MENCINTAI RASULLAULAH KEPADA MU ALLAH AKU BERSERAH

Saturday, November 6, 2010

WASIAT RASULLAULAH KEPADA SAIDINA ALI

Anak Anak ku:-
Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Sayyidina Ali r.a yang bermaksud :
Wahai Ali ! Sebaik-baik manusia di sisi Allah s.w.t. adalah yang memberi kemanfaatan bagi manusia. Adapun seburuk-buruknya di sisi Allah adalah orang yang berumur panjang tetapi buruk amal perbuatannya.

Wahai Ali ! Sebaik-baiknya manusia adalah orang yang berumur panjang serta baik amal perbuatannya.


Wahai Ali ! Tanda-tanda orang Mukmin itu ada tiga :
1.Tidak suka kepada harta dunia.
2.Tidak suka kepada wanita
(maksudnya tidak suka melakukan maksiat dan mengikut hawa nafsu syahwat)
3.Tidak suka mengumpat ‘aib orang lain.

Wahai Ali ! Tanda-tanda orang ‘alim itu ada tiga :
1.Jujur dalam berbicara.
2.Menjauhi yang haram
3.Tawaduk (rendah hati)

Wahai Ali ! Tanda-tanda orang yang bertaqwa itu ada tiga :
1.Takut berdusta dan berbuat keji.
2.Menjauhi kejahatan.
3.Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali ! Tanda-tanda orang benar itu ada tiga :
1.Merahsiakan ibadah.
2.Merahsiakan sedekah.
3.Merahsiakan dugaan yang menimpa dirinya.

Wahai Ali ! Tanda-tanda ahli ibadah itu ada tiga :
1.Selalu membatasi diri ( daripada melakukan perkara dosa dan sia-sia)
2.Selalu menghisab (menghitung-hitung) dirinya.
3.Selalu memperbanyakkan ibadah

Wahai Ali ! Tanda-tanda orang soleh itu ada tiga :
1.Selalu memperbaiki hubungan dengan Allah s.w.t. melalui amal soleh.
2.Selalu memperbaiki agamanya dengan beramal soleh.
3.Selalu redha terhadap manusia dari apa yang diredhai dirinya.

Wahai Ali ! Tanda-tanda orang bahagia itu ada tiga :
1.Makanannya halal.
2.Duduk bersama para ulama’
3.Solat lima waktu bersama imam (berjemaah)

Wahai Ali ! Tanda-tanda orang dermawan itu ada tiga :
1.Memberi maaf ketika berkuasa (membalas).
2.Mengeluarkan zakat dengan benar.
3.Senang mengeluarkan sedekah.

Wahai Ali ! Tanda-tanda orang tasamuh (toleransi) itu tiga :
1.Menyambung silaturahim pada orang yang memutuskannya.
2.Memberi kepada orang yang menghalang-halanginya
3.Memaafkan orang yang menganiayanya.

Wahai Ali ! Tanda-tanda orang sabar itu ada tiga :
1.Sabar dalam mengerjakan ketaatan kepada Allah s.w.t
2.Sabar atas dugaan (musibah) yang dideritainya.
3.Sabar atas qadha’ (ketetapan) Allah s.w.t.

Wahai Ali ! Tanda-tanda orang taubat itu tiga :
1.Menjauhi segala yang haram.
2.Senang menuntut ilmu untuk ibadahnya kepada Allah.
3.Tidak kembali berbuat dosa, sebagaimana tidak kembalinya susu yang sudah diperas kedalamnya.

Anak anak ku,
Marilah kita beramal dan memperbaiki diri kita dengan akhlak Islam dan mematuhi semua ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Semoga dengan ini kita akan selamat hidup di dunia dan hari akhirat dan mendapat keredhaan Allah s.w.t  Waullah Hu Aklam

Friday, November 5, 2010

PERCAYALAH ALLAH SENTIASA MEMBERI KITA KEKUATAN

Anak anak ku,

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang sungguh-sungguh) beriman [139].


Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah mendapat luka yang sama (dalam perang Badr). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan). kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui oleh Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim [140].

Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir [141].

Atau adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar? [142]

Surah Ali-Imran, Ayat 139 hingga 142

Menang dan kalah dalam perjuangan selalu digilirkan oleh Allah swt, adakalanya kita menang dan ada kalanya kita kalah. Kekalahan dalam perjuangan bukan bererti kita akan kalah selama-lamanya, begitu juga menang. Kemenangan yang dicapai juga bukan bererti kemenangan selama-lamanya, akan ada giliran untuk kalah dan untuk menang. Tidak ada satu kuasa politik di atas muka bumi ini yang kekuasaannya akan kekal selama-lamanya.
Perjuangan yang menempuh kekalahan bukan juga bererti Islam itu kalah.  Jika kita belum mendapat apa yang kita pohon bukan bererti Allah meminggirkan kita. Ianya adalah ujian darinya dan insyallah kita dari golongan orang yang beriman. Orang yang kalah itu biasanya orang yang amanah dan beriman, kita mesti positifkan diri kita.
 
Waullah Hu Aklam.