"Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah". Surah Al-Qasas ayat 17. Usah gelisah apabila dibenci manusia Karena masih banyak yang menyayangimu di dunia, Tapi gelisahlah apabila dibenci Allah Karena tiada lagi yang mengasihmu di Akhirat.
Sunday, March 11, 2012
BUKAN LAGENDA - TAPI PERJANJIAN KETURUNAN PAK KADUK
Anak anak ku,
Kita bukanlah waris waris rapat tetapi kita adalah sebahagian keturunannya. Datuk nenek kita dahulu "hidup dan mati hanya untuk Allah dan Nabi Muhammad saw" kita berada di istana dan sebahagian dari panglima panglima di istana. Kita menghidupkan sunnah dan kita kuat beribadah pada Allah justeru itu kita disayangi oleh makhluk makhluk yang zahirnya tidak kelihatan.
Itu lah jangan hairan Zarul Hairee boleh melihat makluk tersebut sejak kecil hingga sekarang. Jika Abah, Sazarul Azree, Zarul Hairee dan Nata Reena menerima anugerah tersebut maka perbaikilah amalan dan ketaatan pada Allah. Kita akan kembali kepada Allah nanti dan jangan melupakan janji untuk bersama Allah dan Nabi Muhammad SAW di akhirat nanti.
Untuk hal ikan tapah berikut adalah ceritanya.....abah ambil dari blog kerana ianya sama dengan yang diceritakan kepada Abah semasa masih kecil.
LAGENDA IKAN TAPAH
Lagenda Ikan Tapah ini adalah kepercayaan orang-orang terdahulu yang mana menyatakan bahawa keturunan Pak Kaduk tidak boleh menganiaya, memakan atau mengkianati secara sengaja atau tidak sengaja
Asal Yang Empunya Cerita
Cerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan oleh Haji Pandak Logam Bin Pandak Demat salah saorang keturunan Pak Kaduk yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang Ikan Tapah, beliau dilahirkan pada tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 dalam usia 90 tahun.
Bermulanya Kisah
Di zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah, permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah Sultan.
Si Kaduk
Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak untuk mencari tempat baru, akhirnya telah sampai ke satu tempat di tepi Sungai Perak bernama Lambor (Menurut cerita mulut Pandak Logam) di Kampung Pulau, Lambor Kiri, di sana Kaduk diterima baik oleh masyarakat kampung dan akhirnya dijodohkan dengan seorang gadis kampung dan menetap beberapa lama di sana (Kampung Pulau Lambor Kiri). Kaduk mempunyai kegemaran menangkap ikan, mencari rotan dan menyabung ayam. Adapun menyabung ayam adalah satu permainan yang amat digemarinya.
Ayam
Pada suatu hari Kaduk ternampak seekor ular sedang menggonggong sebiji telur ayam dan meletakkannya di atas tanah berhampiran rumahnya, kemudian ular tersebut pun berundur dan menghilangkan diri. Kaduk pun mengambil telur tersebut dan dieramkan oleh ayamnya. Telur tersebut akhirnya menjadi seekor ayam sabung yang cantik dan handal dan dinamakan Biring Si Kunani.
Ayam ini sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk pembesar Istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam Kaduk. Kaduk menjadi resah kerana tidak menyabung dan akhirnya Kaduk menerima apa juga syarat yang dikenakan asalkan dia dapat menyabung ayam.
Pertarungan Ayam
Berita kehebatan ayam sabungan Kaduk mendapat perhatian daripada Sultan, lalu baginda mencabar Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan oleh Sultan. Syarat-syaratnya ialah:
Ayam Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Sultan yang bernama Si Jalak Putih Mata
Pertaruhannya adalah kampung halaman dan isi rumahnya Dan di pihak Sultan pula:
Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa memerintah dan kawasan negeri jika ayam Sultan kalah. Tanpa berfikir panjang Kaduk menerima syarat-syarat tersebut kerana sudah lama tidak menyabung ayam.
Kekalahan
Sebagaimana yang dijangkakan pada peringkat awal, ayam Kaduk yang ditukarkan dengan Sultan telah menang. Kaduk pun bersorak kerana ayamnya menang, tetapi dia lupa bahawa ayam itu telah menjadi milik Sultan. Setelah pengumuman dibuat baru lah Kaduk sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Sultan.
