MENCINTAI RASULLAULAH KEPADA MU ALLAH AKU BERSERAH

Saturday, August 7, 2010

BEBASKAN MINDA YANG TERPENJARA

Anak anak ku,

Kita semua adakah umat manusia yang hidup merentasi masa. Dibumi dimana kita melangkah dan negara dimana kita berteduh kita perlu mempertahan setiap inci bumi. Kita bukanlah seorang pemuda yang memikul senjata, namun demi cinta pada negara yang satu ini memerlukan pembebasan minda yang terkurung dalam satu kotak yang kecil. Abah cuma ingin menyampaikan pesanan bahawa kamu adalah penyambung sebuah warisan. Jangan terperangkap dengan persaingan dan menjadi tidak senang jika tetamu atau rakan rakan yang menunjukkan kelebihan dan kekuasaan. Jangan berhutang jika ianya diluar kemampuan kamu, jangan memikirkan keuntungan sekejab dan terus berhutang. Jangan terus percayakan keseronokkan sementara semasa berhutang kerana selepas masa tersebut rasa siksa akan datang. Persepsi bahawa hutang boleh dijelaskan akhirnya boleh membawa padah. Hutang dengan harat atau dengan manusia jarang dapat ditunaikan sepenuhnya. Kita berhutang budi dan menabur budi tanpa memikirkan logik kemanusiaan membenarkan diri kita diperbodohkan.

Kekangan yang timbul semasa bekerja adalah suatu lumrah ayng kadangkala sengaja diada adakan. Perang dingin dan pertempuran timbul kerana kepercayaan dan hasad dengki. Masing masing cuba membuat provokasi dengan menggunakan pihak lain atau orang ketiga. Kita kadangkala menjadi orang ketiga membiarkan diri ditunggangi dengan harapan lepas ini pihak pertama akan memberi kita sesuatu. Tumbangnya organisasi keluarga, negara dan keimanan adalah kerana sisipan orang ketiga seperti YAHUDI dan lain lain yang "bengang" dengan kelebihan kita lantas menghasut orang lain supaya membenci saudaranya. "menangguk di air keruh" walaupun kita telah "patah sayap" demi menutup kemaluan dan rasa gah dihati kita masih berusaha "menegakkan benang basah". Orang sedemian juga kita sebut " hentak tak masuk, hendak diumpil tidak keluar".  Akhir kalam anak anak ku jika "hendak bertanduk kepala hendaklah dipahat".


Waullah Hu Aklam.

Thursday, August 5, 2010

YA ALLAH AMPUNILAH KESALAHANKU DAN KELUARGA KU

DOA SEORANG HAMBA ALLAH - Dari Rakan Blogger


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu

Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggung sebagai kakitangan Malaysia Airports

Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu

Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya

Aku lemah tanpa petunjukMu

Aku buta tanpa bimbinganMu

Aku cacat tanpa hidayahMu

Aku hina tanpa RahmatMu


Kuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu

Bimbinglah aku menjadi HAMBA MU yang Soleh

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Wednesday, August 4, 2010

DETIK KEJATUHAN SATU EMPAYAR

Anak anak ku
Bermulanya kejatuhan mana mana empayar ialah bila sesaorang pemerintah ini mulai mengubah nilai nilai murni yang menjadi tiang, rukun atau sesuatu polisi. Didalam kerajaan daulah Islamiyah misalnya setelah pemerintahan Khulafau Al Rashidin digantikan oleh Empayar Umaiyah dan Abbasiyah , kaum kaun pendatang yang duduk dibawah pemerintahan telah melihat kesejahteraan umat tidak akan dapat dipertahankan lagi kecuali melalui revolusi aman atau berdarah.

Kejadian yang sama berlaku dari kerajaan Mataram, Majapahit, Sulu dan terdahulunya Angkor, Khemer, Melaka dan kesultanan di Nusantara Melayu. Kejadian yang sama tetapi dalam bentuk yang berbeza telah berlaku dan ianya berpunca dari sistem politik yang mengutamakan kehendak kehendak individu dari kehendak dan kesejahteraan keseluruhan. Abah melihat terdapat sinonimnya dengan apa yang akan berlaku dalam sedekad dua ini jika pemerintah, umarak  dan ulamak tidak menunjukkan dengan jelas dalili dalil kejatuhan tersebut. Bila ingin beraja di hati dan bersultan di mata semuanya ingin disanggah tanpa membezakan faktor faktor sosial. Terdapat susunatur yang digariskan oleh Rasullaulah saw dalam hal yang bersangkutan dan insyallah dilain kesempatan ianya akan disertakan insyallah.

