Anak anak ku
Kekadang... kita pohon kekuatan, Allah beri kesulitan untuk jadikan kita kuat..... Kita pohon keteguhan hati,Allah beri masalah untuk diatasai.... Kita pohon keyakinan, Allah beri ujian untuk memantapkan iman dan jiwa.... Kita pohon kekayaan, Allah beri kesempitan dalam kehidupan.
Dalam deraian air mata, bersulam doa kita panjatkan setiap kali abah dilepasi ujian……..Kadangkala kita tidak dapat apa yang diingini,namun kita sentiasa dapat apa yang kita perlukan..... Mungkin Allah mengetahui abah belumbersedia untuk nikmatnya…Allah sayangi abah dan mahu abah sentiasa mendekatinya…..
Dalam senang jarang ada keluhan…dalam ketawa jarang ada tangisan…..Anak anak ku abah melalui segalanya dengan tabah dan berterima kasih pada Allah. Allah masih memberikan abahmu peluang untuk bersyukur dan bersujud padanya.
Waullah Hu Aklam.
"Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah". Surah Al-Qasas ayat 17. Usah gelisah apabila dibenci manusia Karena masih banyak yang menyayangimu di dunia, Tapi gelisahlah apabila dibenci Allah Karena tiada lagi yang mengasihmu di Akhirat.
Thursday, February 3, 2011
ALLAH MAAFKAN HAMBA MU
Anak anak ku,
Abah hanyalah seorang insan yang amat kerdil di alam nyata ini, namum, abah berharap agar Allah sedia mengampunkan dosa dosa yang telah lalu dan memberi panduan agar tidak mengulangi dosa dosa yang sama atau lainnya dimasa depan. Semuga kesalahan abah terhadap makhluk dan insan lain juga dapat dimaafkan keranan ketelanjuran bukannya disengajakan. Insyallah tiada tebusan yang lebih baik selain dari mu Allah kekasihku yang sentiasa dekat dihati dan insyallah aku akan mengekalkan zikir pada mu setiap waktu dan sepanjang hayat ini, insyallah. Muga muga Allah memperkenankan doa abahmu dan memberikan petunjuk dan membuka hati hati kawan kawan, saudara mara dan mereka yang telah jauh supaya hampir pada abah mu. Semuga Abah berjaya pada 10 Februari 2011 dan 10 Mac 2011 nanti dan majikan memberi abah peluang insyallah. Cukuplah Allah sebagai pembantu abah dan pelindung dari segala godaan dan mengurangkan kepayahan ini.

CAIRKAN DENDAM KITA MAAFKAN SAUDARA DAN SAHABAT KITA
HATI YANG BAIK BILA KITA MELUPAKAN DENDAM
Anak anak ku,
Catatan dari kuliah tuan guru.
Adakah kita akan bertemu di akhirat jika di dunia kita tidak dapat berjumpa. Sudahkah kita meminta ampun terhadap kesalahan kita. Apakah yang terbaik telah kita lakukan semasa anak anak, isteri , suami , jiran taulan dan sahabat handai. Apa kata sebelum nyawa dan nafas terakhir ini kita gunakan untuk melakukan ibadah dan membetulkan kesilapan kita. Bolehkah hati kita yang keras itu dilembutkan, hati yang umpama besi itu dicairkan sebelum kita menghadap azali. Berubahlah dan berusaha berubahlah memaafkan.
Anak anak ku.
Adakah kita berpuas hati jika orang atau saudara seislamnya yang dibenci dan didendaminya meninggal dunia. Kenapa kita masih mahu berdendam dan lupa bahawa kita juga manusia yang khilaf. Berilah peluang pada orang orang yang kita benci membetulkan kesilapan mereka. Bila kita sudah berjaya dan hebat kita mula rasa malu dan tidak mahu memaafkan kesilapan orang bawahan dan ahli ahli keluarga kita. Kewajipan untuk memaafkan itu terletak pada diri dan bahu kita anak anak ku.
Selama kita hidup jika hendak Berjaya adakah kita akan sentiasa mengingatkan dendam dan berterusan melakukan sesuatu kerana dendam. Masya Allah maka marilah kita anak anak ku leburkan dendam dan maafkan orang orang sekeliling sebelum nyawa kita bercerai dari badan. Insyallah hendaklah kita berbicara dengan berhikmah dan latihlah lidah dengan zikir dan mulai mendampingi orang orang yang baik akhlaknya. Sentiasalah bermuzakarah dan percaya kebenaran itu akan mengatasi kebatilan. Jangan cuba menutup keburukan sesaorang dengan alas an menyembunyikan aib, kesilapan perlu dibetulkan.
Ingatkan akan pesanan Nabi Muhammad SAW, “orang yang baik ialah orang yang makan apa yang ada dihadapannya”, justeru itu marilah kita bersama sama :-
1. Lidah yang menegur kebaikkan dengan berhikmah.
2. Lidah sentiasa menyatakan kebenaran walaupun pahit.
3. Lidah yang tidak mengadu domba.

