MENCINTAI RASULLAULAH KEPADA MU ALLAH AKU BERSERAH

Thursday, July 29, 2010

TUHAN BERIKAN HAMBA MU PEDOMAN

Anak anak ku didalam kitab suci Al Quran - Surah An Nisaa ayat 36-38 yang membawa maksud" Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukannya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada ibu bapa, sahabat katrib, anak anak yatim, orang orang miskin, tetangga yang dekat dan yang jauh, teman sejawat, ibnul sabil dan kehabisan bekal ( tapi bukan perjalanan yang maksiat), termasuk juga anak anak yang kehilangan ibu bapa dan sanak saudara) dan hamba sahaya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri "Yaitu orang orang yang kikir dan menyuruh orang lain berlaku kikir dan menyembunyikan kurnia Allah yang telah diberikan kepada mereka. Kami menyediakan orang orang kafir itu siksa yang menghinakan. " Dan juga orang yamg menafkahkan hartanya kerana riya kepada manusia dan orang orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari Qiamat. Barangsiapa yang mengambil syaitan sebagai temannya  maka syaitan adalah seburuk buruk teman.

Waullah  Hu Aklam

Wednesday, July 28, 2010

ANTARA MAGGIE DAN MC DONALD

Alhamdulillah kepada anak anak aku,

Kedua duanya adalah 2 perkara yang penting kepada kita namun kepentingannya berbeza antara masa abah dahulu dan sekarang sepertimana kamu sekarangmenghargai Mac Dee dari Ma Gee.  Masa abah di Universiti dahulu kami  bertuah kerana mendapat dermasiswa persekutuan. Masa tahun 1 tahun 1982, abah terpaksa bergantung kepada maggie kerana itulah hidangan yang termurah dan cepat. Semasa di UKM Bukit Padang, Sabah nak cari kerja susah sebab tak banyak restoran makanan segera di Sabah. Part time job pun jauh kena naik bas Luyang ke Kota Kinabalu jadi banyak masa abah terpaksa spend di kampus. Masa dikampus kegiatan memasak ini diharamkan oleh pengurus kamsis tapi pandai pandailah kami menyorokkan heater,hot plate dan toaster. Pelbagai skil memasak dihasilkan dari penggunaan heater, toaster dan "periuk nasi".  Kini anakku kehidupan kamu lebih senang kerana adanya Mac Donald, KFC, Mary brown, A&W dan lain lain.

Cuma yang berbeza ialah pinjaman PPTN anak ku ianya bukan free tapi tak perlulah kamu memasak maggie tapi belilah makanan yang berkahsiat dan lebih baik sekurangnya jika tak ke warung pergilah ke Mac Dee. Waullah Hu Aklam.

ALLAH BERIKANLAH PEMIMPIN DAN HAMBA MU PEDOMAN

Daripada Abu Ya'Ala Daruqutni dan Thabarani meriwayatkan dari Ummu Salamah " Sabda Nabi Muhammad SAW "  Siapa yang diuji untuk menjadi hakim dikalangan orang muslimin, maka hendaklah dia berlaku baik didalam lirikannya, isyaratnya, duduknya, mahupun pandangannya. Janganlah ia mengeraskan suaranya kepada seorang dari dua orang yang bersengketa , sedangkan yang seorang lagi ia tidak mengangkat suara"

Insyallah  baldatun tyaiyibatun warabun ghafur sebagai tujuan mendirikan negara islam sebagaimana acuan Nabi Muhammad SAW akan menjadi kenyataan. Waullah Hu Aklam.

Monday, July 26, 2010

BROADBAND, TELEFON BIMBIT, LAPTOP dan satu sorotan

Salam sejahtera,

Kesemua alatan/media diatas telah jadi suatu kemestian kepada kita semua kalau tak subscibe rasa bersalah, kalau tak beli macam mana nak guna nak buat research, nak chat dan nak tengok email. Pendek kata kalau orang buta tak ada tongkat susah sikit nak berjalan nanti terlanggar sana sini. Anak anak ku gambaran orang yang bertakwa ditunjukkan dalam surah Al Baqarah ayat 3-5 sepertimana firmannya " Yaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka". Dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Quran) yang telah diturunkan kepada mu serta mereka yakin adanya kehidupan akhirat. " Mereka itulah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya dan merekalah yang beruntung"

Waullah Hu Aklam.