlaku pada setiap orang yang bernama manusia. Boleh jadi perubahan pada diri individu itu berlaku disebabkan perubahan pada status dirinya atau ada peristiwa penting yang berlaku kepada dirinya sekaligus mewajarkan perubahan tersebut. Ada orang berubah menjadi baik bila terjadi musibah ke atas dirinya. Ada orang berubah menjadi sebaliknya bila mendapat pangkat, gelaran, kedudukan yang tinggi dan harta kekayaan.Perubahan ke atas diri seseorang juga boleh berlaku disebabkan perubahan pada keadaan sekeliling yang melingkunginya. Jika lingkungannya baik maka dia boleh berubah menjadi Saya tersenyum. Cakap-cakap negatif masih terus kedengaran biar pun telah beberapa tahun peristiwa hitam itu berlaku. Mana mungkin kita sebagai manusia mampu menghentikan mulut orang dari terus bercakap mengenai orang.Pergeseran sesama insan ternyata lebih sukar untuk dipadamkan berbanding api di dalam sekam. Kita sering kali mengingati kejahatan orang pada kita tanpa kita menyedari bahawa kita juga mempunyai saham yang sama terhadap orang lain. Kita sering kali menghukum seseorang berdasarkan pertimbangan kita 5 atau 10 tahun yang lalu sedangkan pertimbangan masa kini tidak langsung kita raikan.

Manusia suka menghukum berdasarkan sejarah silam. Jika dahulu dia seorang yang jahat maka orang akan menghukumnya sebagai jahat selama-lamanya walaupun pun dia telah bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.baik.

Abah ceduk dari blog kawan kawan.

Waullah Hu Aklam 


MEMILIH KAWAN HARUS HATI HATI

Anak anak ku

Syeikh Abdul Samad Al-Falambani dalam Kitabnya yang masyhur Sairus Salikin jilid 2 menggariskan 3 krietria dalam memilih kawan (taulan) iaitu:-
1. Jika kamu melihat wajah mereka maka kamu akan teringatkan akhirat. Justeru,kita disarankan melihat wajah orang soleh @ ulama  agar kita selalu teringatkan akhirat lantas bersemangat untuk melakukan perubahan diri;
2. Jika kamu mendengar kata-kata mereka maka kamu akan terpengaruh/terangsang untuk menambah amal kebaikan disebabkan nasihat-nasihat mereka; dan
3.Jika kamu melihat perbuatan  mereka kamu akan merasa gemar kepada akhirat disebabkan amalan mereka itu.
Pilihlah kawan yang boleh membawa kita kepada mengingati akhirat kerana pengaruh mereka akan membentuk kita menjadi manusia yang bertakwa. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa kita boleh mengetepikan kawan-kawan yang tidak cenderung kepada akhirat kerana usaha dakwah kita mengajak mereka kepada mengingati akhirat adalah tanggungjawab yang perlu kita lakukan. Cuma yang ditekankan oleh Syeikh Samad adalah kita meletakkan “barrier” atau sempadan di dalam hati mengenai kawan-kawan yang kurang minatnya dengan agama. Contohnya, jika mereka menyukai perkara-perkara maksiat atau melalaikan memadailah kita menetapkan di dalam hati bahawa mereka bukan kawan yang sepatutnya kita gauli, akan tetapi dalam masa yang sama kita juga perlu memberi nasihat dan mengajak mereka kembali ke jalan yang benar. Benci hanya di dalam hati tetapi bukan menjauhi mereka sehingga mereka hanyut dengan kelalaian. Tugas untuk berdakwah tidak pernah terhenti kepada setiap seorang daripada kita.

Waullah Hu Aklam 

Tuesday, December 6, 2011

HARTA PUSAKA

Pembahagiaan Harta Pusaka Menurut Hukum Faraid

 
diposting oleh Abu Basyer on Tuesday, December 6, 2011 at 2:40pm
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Pembahagian harta pusaka bertujuan untuk memberikan kepada yang berhak dan untuk membantu waris yang ditinggalkan. Syarak telah menetapkan apabila seseorang itu meninggal, hartanya akan dibahagikan mengikut pembahagian faraid. Pembahagian harta secara faraid adalah salah satu cara pembahagian harta di dalam Islam. Ayat-ayat 7, 11, 12 dan 176 dalam surah al-Nisaa menggariskan panduan berkenaan waris-waris yang berhak dan juga bahagian-bahagian yang harus diperoleh setiap waris.

Merujuk kepada kitab Mughil Muhtaj tulisan As-Sheikh Muhammad Al-Khatib As-Syarbini yang telah menyatakan bahawa antara perkara yang perlu diselesaikan ke atas harta si mati adalah zakat yang belum ditunaikan, barang-barang gadaian yang belum ditebus, hutang si mati ke atas harta yang ditinggalkan, harta sepencarian, wakaf, nazar, hibah yang telah sempurna rukunnya tetapi belum dipindah milik, perbelanjaan pengebumian, hutang dan wasiat.Setelah diselesaikan perkara-perkara tersebut barulah baki harta itu dibahagikan menurut hukum faraid.

Dalam kitab tersebut wasiat telah ditafsirkan sebagai pemberian disandarkan atau dikaitkan sesudah mati iaitu pemberian tersebut diserahkan setelah pemberiannya sudah mati.Pemberian wasiat orang Islam boleh diberikan dengan kadar tidak melebihi 1/3 bahagian sahaja. Wasiat yang melebihi kadar 1/3 adalah tidak berkuatkuasa kecuali mendapat persetujuan ahli waris yang lain atau kadar tersebut mesti dikurangkan sehingga sekadar 1/3 sahaja. Hukum Syarak juga telah menetapkan bahawa penerima harta pusaka melalui wasiat ini adalah seseorang yang tidak disenaraikan sebagai ahli waris.

Apakah dia hukum Faraid?
Faraid ialah berasal daripada perkataan faradha (فرض), di dalam bahasa Arab yang bererti ketentuan atau kepastian. Jika yang dimaksudkan dengannya berkaitan dengan warisan atau harta pusaka, maka ertinya ialah bahagian yang telah ditetapkan mengikut hukum syarak untuk ahli waris.

