MENCINTAI RASULLAULAH KEPADA MU ALLAH AKU BERSERAH

Saturday, July 24, 2010

MENGINGATI SEMULA TOK GURU

Bicara buat anak anak ku,
Pagi ini perasaan sedih terasa bila selepas solat dan bacaan yassin teringat kepada aruah tuan tuan guru. Alhamdulillah pernah dan sempat juga bersalaman dengan ex lecturer dan ahli politik hebat seperti Al Marhum Ustaz Fadzil Noor di Bukit Raya dansemasa bertugas di LT Tawau, sedih tak dapat mengiringi jenazah beliau. Dikhabarkan semasa meninggal dunia trafik jam dan rakan rakan dari segenap aliran politik datang memberi penghormatannya.

Pada tahun 70an terdapat 2 orang yang disebut keramat hidup iaitu Tok Guru Hj Dak dan Tok Guru Hj Aziz. Kebiasaan sebelum exam SPM , SRP dan Penilaian Darjah 5 , penuntut [orang lama sekitar 40an ke atas] dan ibu bapa mereka seluruh Malaysia mengunjungi aruah kedua mereka. Kini apa telah terjadi pada peninggalan mereka berdua. Semoga Allah mencucuri rahmat atas roh beliau sekeluarga- Amin.Ya Rabbul Alamin

COMPANY OF HEROES Part 1

My Immediate Family members,

The importance of communicating effectively during planning cannot be overstated. No matter what was the news headline might be and if we are involved we must be prepared. What you need to have close at hand is a strategic and people with good wisdom. The most practical advice is seek people who do not have direct interest or less impact as they may have direct influence in the decision making. The committee set be given a specific parameters.

Quote an advice "apalah gunanya merak mengigal ditengah rimba, kalau didalam negeri alangkah baiknya". Justeru bagi mendapatkan strategi yang baik ilmu duniawi sahaja tanpa pengukuhan pada tasauf, maqrifat, usuluddin dan sedikit kasyaf perancangan yang dibuat tidak akan mendapat pertolongan Allah. Alhamdulillah berkat istiqorah semalam memberikan ketenangan dan Allah menunjukkan panduan, insyallah syaitan tidak akan bersama sama kita dalam perancangan ini.

Waullau Hu Aklam

KERANA KAU DAN AKU ADALAH HAMBA ALLAH

Buat anak anak ku,
Teringat pada masa di sekolah dahulu kepada ajaran guru ialah supaya kita berusaha gigih bagi membangunkan negara dan tuntutan agama islam. Tunjukkan kepada orang lain bahawa kita ini boleh menjadi seperti mereka maju dengan berpegang kepada agama. Jangan membuat keputusan  dorongan mengikuti hawa nafsu, beri pertimbangan wajar pada semua pihak. Kata peribahasa lama " asal ditugal adalah beni". Jika ada kawan kawan yang lemah dalam apa apa bidang, tolonglah mereka tidak kira apa agama sekalipun berbuat baik itu perlu. Isi hati , dendam dan tamak haloba tidak membawa kemana mana. Biar kita berkawan dengan semua orang, mengambil kesempatan terhadap orang lain atau jadikan orang lain tunggangan akan memberi akibat pada diri sendiri suatu masa nanti. Berani bersemuka dan berterus terang jika diminta, cuba memahami kenapa sesaorang menjadi jahat dan berbuat baik kerana SEBAB MUSABAB yang demikian itu penting. 

Anak kita merengek kerana LAPAR, Sahabat kita berbaik baik dengan kita kerana NAK MENIRU pendek kata orang tidak jadi miskin kerana ada yang kaya, orang tidak menjadi JAHAT kerana tidak ditindas, orang tidak berlaku ZALIM jika pekertinya rendah dan orang malas mengikuti PERINTAH AGAMA kerana dorongan nafsu. Wajahkah kita menghukum dan menyalahkan seorang yang sebenarnya baik pekerti tanpa mengetahui SEBAB MUSABAB. Jika kita terlanjur, orang juga boleh terlajak, tapi renungkanlah disebalik masa ALLAH masihmemberi kita petunjuk dan pedoman dan sebelum kemurkaan ALLAH. Mohonlah keampunan dan berikan dan kembalikan sesuatu itu pada haknya, jika kita mengambil hak orang lain maka Allah akan mengambil bahagian kita dengan lebih dahsyat lagi. Ini pernah terjadi pada saya dan sahabat bila kita mengambil hak "wang" maka kerugian dan kehilangannya lebih besar.

Ustaz selalu berkata orang yang dizalimi doanya akan sampai pada  orang yang menzalimi sepantas  kilat.  Anak ku baca cerita bagaimana bermulanya penaklukan Yunani dan Byzantine oleh tentera islam. Seorang perempuan muslimin yang cuba diaibkan maka beliau berdoa kepada Allah dan rintihannya kepada Allah didengari oleh Khalifah Umar Ibnu Khattab lantas beliau mengerahkan bala tentera islam menawan pihak Byzantine. Dengan pertolongan Allah negara tersebut dimerdekakan dan kisah ini diceritakan dari tahun ke tahun. Inilah yangmembuatkan hati keciku sentiasa takut untuk menganiyai sesiapa pun. Waullah Hu Aklam

Friday, July 23, 2010

PINTU HIDAYAH SENTIASA TERBUKA

Buat anak anak ku,

Hidup dan mati itu kehendak Allah. Bukan menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan sesaorang itu mendapat petunjuknya. Petunjuk dan islam itu ialah kepunyaan Allah dan hanya Allah yang memberi petunjuk kepada mereka yang dikehendaki. Hendaklah kita  berusaha menginfakkan harta kita kepada orang yang memerlukannya insyallah ganjarannya amat besar. Mengambil dan meletakkan sesuatu yang bukan ditempatnya adalah zalim. Jika kita telah tersalah sangka atau tidak berlaku wajar maka perbaikilah akhlak dan insafilah kesalahan tersebut. Waullah Hu Aklam.

KETENTERAMAN JIWA

Surah Ar Rum :21

Dan sebahagian dari tanda tanda kekuasaannya, ia menjadikan kamu berpasang pasangan supaya kamu hidup tenteram dan sakinah. dan ia jadikan antara kamu cinta dan kasih sayang. Sesungguhnya hal hal yang demikian itu adalah tanda tanda bagi kaum yang mahu berfikir.

Waullah Hu Aklam.