Maka dengan berpegang pada janji dan syarat penyabungan Kaduk terpaksa menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada Sultan, hanya yang tinggal pada Kaduk sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana masa Sultan mengambil pertaruhan kucing tersebut tiada di rumah, kalau tidak semuanya akan menjadi milik Sultan.
Kaduk pun berundur ke sebuah pulau (Pulau adalah satu tempat di tepi tebing Sungai Perak dimana orang menanam padi Huma) bersama kucingnya dan tinggal di sebuah dangau. Sambil Kaduk memikirkan masa hadapannya kucing itu datang sambil mengiau-ngiau dan mengigit kaki kaduk seakan memberitahu sesuatu, puas juga dihalau kucing tersebut tetap juga begitu.
Kaduk pun mengikut kucing tersebut ke tepi tebing sungai, apa yang didapatinya ialah seekor ikan tapah yang besar, Kaduk pun berlari ke dangau dan mengambil mata tuai yang terselit di celah atap lalu dibelahnya perut ikan tapah tersebut dan keluarlah emas dengan banyaknya. Kaduk bersyukur dan beranggapan itu adalah rezeki daripada Tuhan.
Sumpah
Maka Kaduk pun menjahit perut ikan Tapah tersebut dengan menggunakan jarum patah dan berbenangkan urat batang pisang lalu melepaskan ikan itu semula ke dalam sungai. Semasa inilah Kaduk melafazkan sumpahnya yang berbunyi:
Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya. Ikan Tapah itu terus menyelam dan timbul sekali seolah mengucap selamat tinggal dan kemudiannya hilang ke dalam air.
Tebus
Kaduk pun pergilah mengadap Sultan dan menebus kampung halamannya dan anak isterinya, dan bakinya sebahagian disimpan untuk menyara hidupnya dan sebahagian lagi dibawa ke Kampar untuk dijadikan barangan perhiasan, kerana di zaman itu tukang emas hanya berada di Kampar Sumatera sahaja.
Kepada anak cucu Kaduk, sebagaimana disebut dalam sumpahannya dan telah terkena penyakit yang disebutkan kerana memakan, mengkhianat secara sengaja atau tidak sengaja, terkena air-air dari Ikan Tapah maka ubatnya ialah dengan menyapu atau meminum air yang direndam Kerongsang Emas Tapah sebagai penawar bisa sumpahan tersebut. Adalah difahamkan bahawa ada keturunan Kaduk yang tidak boleh melintasi asap masakan isteri jika yang dimasak itu adalah ikan Tapah.
Setelah segala nya selesai Kaduk tidak menyabung lagi dan hiduplah Kaduk dalam aman damai dan sentiasa mensyukuri rezeki yang diberikan Allah serta melakukan amal ibadah dengan taatnya sehingga berlaku perkara-perkara luar biasa. Diantaranya Sultan Perak melantik Kaduk menjadi Orang Besar Jajahan yang membawa gelaran Tok Tua Sakti yang mana tugasnya memberi nasihat dan tujuk ajar kepada Datok Bendahara Garang mengenai selok belok tempat di Aceh dalam usaha membawa pulang Puteri Limau Purut dari Istana Aceh sebagaimana dalam kisah Megat Terawis
Emas Kancing adalah satu-satunya saki baki emas Ikan Tapah yang masih ada, ianya berbentuk Empat Segi Iris Wajik digunakan sebagai Keronsang baju wanita. Jumlah yang ada sekarang ialah sebanyak tiga keping dan ini lah digunakan sebagai penawar kepada cucu atau keturunan Kaduk jika terkena bisa Ikan tapah.