Dengan itu, jika pengertian hukum dikaitkan dengan pengertian faraid, maka makna hukum faraid ialah ketetapan yang diberikan Allah tentang kedudukan harta yang ditinggalkan oleh si mati atau hukum yang diberikan Allah dalam menangani pemerosesan pembahagian harta warisan kepada yang berhak.Untuk mengetahui proses pembahagian yang telah ditetapkan ini, terdapat caranya atau kadarnya, siapa yang berhak menerimanya daripada kalangan ahli waris dan sebagainya, ialah melalui apa yang dinamakan ilmu faraid. Pengertian ilmu faraid menurut sebahagian ulama ialah suatu ilmu untuk mengetahui cara-cara pembahagian harta pusaka kepada yang berhak daripada kalangan ahli waris. (Mu 'jam Lughat AI-Fuqahd' h. 341).

Pembahagian harta warisan melalui cara yang terdapat di dalam ilmu faraid akan menghasilkan pembahagian yang seadil-adilnya kerana ia berdasarkan wahyu. Kadar dan bahagian masing-masing sebenamya telah ditetapkan oleh wahyu. Manusia atau pihak mahkamah misalnya, hanya berfungsi sebagai menunaikan perlaksanaan hukum Allah dalam perkara ini. Hukum atau tatacara pembahagian harta waris melalui faraid adalah wajib.

Ayat-ayat mengenai faraid ini banyak terdapat dalam al-Quran, begitu juga dalam hadis-hadis Nabi SAW.Di antaranya ayat berikut:يوصيكم الله فى آولدكم ، للذكر مثل حظ الأنثيين فإن كن نسآء فوق أثنتين فلهن ثلثا ما ترك، وإن كانت وحدة فلها النصف.

Maksudnya: "Allah memerintahkan kamu mengenai pembahagian harta pusaka untuk anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih daripada dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati.
Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja maka bahagiannya ialah seperdua (separuh harta itu)……"(sehingga akhir ayat). (Surah an-Nisaa ayat 11)

Dan hadis:عن ابن عباس رضى الله عنهما عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: اقسموا المال بين أهل الفرائض على كتاب الله تعالى.

Maksudnya: "Daripada Ibnu 'Abbas radhiallahu 'anhuma daripada Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam sabdanya: "Kamu bahagi-bahagikanlah harta (pusaka) di antara ahli fard 'idh (waris) berdasarkan Kitabullah. "(Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)

Di zaman permulaan Islam sebagaimana yang diceritakan oleh Jabir Radhiallahu 'anhu, bahawa seorang perempuan Uanda) iaitu isteri kepada Sa'ad bin Al-Ruba'i, datang kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam mengadukan perihal dua orang anak perempuannya hasil perkongsiannya dengan Sa'ad. Perempuan Uanda) ini berkata: "Wahai Rasulullah, dua orang ini adalah anak perempuan Sa'ad bin Al-Ruba'i, bapa mereka telah mati syahid semasa berperang bersamamu wahai Rasulullah di Uhud. Kemudian bapa saudara mereka berdua telah mengambil harta mereka, dia tidak memberikannya kepada mereka walau sedikitpun dan kedua mereka ini tidak akan dapat berkahwin tanpa harta." Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Allah akan memberi keputusan hukum mengenainya."Tidak berapa lama kemudian turunlah ayat 11, surah AI-Nisa' yang telah disebutkan sebahagiannya di atas.

Setelah itu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam mengirim utusan kepada bapa saudara kedua anak perempuan itu untuk memaklumkan pesanan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang bermaksud: "Berikan kepada dua anak perempuan Sa'ad 2/3 dan kepada ibunya 1/8, manakala bakinya untukmu." (Hadis Jabir ini diriwayatkan oleh ahli hadis yang lima kecuali Nasa'i).

Berdasarkan ayat dan hadis Jabir di atas, adalah wajib membahagikan harta waris mengikut bahagian yang telah ditetapkan dalam faraid dan cara inilah yang paling baik bagi mencapai keadilan yang sebenar.Setiap yang wajib itu akan mendapat pahala jika dilakukan dan mendapat seksa jika ditinggalkan.

Sebagaimana yang telah disebutkan bahawa hukum faraid hanya membicarakan harta pusaka yang ditinggalkan oleh orang yang meninggal, maka yang dikira sebagai harta pusaka ialah semua harta yang dimilikinya secara sah sehingga dia meninggal.Sebaik saja dia meninggal, semua harta peninggalannya sudah dikira sebagai hak milik para ahli warisnya. Tetapi sebelum menjadi milik ahli waris secara sab dan sempurna, ada lima perkara yang perlu dilakukan, yakni harta waris akan diproses menerusi hukum faraid melalui cara berikut:

Pertama : Perkara yang mula sekali perlu (bahkan wajib) diperhatikan ialah tentang kedudukan harta waris itu sendiri daripada segi hak dan kaitannya dengan perkara-perkara lain seperti zakat, nazar, kaffarah, haji, gadaian, denda hukum, hutang kepada Allah dan sebagainya. Dengan demikian, jika zakatnya belum dikeluarkan, maka wajib dikeluarkan. Jika sebahagiannya juga ada diperuntukkan untuk nazar oleh si mati, maka wajib ditunaikan.

Jika antara harta itu terdapat gadaian juga wajib ia diasingkan. Jika ada hutang si mati kepada Allah, maka bayarlah hutang itu. Jika semasa hidupnya sudah wajib dia menunaikan haji, tetapi dia tidak pergi menunaikannya, maka wajib juga diasingkan untuk keperluan menghajikannya (upahkan haji untuknya), begitulah seterusnya

Kedua : Setelah cara pertama yang di atas dapat disempurnakan, maka baki harta itu diperuntukkan pula untuk perbelanjaan perlaksanaan fardu kifayahnya, seperti membeli kain kafan dan keperluan pengkebumiannya menurut yang selayaknya.

Ketiga : Kemudian bakinya yang masih ada dikeluarkan untuk melunaskan segala hutangnya kepada orang lain, iaitu hutang yang sabit mengikut pengakuannya semasa hidup atau yang sabit melalui bukti-bukti yang diperakui kerana hutang itu wajib dibayar bagi pihak si mati.

