Anak anak ku,
.by Abu Basyer ,
Setiap tahun apabila sampai sahaja hari lahir, kita menyambutnya tanda kesyukuran kerana masih dipanjangkan usia, di samping bergembira, jangan lupa aspek manfaat dan kualiti amal yang kita lakukan perlu seiring dengan pertambahan usia kita. Hal ini sangat penting kerana di akhirat nanti, setiap individu akan di pertanggungjawabkan di hadapan Allah s.w.t.
Sebagaimana di dalam hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya.”
(Hadis Riwayat Tarmizi).
Anak anak ku, berdo'alah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan ni'matmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)." (Surah Al-Ahqaf Ayat 15)
Nabi Muhammad S.A.W. dalam sebuah hadisnya yang bermaksud: “Apabila seseorang sudah mencapai usia 40 tahun, sekiranya kebaikannya tidak mengatasi keburukannya, syaitan mencium di antara kedua-dua matanya dan berkata, ‘Inilah manusia yang sangat malang’."
Sayyidina Ali r.a berkata :
"Sesungguhnya dunia ini telah berangkat pergi dan akhirat itu berangkat datang. Bagi tiap-tiap satu ada putera masing-masing. Maka jadikan dirimu putera akhirat dan bukan putera dunia. Hari ini hari 'amal tiada hisab, dan di akhirat hari hisab tiada 'amal."
Beramal dan berjihadlah untuk hari akhirat kita. Umur kita adalah singkat. Mungkin esok atau lusa kita akan berada di liang lahat.
Sayyidina Umar r.a. pernah berdoa kepada Allah yang bermaksud :
"Wahai Tuhanku, peliharalah aku dengan Islam sewaktu aku berdiri, peliharalah aku dengan Islam waktu aku duduk, peliharalah aku dengan Islam waktu aku tidur. Janganlah Engkau biarkan terhadap diriku musuh dan orang-orang yang dengki terhadap diriku"
Anak anak ku,
Imam Ali Zainal Abidin menjelaskan faktor-faktor yang dapat mengurangi umur manusia. Dia mengatakan: “Dosa-dosa yang dapat mempercepat datangnya ajal ialah memutuskan silaturahim, sumpah palsu, ucapan bohong, zina, menutup jalan orang mukmin, dan mengakui kepemimpinan yang tidak hak.” ((Maanil Akhbar, hlm. 271)
Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya ada orang yang menjalin silaturrahmi, yang sisa umurnya tinggal tiga tahun, kemudian Allah menambah umurnya menjadi tiga puluh tahu. Dan ada orang yang memutuskan silaturrahmi, yang sisa umurnya masih tiga puluh tahun, kemudian Allah menjadikan umurnya tiga tahun. Kemudian beliau membacakan firman Allah swt: ‘Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan di sisi-Nyalah terdapat Ummul Kitab’.” Ar-Ra’d/13: 39. (Safinah Al-Bihar 1: 514).
Rasulullah saw. bersabda: ‘Silaturahim mempermudah hisab dan menghindarkan diri dari kematian yang buruk.”‘
Saydina Ali bin Abi Thalib k.w berkata: “Sesungguhnya sumpah palsu, dan memutuskan tali silaturahim mengakibatkan rumah,rumah ditinggalkan oleh penghuninya.” Beliau juga mengatakan: “Aku berlindung kepada Allah dari dosa-dosa yang mempercepat kebinasaan.”
Lalu ada salah seorang yang berdiri sambil bertanya: “Wahai Ali, adakah dosa yang dapat mempercepat kebinasaan?” Beliau menjawab: “Ya, celaka engkau, memutuskan tali silaturahim.”
Waullah Hu Aklam.
"Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah". Surah Al-Qasas ayat 17. Usah gelisah apabila dibenci manusia Karena masih banyak yang menyayangimu di dunia, Tapi gelisahlah apabila dibenci Allah Karena tiada lagi yang mengasihmu di Akhirat.
Tuesday, January 18, 2011
Monday, January 10, 2011
BACAAN TAKBIR KE 3 DAN KE 4 -JENAZAH
Anak anak ku hafallah
Takbir ketiga berdoa untuk si mati.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampunganya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik, suami isteri yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.”