Anak anak ku,

Firman Allah dalam surah Al Mulk Ayat 1
" Sesungguhnya Allah memerintah kalian menyampaikan amanah yang kamu terima  dan kepada yang berhak menerimanya. Jika menetapkan polisi  hendaklah berlaku adil . 

Surah An Nissa Ayat  58  "Sesungguhnya Allah telah memberi sebaik baik pengajaran kepada kamu".  "

Surah Al Maidah Ayat 8 " Hai orang orang yang beriman hendaklah kami tegakkan keadilan, seperti memberi kesaksian secara jujur. Jangan membenci orang lain serta kebencian itu mendorong kamu berlaku tidak adil. Selalu ingatlah kepada Allah kerana Allah selalu mengetahui apa yang kamu perbuat"

Tujuan pembentukan empayar  menurut pandangan islam ialah mengatur keadilan, memberi rasa man  serta melindungi hak individu didalam empayar tersebut. Diskriminasi agama dan rasial tidak akan berlaku jika pemerintah mengikuti hukum dan garis panduan dan berdamai dengan masyarakat.

Waullah Hu Aklam.

BILA TERJADI FATAMORGANA DAN KERAKUSAN

Anak anak ku

Saat aku memanjatkan kesyukuran pada mu ALLAH , disaat aku memerlukan ihsan mu ALLAH , di kala semua telah memalingkan muka, dalam ketika semua memandang keburukan sebagai kebenaran.

Allah telah memberikan ku ketenangan. ALLAH menyakinkan perbuatan melalui petunjuk petunjuknya, BICARA TENTANG KEBENARAN. Bila tauhid menusuk di dalam qalbu, tatkala tasbih mendesah minta diulangi, ratib yang tidak mahu berhenti, menghambat PENUH kesetiaan ku kepada Allah yang Maha Esa.

Kawan ku bicara, orang mungkin tidak suka kerana ianya melukakan depa. orang mungkin tidak gemar bual bicara yang mengoda integriti mereka. Namun setiap orang mempunyai saksi, yang beragama islam telah mengaku bersaksikan Allah, Justeru jika mereka minta dikecualikan dari ikatan dan pegangan ALLAH TIDAK LUPA sedangkan mereka telah ada perjanjian yang kekal dan abadi sejak azali. Mereka mungkin cuba mengasingkan bahawa agama dan perbuatan dunia tidak ada kena mengena, sedangkan tertegaknya daulah kerana agama dan perbuatan rasulnya. Kita hanya bisa berbicara dalam minda dan pena.

Hanya hamba tersebut  yang mengetahui apa yang ada sebenar benarnya dalam dada dan tersemat dihati, Orang lain sekadar melafaskan cinta Romeo dan Juli yang berlakun dalam Jimi Asmara atau Zack dan Azura atau Ustaz yang tidak  setan. Baliklah kepada asal usul mu sepertimana yang laut pulang ke laut dan yang darat pulang ke darat.

Waullah Hu Aklam.

KEPADA MU ALLAH AKU BERSERAH

Daripada blog sahabat sahabat ku untuk dikongsi dengan anak anak ku

Wahai Tuhanku Yang Esa… Bila terkenangkan Qahar-Mu

Rasa gerun dihatiku kerana takutkan siksa-Mu ......Hamba-Mu rasa berputus asa

Siapakah dapat bersihkan diri........Dari segala dosa yang memburu

Setiap hari setiap ketika .......Tika mengenangkan Rafat-Mu

Putus asa tiada lagi

Semangatku pulih semula......Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa........Tak sanggup ku meneruskan perjuanganku

Mehnah-Mu itu penghapus dosaku ........ Mengganti hukuman-Mu di akhirat…


Di waktu mengenang Rahmat-Mu

Terasa diri kurang bersyukur.........Pada-Mu ku harus memohon

Moga syukurku bertambah .......Alangkah susahnya mendidik nafsuku

Yang tidak melihat kebenaran-Mu


Ya Allah Tuhanku bantulah hamba-Mu ..... Dalam mendidik jiwa ini…

SAAT BILA DATANGNYA KECELAKAAN

Petikan dari bloq Ustaz Nor Amin

Allah berfirman: “Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai bala (cubaan), dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan” (al-Anbia’: 35)