Keempat : Daripada baki harta itu lagi dibayarkan (diasingkan) pula untuk keperluan wasiatnya jika ada, iaitu tidak lebih daripada 1/3 (sepertiga) daripada baki harta yang ada setelah perkara-perkara di atas diselesaikan.

Sekiranya dia mewasiatkan semua atau sebahagian hartanya, maka wasiat ini tidak diterima, tetapi cukup dikeluarkan 1/3 (sepertiga) sahaja untuk wasiatnya itu.

Kelima : Baki harta yang masih ada selepas empat perkara di atas dilakukan, maka itulah dia harta waris yang menjadi milik semua ahli waris yang berhak.Itulah juga harta yang dimaksudkan di dalam hukum faraid yang wajib dibahagi-bahagikan kepada semua ahli waris yang berhak, sesuai dengan kadar bahagian masing-masing. (Nihayah AI-Zain h. 281)

Sahabat yang di muliakan,
Telah menjadi amalan umat Islam bahawa apabila simati meninggal dunia maka waris akan membuat kenduri tahlil untuk mendoakan simati . Waris-waris perlu ingat bahawa sekiranya mereka bercadang mengadakan majlis tahlil perlulah menggunakan wang poket masing-masing dan jangan digunakan wang peninggalan simati kerana hak-hak yang wajib ditunaikan (5 perkara) di atas belum diselesaikan.

Adalah jelas di sini waris- waris tidak boleh memakan harta simati sebelum di tunaikan hak-hak simati dan dibuat pembahagian dengan ahli-ahli waris yang lain secara faraid.

Orang yang berhak kepada harta waris hanyalah orang-orang yang disebut sebagai ahli waris yang terdiri daripada pihak lelaki dan perempuan, seperti berikut:

Daripada pihak lelaki:

1. Anak lelaki
2. Anak lelaki daripada anak lelaki (cucu).
3. Bapa.
4. Datuk
5. Saudara lelaki seibu sebapa (saudara kandung)
6. Saudara lelaki sebapa
7. Saudara lelaki seibu
8. Anak lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa
9. Anak lelaki daripada saudara lelaki sebapa
10. Bapa saudara yang seibu sebapa dengan bapa
II. Bapa saudara yang sebapa dengan bapa
12. Anak lelaki daripada bapa saudara yang seibu sebapa
13. Anak lelaki daripada bapa saudara yang sebapa dengan bapa
14. suami
15. Orang yang memerdekakan hamba sahaya (bekas tuannya).

Daripada pihak perempuan:

1. Anak perempuan
2. Anak perempuan daripada anak lelaki
3. Ibu
4. Nenek perempuan daripada pihak ibu
5. Nenek perempuan daripada pihak bapa
6. Saudara perempuan seibu sebapa
7. Saudara perempuan sebapa.
8. Saudara perempuan seibu
9. Isteri.
10. Perempuan yang memerdekakan hambanya

Sahabat yang dikasihi,
Nabi SAW menggalakkan umatnya supaya membuat wasiat melalui sabdanya: "Tidak patut bagi seseorang muslim yang ingin berwasiat tidur selama dua malam, selagi ia tidak menulis wasiatnya disisinya".(Muttafaqun Alaihi)

Pengurusan harta sebagai bekalan kehidupan diakhirat mesti diurus dan dirancang semasa hidupnya lagi. Sebagaimana yang pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Baginda telah mengarahkan sahabat yang ingin pergi berperang agar mewasiatkan hartanya kepada orang lain. Ia bertujuan agar segala harta dan tanggungjawab yang akan ditinggalkan , sekiranya dia syahid di medan peperangan, dapat diurus dengan baik dan sempurna.

Sesungguhnya Islam telah menyusun,mengatur sistem dan kaedah terbaik bagi umatnya mengurus harta pusaka. antaranya adalah melalui kaedah wakaf, sedekah, hibah, faraid dan wasiat.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
"Allah telah memberikan bahagian setiap orang yang berhak, maka tiada wasiat untuk warisnya".
(Hadis Riwayat At-Tarmizi)

Wasiat hanya boleh dilaksanakan kepada selain daripada mereka yang layak mendapatkan bahagian harta mengikut hukum faraid. Wasiat dan hutang si mati hendaklah dijelaskan dahulu sebelum harta si mati dibahagikan mengikut faraid.

Menurut ulamak feqah, wasiat hanya boleh dilaksanakan tidak lebih 1/3 daripada harta si mati. Manakala hutang pula hendaklah dilunaskan sepenuhnya oleh warisnya jika harta peninggalan si mati tidak mencukupi.

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita semua sebagai umat Islam untuk membuat wasiat dan menuliskannya dan diserahkan kepada satu "badan pemegang amanah" yang akan di pertanggungjawabkan untuk membantu menyelesaikan harta pusaka menurut hukum faraid.

Waullah Hu Aklam

Tuesday, August 16, 2011

HARAPKAN HANYA RAHMAT ALLAH.

Anak anak ku,
Dikisahkan, terdapat seorang ahli abid yang hidupnya hanya beribadat kepada Allah. Atas keikhlasannya, Allah menumbuhkan sejenis pohon yang mengeluarkan sebiji buah setiap pagi dan petang. Di sisinya pula terdapat sebuah mata air yang akan memancutkan air jernih untuknya minum setiap kali dia menadahkan tangannya. Apabila abid ini meninggal dunia, tibalah masa dan ketika amalannya dihitung. Akhirnya didapati, amalannya yang tersangat banyak di dunia dahulu, hanya cukup untuk menampung NIKMAT PENDENGARANnya sahaja. Nikmat yang lain-lain di dunia dahulu langsung tidak dapat ditimbangtara. Maka ahli abid itu diputuskan untuk dihantar ke neraka. Sebelum dia dihantar ke neraka, Allah bertanya kepadanya.. "Wahai ahli abid, dengan apakah yang dapat menyelamatkan kamu dari seksaan-Ku?". Ahli abid itu menjawab, "Hanya RAHMAT-MU sahaja Ya Allah yang dapat menyelamatkanku". Maka Allah berfirman, "DEMI RAHMATKU, MASUKLAH KAMU KE DALAM SYURGAKU"

Hanya Allah yang maha mengetahui.

