MENCINTAI RASULLAULAH KEPADA MU ALLAH AKU BERSERAH

Sunday, December 19, 2010

UTAMAKANLAH ORANG YANG BERSOLAT DALAM URUSAN HIDUP MU.

Anak anak ku:

DOSA - DOSA MENINGGALKAN SOLAT FARDU
SUBUH :
Ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka. (Satu hari di akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia).


ZOHOR :
Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam.

ASAR :
Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.


MAGHRIB :
Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).

ISYAK :
Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah ini dan digesa agar mencari bumi lain.


Allah berseru kepada mereka, " Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat - nikmat-Ku." Segala gerak - gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.



Salah satu kelalaian yang sering dilakukan oleh mereka yabg bersolat adalah lalai ketika mengerjakan solat. Fokus dan tumpuan tidak diberikan semasa solat hingga menyebabkan kualiti solat yang dimiliki tidak dapat membawa seseorang untuk mencegah fasak dan mungkar. Jiwa dan hatinya kosong daripada cinta dan kasih kepada Allah kerana hakikat solat sebenarnya adalah seorang hamba yang mengadap dan berhubung dengan Tuhannya. Di saat inilah jiwa seorang Mukmin diserahkan sepenuhnya kepada Allah s.w.t.Contoh Sayyidina Ali k.w apabila anak panah yang melekat di betisnya ingin di cabut maka sahabat memilih ketika beliau sujud semasa solat. Ketika ini sedikit pun belaiu tidak merasa sakit kena sedang fana' dihadapan Allah s.w.t. Inilah cotoh khusyuk di dalam solat yang sebenarnya. Jaga waktu solat jangan sampai terlepas dari waktunya, dan kerjakanlah solat di masjid secara berjemaah dan jagalah semasa mendirikan solat supaya jangan lalai dan leka.

Marilah kita lihat seorang ulama' (ahli ibadah) bernama Hatim yang cukup menjaga wudhu' dan solatnya kepada Allah s.w.t.
Pada suatu hari, Isam menemui seorang abid bernama Hatim dan bertanya, "Wahai Abu Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu?"


Hatim menjawab, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggata dengan tujuh perkara iaitu :

1.Bertaubat.
2.Menyesali dosa yang di lakukan.
3.Tidak tergila-gila dunia.
4.Tidak mencari atau mengharap pujian orang (riya').
5.Meninggalkan sifat suka berbangga.
6.Meninggalkan sifat khianat dan suka menipu.
7.Meninggalkan sifat hasad dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada dihadapanku, Syurga disebelah belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan do'a dalam solat aku faham maknanya. Kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk. Aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan sepenuh ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.


Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.