MENCINTAI RASULLAULAH KEPADA MU ALLAH AKU BERSERAH

Tuesday, January 18, 2011

QUNUT NAZILAH - PENGERTIAN DAN AMALAN UNTUK ANAK ANAK KU

Anak anak ku,

Berdoalah kepada Allah insyallah Allah akan melindungimu dan mensejahterakan mu.

Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka, Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka, goncangkan pendirian mereka, Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum, Wahai Tuhan Yang bersifat Murka, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan, Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka. Amin…!



Wauallah Hu Aklam.

PENDIRIAN KU, INSYALLAH MAKBULKANLAH

Anak anak ku,

Hamba hanyalah seorang insan kerdil di atas bumi ciptaan ALLAH S.W.T..

Berjuang menegakkan kebenaran walaupun digelar penderhaka..

Asalkan hamba tidak menderhaka kepada ALLAH S.W.T dan kedua ibubapa..

Dato’ Zahid Hamidi ketika menjadi Ketua Pemuda Umno . (BH 11/2/93)  bersajak demikian.


JEBAT_BERANI :

DERHAKAKAH JEBAT MEMBELA SAUDARANYA?!,
DERHAKAKAH JEBAT MEMBELA BANGSANYA?!,
DERHAKAKAH JEBAT MEMBELA AGAMANYA?!,
DERHAKAKAH JEBAT MENEGAKKAN KEADILAN?!,
DERHAKAKAH JEBAT MEMPERJUANGKAN KEBENARAN?!,
DERHAKAKAH JEBAT MENENTANG PEMERINTAH YANG ZALIM,


DERHAKAKAH JEBAT???!!!....
PENDERHAKAKAH JEBAT???!!!.....
BIAR DIGELAR PENDERHAKA JEBAT RELA.....
BIAR DIPANGGIL PENDERHAKA JEBAT RELA.....

DARI MELIHAT AGAMA ALLAH DIKHIANATI.....
DARI MELIHAT BANGSA DITINDAS.....
DARI MELIHAT NEGARA DIGADAI....
DARI MELIHAT KEADILAN DINODAI.....
DARI MELIHAT KEBENARAN DIDUSTA...
DARI MELIHAT PEMERINTAH ZALIM BERKUASA....


PANGGILAH JEBAT DERHAKA...
PANGGILAH JEBAT PENDERHAKA...
PANGGILAH APA SAHAJA..
DEMI AGAMA,BANGSA DAN NEGARA....
JEBAT RELA DIGELAR PENDERHAKA........

Anak anak ku fahamilah kedudukkan kita sekarang kalau kita tidak menjaganya orang lain akan merebutnya dari kita.

Waullah Hu Aklam.

PERINGATAN UNTUK PEJUANG AGAMA ALLAH

Anak anak ku, Ingatilah pesanan pejuang islan Hassan Al Banna.

1. Apabila mendengar azan, maka bangunlah solat serta-merta walau dalam keadaan apa sekali pun.



2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku ilmu, pergilah ke majlis ilmu, dan amalkan zikrullah serta jangan membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3.  Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia, malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberi kebajikan.

9.  Berkenal-kenalan dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10.  Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya.

Wauallah Hu Aklam

MENGHARGAI UMUR PANJANG- INGATLAH PEMBALASAN ALLAH.

Anak anak ku,
.by Abu Basyer ,


Setiap tahun apabila sampai sahaja hari lahir, kita menyambutnya tanda kesyukuran kerana masih dipanjangkan usia, di samping bergembira, jangan lupa aspek manfaat dan kualiti amal yang kita lakukan perlu seiring dengan pertambahan usia kita. Hal ini sangat penting kerana di akhirat nanti, setiap individu akan di pertanggungjawabkan di hadapan Allah s.w.t.

Sebagaimana di dalam hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya.”
(Hadis Riwayat Tarmizi).

Anak anak ku, berdo'alah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan ni'matmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)."   (Surah Al-Ahqaf Ayat 15)

Nabi Muhammad S.A.W. dalam sebuah hadisnya yang bermaksud: “Apabila seseorang sudah mencapai usia 40 tahun, sekiranya kebaikannya tidak mengatasi keburukannya, syaitan mencium di antara kedua-dua matanya dan berkata, ‘Inilah manusia yang sangat malang’."

Sayyidina Ali r.a berkata :
"Sesungguhnya dunia ini telah berangkat pergi dan akhirat itu berangkat datang. Bagi tiap-tiap satu ada putera masing-masing. Maka jadikan dirimu putera akhirat dan bukan putera dunia. Hari ini hari 'amal tiada hisab, dan di akhirat hari hisab tiada 'amal."

Beramal dan berjihadlah untuk hari akhirat kita. Umur kita adalah singkat. Mungkin esok atau lusa kita akan berada di liang lahat.

Sayyidina Umar r.a. pernah berdoa kepada Allah yang bermaksud :
"Wahai Tuhanku, peliharalah aku dengan Islam sewaktu aku berdiri, peliharalah aku dengan Islam waktu aku duduk, peliharalah aku dengan Islam waktu aku tidur. Janganlah Engkau biarkan terhadap diriku musuh dan orang-orang yang dengki terhadap diriku"


Anak anak ku,
Imam Ali Zainal Abidin menjelaskan faktor-faktor yang dapat mengurangi umur manusia. Dia mengatakan: “Dosa-dosa yang dapat mempercepat datangnya ajal ialah memutuskan silaturahim, sumpah palsu, ucapan bohong, zina, menutup jalan orang mukmin, dan mengakui kepemimpinan yang tidak hak.” ((Maanil Akhbar, hlm. 271)


Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya ada orang yang menjalin silaturrahmi, yang sisa umurnya tinggal tiga tahun, kemudian Allah menambah umurnya menjadi tiga puluh tahu. Dan ada orang yang memutuskan silaturrahmi, yang sisa umurnya masih tiga puluh tahun, kemudian Allah menjadikan umurnya tiga tahun. Kemudian beliau membacakan firman Allah swt: ‘Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan di sisi-Nyalah terdapat Ummul Kitab’.” Ar-Ra’d/13: 39. (Safinah Al-Bihar 1: 514).

Rasulullah saw. bersabda: ‘Silaturahim mempermudah hisab dan menghindarkan diri dari kematian yang buruk.”‘

Saydina Ali bin Abi Thalib k.w berkata: “Sesungguhnya sumpah palsu, dan memutuskan tali silaturahim mengakibatkan rumah,rumah ditinggalkan oleh penghuninya.” Beliau juga mengatakan: “Aku berlindung kepada Allah dari dosa-dosa yang mempercepat kebinasaan.”

Lalu ada salah seorang yang berdiri sambil bertanya: “Wahai Ali, adakah dosa yang dapat mempercepat kebinasaan?” Beliau menjawab: “Ya, celaka engkau, memutuskan tali silaturahim.”

Waullah Hu Aklam.