Wednesday, August 10, 2011

Hayati 21 Amalan Menuju ke Syurga
by Abu Basyer on Wednesday, August 10, 2011 at 6:13pm أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Syurga adalah tempat tinggal yang abadi di hari akhirat disediakan oleh Allah SWT untuk orang-orang mukmin.

Anas bin Malik r.a berkata: "Nabi Muhammad SAW. bersabda maksudnya : "Siapa yang minta kepada Allah syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa: "Ya Allah, masukkan ia kesyurga" dan siapa berlindung kepada Allah dari neraka tiga kali maka neraka berdoa: "Ya Allah, hindarkan ia dari neraka."

Seorang ahli hikmah berkata: "Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala bererti satu kebodohan dan tidak bersungguh-sungguh beramal setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah malas dan di syurga ada masa istirehat tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang tidak pernah istirehat didunia dan ada kepuasan yang tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang meninggalkan berlebihan didunia, dan cukup dengan kesederhanaan yang ada didunia."

Terdapat 21 soalan dan jawapannya telah diberikan oleh Rasulullah SAW untuk kalian mendekatkan diri kepada Allah SWT, mendapat balasan pahala dan jalan menuju kesyurga Allah SWT.

1. Adakah kalian ingin mendekatkan diri kepada Allah?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Seorang hamba itu paling hampir dengan Allah adalah ketika dia sujud, hendaklah kamu banyak berdoa sewaktu sujud".( Hadis Riwayat Muslim)

2. Adakah kalian inginkan pahala seperti mengerjakan haji?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Mengerjakan umrah pada bulan Ramadan adalah seperti mengerjakan haji bersama-samaku". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Adakah kalian inginkan sebuah istana didalam syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membina masjid, Allah akan membina sebuah istana didalam syurga untuknya". (Hadis Riwayat Muslim)

4. Adakah kalian inginkan keredaan Allah setiap masa?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah reda kepada hambanya yang mengucapkan syukur di waktu makan dan minum". (Hadis Riwayat Muslim)

5. Adakah kalian mahu doa dimakbulkan oleh Allah?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Allah tidak menolak doa hambanya diantara waktu azan dan waktu qamat". (Hadis Riwayat Abu Daud)

6. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang berpuasa setahun?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Puasa tiga hari pada setiap bulan adalah sama pahalanya seperti puasa setahun". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Adakah kalian inginkan pahala sebesar gunung?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang menziarahi dan solat jenazah, pahalanya seperti sebuah gunung dan sekiranya dia juga menghantar jenazah ke kubur maka dia akan mendapat pahala seperti dua gunung". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

8. Adakah kalian ingin bersama-sama Nabi dalam syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Aku akan bersama-sama dengan orang yang telah menjaga anak yatim didalam syurga". (Hadis Riwayat Bukhari)

9. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau orang yang berpuasa atau orang yang mendirikan solat?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Orang-orang yang berusaha dan menolong ibu tunggal dan orang miskin pahalanya seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau seperti pahala orang yang mendirikan solat atau seperti pahala orang yang berpuasa".
(Hadis Riwayat Muslim)

10. Adakah kalian ingin mendapat jaminan Nabi untuk masuk ke syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang dapat memelihara mulutnya dan diantara dua pehanya maka aku akan memberi jaminan kepadanya untuk masuk syurga".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

11. Adakah kalian inginkan pahala amalan walaupun selepas mati?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tiga perkara yang akan berterusan mendapat pahala walaupun seseorang itu meninggal dunia adalah sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat yang diberikan kepada orang lain dan anak yang soleh yang berdoa kepadanya".
(Hadis Riwayat Muslim)

12. Adakah kalian ingin mendapat satu daripada hazanah syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca " LAHAULAWALA QUWATA ILLABILLAH" dia akan mendapat satu daripada hazanah syurga".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

13. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang mendirikan solat sepanjang malam?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang solat isyak dan subuh berjemaah dia akan mendapat pahala seperti mereka yang mendirikan solat sepanjang malam".
( Hadis Riwayat Muslim)

14. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang membaca 1/3 Al-Quran?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca " QUL HUWA ALLAHU AHAD... " dia akan mendapat pahala seperti membaca 1/3 al-Quran".
(Hadis Riwayar Muslim)

15. Adakah kalian ingin menambah pahala dalam timbangan untuk masuk ke syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Dua kalimah yang Allah sangat suka kita membacanya dan sangat banyak pahala untuk memberatkan timbangan kebajikan di akhirat adalah 'SUBHA NALLAH WABIHAM BIHI... ' dan 'SUBHA NALLAH HAL A'ZIM.."
(Hadis Riwayat Bukhari)

16. Adakah kalian mahu supaya dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang selalu menghubungkan silaturrahim dia akan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki".
(Hadis Riwayat Bukhari)

17. Adakah kalian mahu dipelihara oleh Allah sepanjang masa?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang sentiasa solat subuh dia akan sentiasa dilindungi oleh Allah". (Hadis Riwayat Muslim)

18. Adakah kalian ingin Allah mengampunkan semua dosa kalian?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca ' SUBHA NALLAH WA BIHAM DIHI..' sebanyak 100x sehari Allah akan mengampunkan dosanya walaupun sebanyak buih dilaut". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

19. Adakah kalian mahu dijauhkan daripada azab api neraka?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa satu hari ikhlas kerana Allah dia akan dijauhkan daripada azab api neraka". (Hadis Riwayat Bukhari)

20. Adakah kalian ingin dirahmati oleh Allah?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca satu kali selawat kepada Nabi Muhammad Allah akan memberi sepuluh kali rahmat kepadanya".
(Hadis Riwayat Bukhari)

21. Adakah kalian ingin Allah mengangkat darjat kalian?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang merendah diri kepada Allah, Allah akan menangkat darjatnya dan memuliakannya". (Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita beramal dengan amal soleh, beribadah dengan ikhlas dan khusyuk kepada Allah SWT, melaksanakan jihad dan kerja-kerja kebajikan di dunia ini semata-mata mencari keredaan Allah SWT. Balasan untuk mukmin yang istiqamah dengan Islam adalah kebaikan di dunia dan kebaikan dihari akhirat . Hayatilah 21 perkara amalan di atas untuk menuju ke syurga Allah SWT.