Dari pengertian di atas, maka dapat kita simpulkan bahawa bala itu datang tidak kira masa dan tempatnya dan ia memusnahkan segalanya. Bala juga merupakan ujian dari Allah kepada umatnya untuk menguji kesabaran iman umat Islam kepadaNya. Agama Islam sering mengingatkan manusia kepada Allah dan segala suruhan Allah, kerana ditakuti berlakunya musibah bala kepada manusia tanpa mereka beriman kepada Allah. Maka kehidupan mereka di dunia ini hanya sia-sia sahaja. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Bala pasti menimpa ke atas umatku jika mereka sewenang-wenangnya melakukan 15 perkara ini:

1. Apabila kekuasaan dianggap keuntungan.


2. Amanat dianggap ghanimah.


3. Membayar zakat dianggap merugikan.


4. Suami tunduk pada isterinya.


5. Derhaka terhadap ibu.


6. Mentaati kawan yang menyimpang dari kebenaran.


7. Menbenci ayah.


8. Bersuara keras (menjerit jerit) di masjid.


9. Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya.


10. Orang ditakuti (dihormati)kerana kejahatannya.


11. Minum arak berleluasa.


12. Semakin ramai (lelaki) memakai sutera.


13. Wanita menari di khalayak umum dianggap perkara biasa.


14. Permainan muzik merata rata.


15. Umat akhir zaman ini sewenang-wenangnya mengutuk umat umat permulaan termasuk para sahabat Nabi SAW, tabi'in dan para imam muktabar

Tuesday, August 3, 2010

KITA TIDAK SELAMANYA BERADA DI DALAM ZON SELESA

Anak anak ku,

Abah teringat kata kata Bumpface " hidup kita didalam diskriminasi" benarkah begitu atau segaja hendak merendamkan perasaan. Allah tidak pernah membeza bezakan kita kecuali di atas amalan kita. selamanya kita harus bersyukur kerana dalam banyak banyak makluk kita dijadikan sebagai manusia dan alhamdulillah kita didalam agama anutannya yang terakhir. Pengajaran telah memberi kita buah fikiran dan pengalaman kita menjadikan kita lebih tenang dari orang orang yang atheis. Jangan sekali kali anak ku menyampingkan agama dan meletakkan materialisma sebagai pegangan hidup. Kita tidak akan membawa harta ke mana mana ianya mungkin akan habis dengan sekelip mata, macam angin kata orang Kpg Madang.  Ilmu yang berguna dan nasihat yang berfaedah itulah sahaja yang dapat memimpin kita yang berada di dalam kegelapan. Pernah abah teringat bait bait lagu "Oh Tuhan butakanlah mata ku", ianya sangat halus dari segi sufiah ianya bermaksud janganlah kita memandang sesuatu itu dari sudut keburukkan tapi pandanglah kebaiikan.  Martabat orang yang menggunakan ilmunya dan menutup matanya dari mempelopori keburukan itu akan membawa kita ke tahap tertinggi di sisi Allah swt.

Waullah Hu Aklam

Monday, August 2, 2010

DURIAN, MANGGIS DAN RAMBUTAN

Anak anak ku,

3 serangkai buah buahan ini kadangkala macam PENYAKIT kencing manis, lemah jantung dan darah tinggi, kadangkala AKTIVITI berhala, judi dan tenung nasib juga adalah pasangan yang sama. Didalam POLITIK istilah keburukan selalunya nepotisma, cronisma dan entah apa apa isma selalunya dikaitkan dengan URUS TADBIR PEMERINTAHAN SEPERTI colonisma,  feudalisma dan komunisma. Apa sekali pun idealisma yang wujud ianya bukanlah suatu ketetapan yang tidak boleh diubah ubah. Menjadi kanak kanak, menjadi remaja dan menjadi dewasa adalah 3 serangkai dalam kehidupan kita. Kita belajar , jatuh dan bangun dalam setiap detik kehidupan kita. Kadangkala kita tersandung, dibentis dan dilanggar samada dari hadapan atau belakang. Mengenai ketiga buah buahan DURIAN, MANGGIS  dan RAMBUTAN itu menurut orang tua ianya dijadikan Allah serentak itupun kalau dimakan bersama sama dapat mengimbangi kesan masing masing. Ada yang sangat manis sperti durian, yang sejuk seperti manggis dan yang mengatalkan tekak seperti rambutan. Itulah adunan keseimbangan menurut kata PAK TUA =  PETUA.