Sekarang Emas Kerongsang Ikan Tapah di jaga oleh salah seorang keturunan Pak Kaduk yang bernama Hajah Hasmah Binti Pandak Logam yang kini tinggal di Kampung Tua, Batu 16, Lambor Kanan. Hajah Hasmah Bt Pandak Logam pemegang amanah Emas Kerongsang Ikan Tapah
ANAK KU - KITA SEBAHAGIAN SUSUR GALUR PAK KADUK
Anak anak ku,
Pernah beberapa ketika dahulu dan sewaktu itu abah masih kecil dalam usia dibawah 12 tahun rasanya, dimana aruah atuk terkena gatal gatal dan katanya terkena bayang ikan tapah di pasar Pendang. Atuk balik kampung dan pergi ke Lambor puas mencari dan berjumpa sedikit emas dari keluarga rapat Pak Kaduk. Lepas minum dan mandi hampir serta merta gatal itu berhenti dan kesan berair menjadi kering.
Terkenang juga semasa masuk jawi (bersunat), atuk putuskan nak adakan kenduri dengan siap beberapa alat bunyian, Kami tanya kenapa, jawab atuk "selepas ini tak payahlah keturunannya menanggung apa yang perlu dilakukan oleh keturunan kita". Aneh mendengarnya tapi masa abah masuk jawi dengan uncle Bob duduk atas batang pisang gendang, serunai dan nafiri dimainkan macam istana.
Kini abah terkesan kerana jika sudah ada susur galur kita tidak boleh mengenepikan dengan mudah cuma adaptasi supaya jangan membenarkan syirik dalam amalan tersebut. Zarul Hairee telah membantu abah menyempurnakan amalan tersebut tahun 2011. Kita telah bersama menyembelih ayam ayam dan amalan lainnya. Tengahari pada waktu tersebut sangat panas tetapi angin kuat menyejukkan. Abah membaca doa dan lainnya dikubur aruah Atuk.
Esoknya Atuk Ucu menyembelih kambing dan kita kenduri cuma Uncle Bob yang datang, Makcik kamu semua tidak dapat hadir. Harap amalan ini diberkati Allah kerana kehendak hati dan menunaikan apa yang terhutang. Kini abah melihat ada perubahan pada Uncle Bob yang semakin meningkat dalam kerjaya dan rezeki manakala anak anak Abah nampaknya semakin berjaya. Abah pula alhamdulillah dari kerjaya dan abah lihat banyak kebenaran dibuka didepan mata.
Kalau ada kelapang dan diberikan kekuatan dan ilham apa akan menulis perkara misteri yang berlaku semasa ada hayat Opah. Abah merasakan tanggungjawab abah berat.....hati membisik bisik segeralah ke Mekah.
Waullah Hu Aklam
Sunday, February 12, 2012
MENGAPA KITA PERLU DIINGATKAN
Anak anak ku
Hadith Nabi saw bermaksud :
“Apabila mati anak Adam terputuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu sadaqah yang berterusan, ilmu yang dimanfaatkan dan anak solih yang berdoa untuknya.”
Saya cukup terkesan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Khairuddin Aman Razali tentang keperluan setiap umat Islam mencari umur kedua. Katanya, setiap orang hanya mempunyai satu umur di dunia yang akan menjadi tempat berladang untuk hari akhirat. Apabila mati segalanya berakhir. Namun, baginda menjelaskan masih ada ruang untuk manusia masih mendapatkan pahala selepas kematiannya. Inilah yang dikatakan sebagai umur kedua bagi manusia selepas kematiannya. Umur kedua terhasil apabila setiap orang memanfaatkan harta, ilmu dan anak-anaknya ketika hidup. Pertama, Harta yang ada dibelanjakan ke jalan Allah untuk sedakah bagi sesuatu yang kekal manfaatnya selepas kematian. Justeru ia memberi pahala yang berterusan. Kedua, Ilmu yang ada disebarkan lalu dimanfaatkan oleh ramai orang. Justeru selepas kematian, si guru masih dapat memperolehi pahalanya. Ketiga, anak soleh yang berdoa untuknya. Saya berhasrat untuk menyediakan persekitaran yang beragama untuk anak-anak saya dan merasa begitu bimbang dengan persekitaran masyarakat yang tidak menuju ke arah akhirat. Moga mereka menjadi anak-anak yang soleh yang akan mendoakan kesejahteraan saya selepas kematian.
Waullah Hu Aklam
Dari blog kawan abah.