Saturday, August 6, 2011

MENDAPATKAN RAHMAT ALLAH

Daripada sahabat blogger Ustaz Abd Basyer,

Berdasarkan hadis tersebut masuknya kita ke dalam syurga Allah SWT. adalah disebabkan dengan rahmat Allah bukan dengan amalan yang kita laksanakan. Walaubagaimana pun untuk mendapatkan rahmat Allah SWT perlulah kepada lima syarat.

Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Tidak melakukan syirik kepada Allah SWT.

Dosa yang paling besar disisi Allah SWT. adalah syirik kepada-Nya. Syirik besar (akbar) adalah menyakutukan Allah SWT dengan makhluk ciptaan-Nya.

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. (Surah an-Nisa ayat 48)

Firman Allah SWT yang bermaksud :"Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk."
(Surah al-An'aam ayat 82)

Para sahabat Rasulullah keberatan dengan ayat ini, dan bertanya kepada baginda, "Hai Rsulullah, siapa orang yang tidak menzalimi dirinya sendiri?". Maka, baginda menjawab,"Maksud ayat ini bukan begitu, tetapi maksudnya adalah syirik. Bukankah kalian mendengar nasihat Luqman kepad anaknya, "Wahai anakku, janganlah engkau menyekutukan Allah kerana sesungguhnya perbuatannya ini adalah dosa (kezaliman) besar."(Hadis Riwayat Muttafaq alaih).

Kedua : Sentiasa berzikir dan menjaga hubungan hati dengan Allah.

Allah Yang Maha Besar selalu mengingatkan kita di dalam kitab-Nya Al-Quran Al-Karim supaya sentiasa berzikir seperti berikut:“Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.” ( Surah al-Insan ayat 25- 26)

Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.”(Surah Al A’raf, Ayat 205)

Dari Abu Hurairah r.a: Rasulullah SAW bersabda : Allah SWT berfirman maksudnya : "Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak."(Hadis Riwayat Bukhari, Tirmizi dan Ibn Majah)

Allah SWT cinta dan kasih kepada hamba-hamba-Nya yang sentiasa basahkan lidah dengan berzikir dan mengingati-Nya setiap hari.

Ketiga : Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :"Barangsiapa melazimi meminta ampun kepada Allah, nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesempitan dan menjadikan baginya jalan lapang dari setiap kesusahan serta Allah memberi rezeki kepadanya dari punca yang tidak disangka-sangka." (Hadis Riwayat Bukhari)

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :“Sesungguhnya syaitan itu berkata kepada Allah : ‘Demi Izzah-Mu ya Allah, aku tidak akan berhenti menggoda hamba-hamba-Mu selama nyawa-nyawa mereka masih ada dalam jasad-jasad mereka. Maka Allah SWT. menjawab. ‘Demi Izzah-Ku dan keagongan-Ku, Aku akan mengampuni mereka selama mereka beristighfar memohon ampun kepada-Ku.”(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Al-Hakim)

Keempat : Sentiasa mengikhlaskan beribadah kepada-Nya.

Dalam satu hadis qudsi Allah SWT berfirman yang bermaksud:“Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang Aku mangasihinya” (Hadis Riwayat Abu Hasan Al Basri)

Kerana ikhlas satu rahsia Allah tentu tidak mungkin kita dapat mengetahui siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak. Malah diri kita sendiri pun mungkin kadang-kadang susah untuk dipastikan apakah amalan kita itu ikhlas atau sebaliknya.

Dihari akhirat Allah SWT tidak akan menerima amalan yang dilakukan tidak ikhlas iaitu kerana riak dan mencari habuan dunia.Walaupun ikhlas adalah rahsia Allah SWT namun Islam membuat satu garis panduan unutk mengukur hati kita dan membentuknya supaya benar-benar ikhlas. Di antara tanda-tanda ikhlas dalam satu amalan apabila orang memuji atau mencaci amalan kita, kita rasa sama saja. Pujian tidak membanggakan kita dan kejian tidak menyusahkan. Itulah tanda ikhlas. Maknanya amalan itu betul-betul dibuat kerana Allah. Kerana itu kalau manusia cerca, caci atau hina, hati pun tidak cacat, tidak timbul perasaan marah, dendam atau ingin membela diri atau melawan orang yang menghina itu.

Firman Allah SWT maksudnya :"Dan tiadalah mereka disuruh melainkan supaya menyembah Allah serta mengikhlaskan agama kepadanya." (Surah Al-Bayyinah ayat 5)

Al-Imam Fudail bin ‘Iyyad katanya: “Meninggalkan amal kerana manusia itu adalah riak. Beramal kerana manusia itu adalah syirik. Adapun ikhlas ialah Allah menyelamatkan kamu daripada keduanya.”

Kelima : Melakukan ketaatan kepada Allah SWT dan mengerjakan amal soleh.

Apabila seseorang menjaga agamanya, memelihara tanggungjawabnya sebagaimana dititah perintahkan Allah kepadanya, maka dia akan merasa betapa Allah bersama dengannya semua urusannya.

Firman Allah SWT. yang bermaksud :“Masuklah kamu ke dalam syurga disebabkan apa yang telah kamu kerjakan.”(Surah An-Nahl ayat 32)

Firman Allah SWT. yang bermaksud :"Itulah syurga yang diwariskan kepadamu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan.”(Surah Al-A’raaf ayat 43)

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :"Bersegeralah kalian untuk berbuat amal soleh, kerana akan muncul berbagai fitnah seperti penggalan-penggalan malam yang gelap-gulita, ada orang yang paginya beriman, petangnya kafir. Ada yang petangnya beriman, paginya kafir. Ia jual agamanya dengan barang perhiasan dunia."(Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dikasihi,
Apabila kita telah melaksanakan lima perkara yang tersebut di atas maka barulah kita layak mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Mereka yang hidup di dunia ini bergelumang dengan maksiat, melakukan dosa , melanggar hukum-hukum Allah , bersikap sombong, riak dan takbur tidak mungkin akan mendapat reda , kasih sayang dan rahmat Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya : "Pada hari ketika wajah mereka dibolak-balikkan di dalam neraka, mereka berkata: 'sekiranya kami mentaati Allah dan Rasul-Nya. Dan mereka berkata : Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Ya Tuhan kami, timpakan kepada mereka azab dua kali lipat dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar." (Surah Al-Ahzab ayat 66-68)

Firman Allah SWT maksudnya : "Orang-orang yang merusak janji Allah setelah diikrarkan dengan teguh dan memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerusakan di muka bumi, orang-orang itulah yang mendapat laknat dan lagi mereka yang memperoleh kediaman yang buruk (jahanam)." (Surah Ar'd ayat 25).