 Anak anak ku yang penting ialah perubahan sikap dari yang jelek kepada baik dan mahu berubah. Jangan konstan sahaja pembolehubah ada ditangan diberi pada kita , kemandirian hidup kita tentukan dan belajarlah dan boleh menerima tunjuk ajar kerana berguru jangan pada satu orang tapi menuntutlah dengan ramai dan pertimbangkanlah kemudian secara waras dan berhati hati. KAWAN tidak semestilah sentiasa betul mereka juga makhluk Tuhan yang seksi.

Waullah Hu Aklam


AYAM BERINDUK SIREH BERJUNJUNG

Anak anak ku

Seperti biasa abah dah "kau tim" dengan awaluddin , hendak mencari queen di kawasan projek. Niat kami jika ada yang minta tolong maka bantulah jika ada masa. Toleh kiri dan kanan dari Hilux dari kejauhan nampaklah sarang queen tak apa kata awal kita masuk dalam sikit yang dokat dokat ni nantilah masa kecemasan esok kita masuk biarkan dulu. Malang tak berbau ooi cik din cepat, duss kepala hitam sepanjang 2 meter dengan sisik berkilat dipanahi mentari menjelma. Seram sejuk dibuatnya nasib baik tak mematuk hanya berlalu pergi mungkin makhluk ini tahu kita tak berniat jahat cuma terpaksa datang ke "domain"nya kerana hendak membantu insan yang memerlukan rawatan.. Kata orang  dulu dulu " hati palingan Allah, mata palingan syaitan".

Yang tidak terdaya, lemah itu perlu ditolong jangan pula diambil kesempatan dan ditindas. Sebaliknya pula " hutang samir belum selesai, hutang kajang datang pula. Insyallah perbetulkan niat dan istiqamah insyallah Allah akan membantu mu anak anak ku.

 Waullah Hu Aklam.

JANGAN BERTEPUK SEBELAH TANGAN

Buat anak anak ku,

Jika ingin melihat air sungai yang jernih mudiklah ke kuala, insyallah kita akan dapat lihat bagaimana punca air tersebut samada ianya dari sumber yang baik atau telah dicemarkan. Abah pernah ke Kasugui pada tahun 1983 melihat kaedah rawatan air dan tahu betapa sukarnya membekalkan air bersih untuk kegunaan semua. Proses menjernihkan punca air yang dan kaedah rawatan tidak boleh menggunakan shanya atu jenis "filter" semata mata tetapi hendaklah menggunakan tapisan yang bernano mm dan berdasarkan partikel yang perlu melaluinya dan bahan bahan kimia tertentu. Ada teladan disini iaitu jika menggunakan saringan pastikan spesifikasi yang sesuai kerana inilah peringkat dimana kita perlu membuat " shortlisting" supaya hasil akhir tidak menghampakan kepentingan masyarakat.

Anak anak ku " kepentingan solat janganlah dipertikaikan dan dilengahkan  kerana dalam mengejar keutamaan kita tidak banyak diberi kesempatan oleh Allah swt bertemu dengannya. Keringanan khusus hanya diberikan pada mushaf yang tertentu. Insyallah, dalam 8 atau 9 hari lagi kita akan menemui Ramadhan insyallah sama samalah kita membuat penyucian diri dan memohon agar kesilapan kita kepada Allah dapat diampunkan, jika terhadap manusia kita memohon agar sama sama bermaafan dan terbukalah hati mereka. Jangan bertepuk sebelah tangan lain dimulut dan berbeda di hati, jika kita berniat ikhlas maka lakukan seikhlasnya tanpa bermuka muka DAN memberi pelbagai alasan seperti kata pepatah lama "                                   " kerana lambat laun Allah akan menunjukkan apa sebenarnya.

Waullah Hu Aklam.

JANGAN BIARKAN DENDAM MENGUASAI DIRI

Buat Anak anak ku Surah Ali Imran Ayat 104 dan 110

"Hendaklah ada di anatara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Merekalah orang yang beruntung."

" Kamulah umat yang terbaik dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada berbuat makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. dan diantara mereka tentu ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang orang yang fasik"

"Barangsiapa dari kamu melihat suatu kemungkaran wajiblah ia mengubahnya dengan tangan; jika tidak ada kuasa dengan lidah,  jika tidak ada kuasa dengan hati,  dan tindakan terakhir ini menunjukkan iman yang paling lemah" - Riwayat Muslim, dari Thariq bin Sjihab.

Mudah mudahan mendapat pahla kita darinya, Waullah Hu Aklam