Takbir keempat berdoa untuk si mati lagi.
أَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ
“Ya Allah, janganlah Engkau haramkan permohonan kami untuk kebajikannya dan janganlah Engkau membiarkan kami di timpa fitnah setelah ketiadaannya dan ampunkanlah kami dan dia juga rakan kami yang terdahulu beriman dan janganlah Engkau sematkan perasaan hasad dengki kedalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau bersifat pengasih dan penyanyang.”
Memberi salam ke kanan dan ke kiri. اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ
Bacaan sesudah salam
1.Surah Al-Ikhlas 3 kali. 2.Surah Al-Falaq 1 kali. 3.Surah An-Nas 1 kali. 4.Surah Al-Fatihah 1 kali. 5.Surah Al-Baqarah ayat 1-5. 6.Ayat Kursi 1 kali. 7.Doa yang sesuaiak anak ku, hafallah untuk diri mu jua.

Sunday, January 9, 2011
JANGAN MARAHKAN NYAMUK.
Anak anak ku,
Abah meminjam tulisan kata kata dari blog Dr Ridzuan Tee sangat2 menarik dan ambilah ikhtibarnya
Katanya "Saya amat pelik dengan politik orang Melayu, hanya kerana kita tidak sukakan seseorang, kita rela bakar jambatan. Marahkan seekor nyamuk kelambu dibakar, kepentingan umat Islam tergadai.
Masa banyak terbuang memikirkan dan membincangkan cara-cara untuk menyingkirkan mereka. Kenapa tidak menjadikan orang yang kita tidak suka kepada orang yang kita suka? Sedang mereka ini seagama dan sebangsa. Cuma latar belakang dan pendirian sahaja berbeza, yang semestinya tidak dapat dielakkan, selagi bergelar manusia.
Saya masih teringat kata-kata semangar Zig Ziglar (2000), kita mungkin berkawan (berkahwin) dengan orang yang kita tidak suka, tetapi jika kita layan dia seperti orang yang kita suka, maka akan berakhir dengan kesukaan atau perdamaian. Sebaliknya, kita mungkin berkawan dengan orang yang kita suka, tetapi jika kita layan dia seperti orang yang kita tidak suka, maka ia akan berakhir dengan berantakan. Kata kuncinya adalah, bagaimana dan cara layanan kita kepada seseorang itu, bukan batang tubuhnya.
Hari ini, kita masih mempraktikkan politik rimba. Batang tubuh seseorang itu menjadi sasaran, bukannya idea, bakat dan kemahirannya.
Pada saya personaliti ini tidaklah terlalu penting berbanding dengan kepentingan yang lebih besar. Logiknya, dalam demokrasi, rakyat yang memerhatikan mereka. Mereka tidak boleh berlagak dengan jawatan. Jawatan itu adalah amanah.
Raja dan pemerintah juga adalah hamba Allah. Apa yang kita buat, tetap akan dihisab akhirat nanti. Saya tidak yakin, mereka ingin menempat tiket ke neraka dengan melakukan perbuatan matlamat menghalalkan cara.
Kita tidak mahu wujud keadaan, gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah. Apa yang hendak ditakutkan, kuasa mereka tidak mutlak. Mereka adalah kalangan segelintir yang bernasib baik. Mungkin mereka mempunyai idea yang baik yang boleh dipergunakan, daripada walaupun ada, tetapi langsung tidak berguna atau tidak boleh digunakan.
Kenapa kita tidak mengambil iktibar atau belajar dari orang lain. Lihatlah bagaimana syarikat dan NGO bukan Islam bekerja. Dalam institusi mereka, ada macam-macam kepala dan pemikiran politik. Mereka tidaklah bergaduh seperti kita. Tetapi bakat dan kebolehan mereka dipergunakan. Yang paling penting adalah gabungan kekuatan, kelebihan dan kepakaran yang ada. Mereka yang paling lantang memperjuangkan nasib bangsa, maka merekalah yang akan dilantik dan dipilih menduduki hiraki yang paling tinggi.