Oleh itu marilah sama-sama kita mentaati Allah SWT dengan melaksanakan lima syarat tersebut di atas iaitu jauhkan daripada syirik, sentiasa berzikir, bertaubat, membuat amal soleh, amal kebajikan dan beribadah dengan ikhlas semata-mata kerana-Nya. Semoga dengan ketaatan kita mengikut perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya kita akan dikasihi oleh Allah SWT maka dengan sifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang-Nya, Dia akan memasuki kita ke dalam syurga-Nya dengan rahmat-Nya terutama difasa pertama bulan Ramadan ini iaitu 'permulaannya rahmat'. Waullahualam.

Tuesday, August 2, 2011

ALLAH DEKAT DENGAN HAMBANYA

Anak anak ku,

Allah tidak jauh daripada setiap hamba. Yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah.

Sabda Nabi SAW kepada Ibnu 'Abbas ketika itu dia masih kecil:
"Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajarmu beberapa kalimat, iaitu, jagalah Allah (jagalah perintahNya) nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah (jaga perintahNya) nescaya engkau dapati Dia berada di hadapanmu (menunaikan keperluanmu). Apabila engkau memohon pohonlah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan minta tolonglah daripada Allah." (Hadis Riwayat al-Tirmizi hadis ini hasan sahih)


Waullah Hu Aklam.

MASUK SHURGA KERANA RAHMAT ALLAH

Sahabat sahabat ku,

Kita masih bernafas dan sihat tubuh badan kerana rahmat Allah. Kita telah diberi-Nya rezeki yang tak putus-putus, masih beriman dan bertakwa dan masih berpeluang menjalani ibadah puasa dibulan yang mulia ini atas rahmat Allah. Hidup dan mati kita, diterima-Nya amal ibadah dan amal soleh kita dihari akhirat dan dimasukkan kedalam syurga-Nya seluas langit dan bumi adalah kerana rahmat-Nya.

Dari Jabir, ia berkata: Saya pernah mendengar Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : "Amal saleh seseorang diantara kamu tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga dan tidak dapat menjauhkannya dari azab api neraka dan tidak pula aku, kecuali dengan rahmat Allah."
(Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis tersebut masuknya kita ke dalam syurga Allah SWT. adalah disebabkan dengan rahmat Allah bukan dengan amalan yang kita laksanakan. Walaubagaimana pun untuk mendapat rahmat Allah SWT kita perlu membuat amal soleh, amal kebaikan dan beribadah dengan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT, semoga dengan ketaatan kita mengikut perintah Allah SWT. didunia dan meninggalkan larangan-Nya kita akan terpilih diantara hamba-Nya yang dirahmati dan dikasihi. Oleh itu dengan sifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang Allah SWT, Dia memasuki kita ke dalam syurga-Nya dengan rahmat-Nya.

Nabi SAW. menjelaskan bahawa amal ibadah yang kita kerjakan bukanlah pasti bagi Allah SWT. masukkan kita didalam syurga-Nya, kerana betapa ramai orang yang beribadah tetapi apabila ada sahaja sedetik saja rasa ujub atau riak dalam dirinya maka seluruh amalannya tak akan diterima oleh Allah SWT.

Janganlah kita merasa puas dengan sedikitnya amal soleh dan ama libadah yang telah kita laksanakan. Kita perlu berdoa dan memohon supaya Allah SWT sentiasa memberi taufik dan hidayah-Nya dan rahmat-Nya dalam kehidupan kita seharian.

Waullah Hu Aklam.

Sunday, July 31, 2011

MENZALIMI SESAMA MANUSIA

Jauhi Tiga Jenis Zalim Yang Akan Menyelamatkan Kita di Hari Akhirat
by Abu Basyer on Friday, July 29, 2011 at 9:13am
أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Zalim ada tiga jenis :
Pertama : Zalim yang Allah tidak akan ampunkan ;
Kedua : Zalim yang Allah akan ampunkan ;
Ketiga : Zalim yang Allah tidak akan tinggalkan.

Adapun zalim yang Allah tidak akan ampunkan adalah syirik . Allah berfirman maksudnya : "Sesungguhnya syirik adalah zalim yang amat besar"(Surah Luqman ayat 13) ;Zalim yang Allah tidak akan tinggalkan.

Adapun zalim yang Allah tidak akan meninggalkannya adalah zalim insan kepada sesama insan sehingga mereka diadili kelak (di akhirat) "

Dosa-dosa sesama manusia : Membunuh jiwa yang tidak berdosa, memfitnah, mengumpat, mencuri, merompak, menyamun, merampas hak orang lain, memukul orang dan mencederakannya, menyembur gas pemedih mata atau air kimia kepada rakyat yang berhimpun secara aman, menipu di dalam pilihanraya, mendedahkan aib seseorang, mengambil rasuah sehingga berlaku berat sebelah dan sanggup menzalimi orang lain, menderhakai ibu bapa dan tidak amanah dalam tugas yang diberikan kepadanya.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"
(Surah Hud ayat 113)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Seorang mukmin akan dibebaskan dari api neraka, lalu mereka diberhentikan di atas jambatan (qanthrah) antara syurga dan neraka, mereka akan saling diqisas antara satu sama lainnya atas kezaliman mereka di dunia. Setelah mereka bersih dan terbebas dari segalanya, barulah mereka diizinkan masuk syurga. Demi Zat yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, seorang diantara kalian lebih mengenal tempat tinggalnya di syurga daripada tempat tinggalnya di dunia”.(Hadis Riwayat Bukhari).

Zalim merupakan perbuatan yang di larang oleh Allah SWT dan termasuk dari salah satu dosa-dosa besar. Manusia yang berbuat zalim akan mendapatkan balasan di dunia dan seksa yang pedih di akhirat kelak.