CINTAILAH RASULLULLAH PART 1
Anak anak ku,
Pepatah ada menyatakan “sekali air bah, sekali pasir berubah”. Begitu juga manusia yang boleh berubah sama ada dari negatif menjadi lebih baik atau sebaliknya. Jika dilihat dari sudut yang positif, perubahan merupakan satu penghijrahan yang membawa kebaikan kepada seseorang individu, namun ada juga perubahan yang menyebabkan seseorang itu semakin dijauhi oleh orang lain.
Perubahan boleh berlaku pada setiap orang yang bernama manusia. Boleh jadi perubahan pada diri individu itu berlaku disebabkan perubahan pada status dirinya atau ada peristiwa penting yang berlaku kepada dirinya sekaligus mewajarkan perubahan tersebut. Ada orang berubah menjadi baik bila terjadi musibah ke atas dirinya. Ada orang berubah menjadi sebaliknya bila mendapat pangkat, gelaran, kedudukan yang tinggi dan harta kekayaan.Perubahan ke atas diri seseorang juga boleh berlaku disebabkan perubahan pada keadaan sekeliling yang melingkunginya. Jika lingkungannya baik maka dia boleh berubah menjadi Saya tersenyum. Cakap-cakap negatif masih terus kedengaran biar pun telah beberapa tahun peristiwa hitam itu berlaku. Mana mungkin kita sebagai manusia mampu menghentikan mulut orang dari terus bercakap mengenai orang.Pergeseran sesama insan ternyata lebih sukar untuk dipadamkan berbanding api di dalam sekam. Kita sering kali mengingati kejahatan orang pada kita tanpa kita menyedari bahawa kita juga mempunyai saham yang sama terhadap orang lain. Kita sering kali menghukum seseorang berdasarkan pertimbangan kita 5 atau 10 tahun yang lalu sedangkan pertimbangan masa kini tidak langsung kita raikan.
Manusia suka menghukum berdasarkan sejarah silam. Jika dahulu dia seorang yang jahat maka orang akan menghukumnya sebagai jahat selama-lamanya walaupun pun dia telah bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.baik.
Abah ceduk dari blog kawan kawan.
Waullah Hu Aklam
MEMILIH KAWAN HARUS HATI HATI
Anak anak ku
Syeikh Abdul Samad Al-Falambani dalam Kitabnya yang masyhur Sairus Salikin jilid 2 menggariskan 3 krietria dalam memilih kawan (taulan) iaitu:-
1. Jika kamu melihat wajah mereka maka kamu akan teringatkan akhirat. Justeru,kita disarankan melihat wajah orang soleh @ ulama agar kita selalu teringatkan akhirat lantas bersemangat untuk melakukan perubahan diri;
2. Jika kamu mendengar kata-kata mereka maka kamu akan terpengaruh/terangsang untuk menambah amal kebaikan disebabkan nasihat-nasihat mereka; dan
3.Jika kamu melihat perbuatan mereka kamu akan merasa gemar kepada akhirat disebabkan amalan mereka itu.
Pilihlah kawan yang boleh membawa kita kepada mengingati akhirat kerana pengaruh mereka akan membentuk kita menjadi manusia yang bertakwa. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa kita boleh mengetepikan kawan-kawan yang tidak cenderung kepada akhirat kerana usaha dakwah kita mengajak mereka kepada mengingati akhirat adalah tanggungjawab yang perlu kita lakukan. Cuma yang ditekankan oleh Syeikh Samad adalah kita meletakkan “barrier” atau sempadan di dalam hati mengenai kawan-kawan yang kurang minatnya dengan agama. Contohnya, jika mereka menyukai perkara-perkara maksiat atau melalaikan memadailah kita menetapkan di dalam hati bahawa mereka bukan kawan yang sepatutnya kita gauli, akan tetapi dalam masa yang sama kita juga perlu memberi nasihat dan mengajak mereka kembali ke jalan yang benar. Benci hanya di dalam hati tetapi bukan menjauhi mereka sehingga mereka hanyut dengan kelalaian. Tugas untuk berdakwah tidak pernah terhenti kepada setiap seorang daripada kita.
Waullah Hu Aklam
Subscribe to:
Posts (Atom)