Apa yang menjadi isu di sebalik sebenarnya? Fikirlah sendiri. Saya sudah letih mengutarakan persoalan-persoalan sebegini untuk direnungkan.
Jikalau Nabi Muhammad SAW boleh mengikat janji dan berkongsi kuasa dengan musuh tradisi Islam iaitu bukan Islam Madinah, demi kepentingan Islam. Kenapa tidak kita? Kita tidak boleh bersendirian hidup dalam sebuah negara bermasyarakat majmuk, berbilang agama dan budaya. Kita memerlukan mereka seperti mereka memerlukan kita. Tetapi janganlah kerana keperluan tersebut, maka maruah agama dan bangsa tergadai?
Waullah Hu Aklam

Thursday, January 6, 2011
KITA BERSERAH PADA ALLAH - BERMUBAHALAH.
Anak anak ku,
Kita tidak berdaya jika kita ditimpakan kesusahan oleh manusia maka hendaklah kita bermubahalah. Adapun makna Mubahalah dari sudut syarak adalah, “saling laknat melaknati, iaitu berdoa agar diterima laknat dari Allah terhadap orang yang dusta daripada dua pihak yang saling laknat melaknati” [Tahrir Alfaz At-Tanbih : 1/247]
DALIL MUBAHALAH
Firman Allah;
فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنْفُسَنَا وَأَنْفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَعْنَةَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ
Maksudnya;
“kemudian sesiapa Yang membantahmu (Wahai Muhammad) mengenainya, sesudah Engkau beroleh pengetahuan Yang benar, maka Katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak Kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan Kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri Kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah Dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang Yang berdusta". [Surah Al-Imran : 61]
Sebab turun ayat ini, berkaitan dengan perdebatan antara Nabi SAW dengan beberapa orang nasrani dari Najran. Mereka terdiri dari 13 orang, yang diketuai oleh seorang yang bernama Al-‘Aqib, atau dikenali juga sebagai Abdul Masih.
Dalam perdebatan itu, semua hujjah-hujjah Nasrani itu dijawab oleh nabi SAW, tanpa mereka berjaya membalas lagi. Namun begitu, mereka tetap berkeras juga hendak berhujjah, walau mereka sudah mempunyai hujjah lagi.

ANJAKAN PANDANGAN PEMIMPIN PERLUKAN KEIKHLASAN
Diceduk dari blog lain.
Anak anak ku,
Waullah Hu Aklam.
Anak anak ku,
Kita mengharapkan belas kasihan dari Allah swt kerana belas ikhsan dari makhluk adalah terbatas pemikiran dan makhluk sentiasa terikat kepada sifat berkehendak berlawanan dari sifat Allah yang maujud. Secara jujur, bertakwalah kamu kepada Allah, takutkan akan Dia Yang Maha Bertindak Balas ke atas hamba-hambaNya di akhirat, ingatlah ketegasan Allah dalam al-Quran : Sesungguhnnya hari tersebut (kiamat) tidak akan memberi manfaat harta dan anak-pinak, melainkan mereka yang datang menemui Allah dengan hati yang selamat (dari sebarang penyakit hati yang merbahaya).
Secara peribadi selaku seorang muslim, menjadi harapan agar berakhlaklah kita dengan nilai akhlak Islam yang murni, dengan tidak melebihkan politik daripada akhlak, jangan bertindak sesuatu yang boleh melucutkan harga diri seseorang atau rakyat hilang keyakinan para pemimpin yang memerintah negara sekarang ini, kerana setiap sesuatu yang zalim itu adalah jalan kegelapan, yang rosak itu akan membawa kepada neraka yang membakar.

Firman Allah lagi menerusi ayat 11-19, Surah an-Nur maksudnya:
“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh siksa yang besar (di dunia dan di akhirat).
Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: “Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab siksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; –
Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.
Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: “Tidaklah layak bagi Kami memperkatakan hal ini! Maha suci Engkau (Ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli Rumah Rasulullah)! ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan”.
Anak anak ku.....Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).”
Waullah Hu Aklam.
Subscribe to:
Posts (Atom)