Sebagaimana firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya dosa besar itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih“.
(Surah asy-Syura ayat 42)

Abu Hurairah r.a. berkata: “Nabi SAW bersabda maksudnya : “Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, baik berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) nya sekarang juga, sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika ia punya amal soleh, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanat (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya untuk ditanggungkan kepadanya.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wednesday, June 8, 2011

THING FOR A MOMENT Part 1

Dear Brothers and Sisters,

Ultimately, Islam seeks to create a system where justice, not profit reigns supreme. Islamic economics has two primary goals: to combat poverty and provide for a just and equitable distribution of wealth. The Islamic state does this through a variety of voluntary and mandatory mechanisms. For example, Zakah, a powerful redistributive tool, transfers money from the hands of the rich to the hands of the poor through charity. The abolition of riba prevents unfair lending schemes which penalize the poor. In addition, the state is required to provide each citizen with a minimum standard of living. As the Prophet (sws) said: ‘Any ruler who is responsible for the affairs of Muslims but does not strive sincerely for their well-being will not enter Paradise with them’ (Muslim, vol. 1, p. 126). Yet, at the same time, Islam achieves balance and maintains economic freedom by securing the individual’s right to private property.

Tuesday, May 31, 2011

REDA DENGAN KETENTUANNYA

Orang Mukmin Hatinya Sentiasa Tenang dan Reda Dengan Kententuan Tuhan Kepadanya .by Abu Basyer on Tuesday, May 31, 2011 at 12:18am.أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Sahabat yang dirahmati Allah,
Firman Allah SWT maksudnya : "Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd ayat 28)

Soalnya bagaimana hati seseorang boleh menjadi tenteram dan tenang dengan mengingati Tuhan?.

Ini adalah kerana apabila hati seseorang mengingati Tuhan maka seseorang individu itu akan sedar, insaf dan faham apakah maksud ketentuan dan takdir Tuhan yang telah menimpa dirinya. Bila ditimpa musibah, katakanlah kemiskinan, dia sedar bahawa itu adalah ketentuan dari Allah SWT yang wajib diterima atas sifatnya sebagai hamba Allah.

Walaupun kalian telah berusaha segigih dan sekuat mungkin, tetapi jika ditakdirkan miskin, rezeki yang diusahakannya tidak berjaya, maka kalian perlu menerima bahawa segala ketentuan itu dengan hati yang sabar. Dalam hati perlu berkata, “takdir sentiasa mengatasi tadbir. Tentu ada hikmah di sebalik kepahitan ini.”Firman Allah SWT maksudnya : "Dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan." (Surah al-Anbiyaa': 35)

Adapun orang yang benar dalam beriman ia akan senantiasa bertakwa kepada Allah dan menghambakan diri kepada-Nya dalam keadaan apapun. Bila ia mendapat kesenangan, kemudahan, dan kekayaan ia bersyukur. Namun jika ditimpa kesulitan, kesusahan, dan kemiskinan ia bersabar.

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya : "Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin. Sungguh seluruh urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak dimiliki oleh seorangpun kecuali seorang mukmin. Jika ditimpa kesenangan ia bersyukur, maka hal itu baik baginya. Dan jika ditimpa musibah ia bersabar, maka hal itu juga baik baginya." (Hadis Riwayat Muslim dari Shuhaib ar-Rumi)

Kalian tidak akan menyalahkan diri sendiri, orang lain, apalagi Tuhan atas nasib yang menimpa kalian. Kerana apa? Kerana kalian perlu sedar sebagai hamba kalian hanya mampu berusaha tetapi ketentuan di tangan Allah SWT. Maka dengan keyakinan yang sebegini kalian akan merasai satu ketenangan dan kelapangan yang menjadikan kalian tidak mudah untuk marah-marah dan kecewa dalam hidup.

Kalian perlu yakin, bahawa semua takdir Allah itu adalah baik kerana ia datang dari Allah (yang Maha Pengasih) walaupun jika dilihat secara lahiriahnya kelihatan negatif. Sebab itu kalian diajar mengucapkan “innalillah wa inna ilahirajiun…” – ertinya "kami datang dari Allah dan kepada Allah kami akan dikembalikan."

Allah SWT berfirman maksudnya : "Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.' Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya."(Surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Tegasnya, ucapan ini mengingatkan bahawa kalian adalah hamba-Nya. Maka jika kalian sedar akan hakikat itu, layakkah kalian sebagai hamba untuk ‘memberontak’ menentang sebarang ketentuan Allah? Sebagai hamba Allah SWT kalian wajib berusaha bukanlah alasan untuk menolak kemiskinan, kesakitan dan kegagalan namun jika ia berlaku juga tentulah ada kebaikan yang tersembunyi.

Tidak semua orang yang berubat akan sembuh dengan ubat yang dimakan dan tidak semua orang yang berusaha akan memperolehi apa yang dihajatkan. Usaha dan berikhtiar adalah ibadah dan kejayaan adalah urusan Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Jika kalian meletakkan usaha itu pasti berjaya 100% ini bermakna kalian mendahului ketentuan Allah SWT dan menjadikan usaha itu sebagai 'tuhan' yang menentukannya.

Dan hakikat itu pastinya tidak dapat di singkap dengan akal yang sejengkal berbanding dengan ilmu Allah yang Maha luas. Lupakah kalian bahawa Allah pernah mengingatkan bahawa ada perkara yang di benci tetapi itu membawa kebaikan untuk kalian dan ada perkara yang kalian sukai tetapi itu tidak baik. Allah lebih mengetahui dan kalian sama sekali tidak mengetahui rahsia dan hikmah sesuatu kejadian ciptaan Tuhan.

Firman Allah SWT maksudnya : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah ayat 216)

Orang yang hatinya mengingati Allah juga akan bersifat syukur apabila mendapat nikmat. Hatinya tidak terlalu melonjak-lonjak, sombong, zalim dan memandang rendah kepada orang lain. Perlu sedar bahawa kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT hakikatnya adalah satu amanah daripada-Nya yang mempunyai maksud tertentu untuk difahami dan dilaksanakannya.