Wednesday, January 26, 2011
PENYAKIT HATI MESTI DIUBATI
Anak anak ku,
Ikutilah coretan dari Ustaz Nor Amin,
Kita selalu bertanya tentang keadaan kesihatan zahir tapi kita tetapi sering mengabaikan keadaan hati nurani kita. Kita sanggup menghabiskan duit ratusan ribu untuk mengubati penyakit zahir tetapi tidak mempedulikan kesihatan hati kita sedangkan tuhan hanya menerima hati kita .
Firman Allah swt: “Pada hari tidak bergunanya harta dan anak pinak kecuali yang berjumpa dengan tuhan dengan hati yang sejahtera.”
Hati yang sihat adalah hati yang mempunyai perasaan semasa melakukan ibadat. Orang yang memiliki hati yang sihat akan merasai kemanisan dalam ibadahnya.
Ibnul Qayyim berkata :
“Periksalah hatimu pada tiga keadaan : ketika kamu membaca Al-Quran, ketika dalam majlis zikir dan ketika kamu bersendirian dengan tuhan. Sekiranya kamu dapati hati kamu kosong maka hendaklah kamu meminta pada Allah menganugerahkan hati pada mu. Sesungguhnya kamu tidak ada hati.”
Hati yang sihat adalah hati yang gementar apabila disebut nama tuhan . Hati yang terkesan dengan bacaan Al-Quran. Hati yang teruja bila mendengar azan. Hati yang takut apabila disebut api neraka tuhan. Firman Allah swt : "Sesungguhnya orang-orang beriman hanyalah orang-orang yang yang gementar hati mereka bila disebut nama Allah, bertambah iman mereka apabila dibacakan ayat-ayat Allah swt dan berserah hati mereka pada tuhan.” (Al-Anfal : 2)
Hati yang sihat adalah hati yang sentiasa mengambil ibrah (pengajaran) pada setiap kejadian tuhan. Firman Allah swt : “Sesungguhnya kejadian langit dan bumi serta silih ganti siang dan malam adalah tanda-tanda kepada orang-orang yang berakal.” (Ali Imran : 190)
Sesungguhnya otak yang berfikir tentang kejadian tuhan dan sentiasa mengambil pengajaran adalah dari hati yang sihat. Firman Allah swt : “Mengapakah mereka tidak berjalan di atas muka bumi supaya mereka memiliki hati yang berakal untuk memahami atau mempunyai telinga yang mendengar untuk menerima. Sesungguhnya bukan mata yang buta tetapi hati yang ada di dada itu yang buta.” (Al-Hajj : 22)
Sebenarnya apa yang berlaku setiap hari pada diri kita dan sekeliling kita ada mempunyai banyak pengajaran. Sebanyak mana pengajaran yang boleh diambil setinggi itulah tahap kesihatan hati kita.
Contohnya :
Suatu hari Hasan Al-Basri diberi air untuk dia berbuka puasa. Bila air itu hampir dengan mulutnya beliau menangis. Beliau berkata “ Aku teringat akan keinginan ahli neraka seperti yang disebut dalam Al-Quran :
“Berilah hai ahli syurga , air minum untuk kami …” (Al-A’raf : 50)
Namun jawapannya : “Sesungguhnya Allah mengharamkan air dan rezki untuk orang kafir.” (Al-A’raf : 50)
Hati yang sihat akan menyebabkan mulut yang baik. Mulut yang baik adalah mulut yang sentiasa menyebut nama tuhan dan tidak mengumpat, memaki, menyebar keaiban orang, mengeluh dan sebagainya.
Anak anak ku, Nabi saw bersabda :
“Tidak lurus iman seseorang sehingga lurus hatinya dan tidak lurus hatinya sehinggalah lurus lidahnya.” (Riwayat Hakim)
Hati yang sihat adalah hati yang khusyuk dalam ibadatnya dan hati yang sentiasa menerima kebenaran walaupun ia pahit. Firman Allah swt : “Bilakah masanya untuk orang-orang beriman untuk khusyuk hati mereka bagi mengingati Allah dan menerima kebenaran yang Allah turunkan…” (Al-Fatir : 16)
Hati ini sentiasa terdetik nama Allah. Sebanyak mana kamu mengingat sesuatu setinggi itulah kasihmu padanya. Sekiranya hatimu banyak menyebut nama tuhan itu tanda kasihmu padanya adalah benar-benar wujud. Kalau hati lebih banyak menyebut tentang wanita, takhta, kerja, periksa, harta, kereta atau dunia maka dakwaan cintamu pada tuhan adalah bohong. Hati yang sihat adalah hati yang banyak runsing tentang hal akhirat dan masalah umat Islam.
Kita lihat Nabi bersabda : “Surah Hud dan saudara2nya telah menyebabkan kepalaku beruban.”
Ini kerana surah-surah ini (Al-Hud, An-Nazia’t dan Al-Mursalat) mengandungi tentang kisah Nabi-nabi yang terdahulu, kisah tentang neraka dan kisah umat-umat yang derhaka. Allah menempelak manusia yang banyak pengetahuan dunia tetapi jahil dan lalai tentang akhiratnya.
“Mereka mengetahui tentang hal ehwal dunia tetapi lalai dengan akhirat mereka.” (Ar-Rum : 7)
Kita tahu tentang nama benda yang kecil dan mikro dalam tubuh manusia, dalam komputer, dalam kereta tetapi tidak tahu berapa lama api neraka dipanaskan, berapa kali ganda api neraka dari api dunia, apakah nama-nama makanan dan minuman ahli neraka dan lain-lain. Kita tahu nama-nama artis , nama pemain bola dan nama selebriti tetapi kita tidak tahu apakah nama binatang yang menyeksa manusia di akhirat.
Waullah Hu Aklam

Tuesday, January 18, 2011
QUNUT NAZILAH - PENGERTIAN DAN AMALAN UNTUK ANAK ANAK KU
Anak anak ku,
Berdoalah kepada Allah insyallah Allah akan melindungimu dan mensejahterakan mu.
Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka, Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka, goncangkan pendirian mereka, Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum, Wahai Tuhan Yang bersifat Murka, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan, Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka. Amin…!
Wauallah Hu Aklam.

Subscribe to:
Posts (Atom)