Syukur ertinya, menyedari bahawa nikmat itu adalah dari Allah seterusnya menggunakan nikmat itu selaras dengan tujuan pengurniaan nikmat tersebut. Jika kalian diberi kekayaan, kalian perlu sedar itu adalah amanah dari Allah untuk membantu hamba Allah yang lain. Maka dibelanjakanlah kelebihan itu untuk membantu fakir miskin melalui ibadah zakat, sedekah dan hibah. Jika kalian pandai, perlulah merasai bahawa rasa kepandaian itu datangnya dari Allah SWT lalu digunakannya kepandaian itu untuk mengajar orang lain dan membantu masyarakat.



Janganlah menjadi sombong seperti Qarun, yang merasai kekayaannya adalah hasil kepandaiannya berniaga, sedangkan dia lupa bahawa Nabi Musa a.s. telah mengajarkan ilmu Allah SWT kepadanya untuk menukarkan benda lain menjadi emas tulin. Sebaliknya jadilah peribadi mulia seperti mewarisi sifat Nabi Sulaiman a.s. yang apabila dipuji baginda berkata: “Semua ini adalah pemberian Tuhanku.”

Justeru apabila kalian dikurniakan nikmat, kalian telah diajar untuk mengucapkan alhamdulillah – ertinya, segala puji bagi Allah. Apa rahsia di sebalik ucapan ini? Ertinya, kalian diminta memuji Allah SWT bukan memuji diri sendiri apabila mendapat nikmat. Bila dikurniakan harta, ucapkanlah ‘segala puji bagi Allah’ yang bermaksud Tuhan itulah yang mengurniakan harta kepada kalian dan kepada-Nyalah kalian wajib berterima-kasih. Hati kalian akan puas dengan apa yang diberikan-Nya. Sebaliknya jika kalian tidak rasakan itu pemberian dari Tuhan, maka kalian akan ditimpa oleh dua kemungkinan – satu rasa sombong diri dengan kelebihan dan kurniaan itu. Atau yang kedua, rasa belum cukup puas dengan apa yang ada dan terus haloba dengan apa yang tiada.



Mencari dan terus mencari, umpama orang yang minum air laut, makin diminum makin haus. Fenomena inilah yang melahirkan amalan ‘jenayah kolar putih’ – rasuah, penyelewengan dan berbagai-bagai skandal kewangan dikalangan orang atasan.



Sudah kaya harta, tapi masih tamak kerana miskin hatinya. Hakikat inilah yang pernah digambar oleh maksud hadis bahawa jika dunia ini diserahkan kepada seorang yang tamak, maka dia akan menuntut sebuah lagi dunia yang seumpanya.



Inilah bahana kerakusan nafsu yang tidak pernah kenal erti cukup dan puas. Ya, jika direnung dalam-dalam, ramai manusia hari ini tidak kira di mana, walau siapapun dirinya, dan pada bila-bila masapun, telah mengalami ‘sakit rohani’ . Memang, sifat sabar dan syukur jarang dimiliki oleh manusia.

Manusia selalunya bersifat keluh-kesah bila ditimpa musibah, tetapi lupakan diri apabila menerima nikmat. Tidak sabar dan tidak syukur ini menyebabkan manusia menderita dalam apa jua keadaan – sama ada dalam kekurangan atau dalam kelebihan.

Benarlah kata hukama bahawa, “barang siapa yang tidak cukup dengan yang sedikit, pasti tidak akan puas dengan yang banyak.”



Sahabat yang dimuliakan,

Harta dan wang ringgit tidak dinafikan perlu untuk kebahagiaan hidup tetapi ia bukanlah satu-satunya faktor yang menjamin kebahagiaan. Dunia masakini telah dihuni oleh ramai orang miskin yang kecewa, marah dan hasad terhadap kekayaan orang lain. Dan dengan sifat-sifat negatif itulah mereka terdorong untuk melakukan perbuatan mencuri, merompak dan rasuah. Kemiskinan harta yang dialami diiringi juga oleh kemiskinan hati.

Dunia masakini juga telah dipenuhi oleh orang kaya yang tidak bersyukur, yang terus merasa miskin walaupun ditimbuni oleh wang ringgit dan harta. Akibat kemiskinan hati, orang kaya ini sentiasa merasa kurang dengan apa yang ada.

Akibatnya, berlakulah penyelewengan, penipuan dalam perniagaan, merasuah, mengambil riba dan lain-lain jenayah kewangan yang dilakukan oleh orang yang telah kaya.



Dengan adanya dua kelompok manusia ini, dunia menjadi semakin huru-hara. Tidak ada hubungan yang harmoni antara yang miskin dan kaya. Yang miskin hasad dengki manakala yang kaya pula terus tamak dan sombong.



Carilah kekayaan hati di samping mencari kekayaan harta. Kekayaan hati bukan sahaja penting di akhirat sebagai jaminan keselamatan dan kebahagiaan di sana. Namun ia juga penting untuk kebahagiaan kita di alam dunia ini lagi

Percayalah, ketenangan di dunia ini adalah bayangan kepada kebahagiaan di akhirat. Justeru dunia adalah ‘ladang’ akhirat. Bagaimana kalian akan dapat menuai hasil yang baik dan lumayan di akhirat nanti, jika pokok yang di tanam di dunia bantut dan kering layu?

Sebab itu ahli sufi pernah berkata: “Carilah syurga yang disegerakan di dunia (ajjanatul ajilah) yang berupa ketenangan hati kerana barangsiapa yang tidak mendapat syurga di dunia lagi, maka sukarlah ia mendapat syurga di akhirat Nanti!” Sahabat yang dikasihi,

Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri kita sendiri, perbaikilah hati, jiwa dan akhlak kita untuk menjadi insan kamil, insan yang akan beroleh kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di hari akhirat dan diselamatkan oleh Allah SWT daripada seksaan api neraka.



Ingatlah nikmatnya syurga dunia adalah hati sentiasa lapang, tenang, bila kaya hati bersyukur dan bila miskin dan ditimpa musibah hati bersabar. Nikmat syurga akhirat yang paling hebat adalah dapat melihat wajah Allah SWT dan juga dapat menikmati kelazatan hidup tidak dapat dibayangkan dengan akal dan tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga..