MENCINTAI RASULLAULAH KEPADA MU ALLAH AKU BERSERAH

Wednesday, August 11, 2010

SALAM RAMADHAN

Dari sahabat saya Mohd Merza UKMS 1987

Salam Ramadhan buat semua


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu siangnya engkau sibuk berzikir

tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu

mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu

sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'

tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri

menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji

"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"

[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...

kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu

setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja

di setiap kesempatan juga masa yang terluang

alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu malammu engkau sibukkan dengan

bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..

mengadu...merintih. ..meminta belas kasih

"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU

tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang

mari kita meriahkan Ramadhan

kita buru...kita cari...suatu malam idaman

yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir

mempersiap diri...rohani dan jasmani

menanti-nanti jemputan Izrail

di kiri dan kanan ..lorong-lorong ridha Ar-Rahman


Duhai Ilahi....

Andai ini Ramadhan terakhir buat kami

jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...

menerangi kegelapan hati kami

menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi

semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...

tak akan ada manusia yang bakal mengetahui

apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya

yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah

berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

"MARHABAN YAA RAMADHAN "

Tuesday, August 10, 2010

KEADILAN BUKAN BERDASARKAN GENDER

Anak anak ku,
Dalam al-Quran, dalam Surah al-Naml Allah menceritakan tentang Permaisuri atau Ratu negara Saba’ (dikenali oleh sejarah sebagai Balqis) telah mengepalai kerajaan yang besar, yang bertindak dengan cara yang lebih bijak dari menteri-menteri lelaki dalam kerajaannya.

Firman Allah menceritakan hal ini: (setelah membaca surat itu), Ratu Saba’ berkata: “Wahai para pembesar negara! Sesungguhnya telah disampaikan kepadaku sepucuk surat yang mulia. Sesungguhnya surat itu dari Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri”. Ratu itu berkata lagi: “Wahai para pembesar negara, berilah pendapat kamu kepadaku mengenai perkaraku ini; aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir (memberi pendapat)”. Mereka menjawab: “Kita adalah orang-orang yang kuat gagah dan amat berani merempuh peperangan; dan perkara itu terserahlah kepadamu; oleh itu fikirkanlah apa yang engkau hendak perintahkan”. Ratu itu berkata: “Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan. Dan sesungguhnya aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu, apakah yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita”. (Surah al-Naml: ayat 29-35).


Di sini al-Quran meriwayatkan kebijaksaannya membuat keputusan sehingga akhirnya membawa Ratu Saba’ itu beriman dengan Nabi Sulaiman a.s. Kisah wanita yang bijak ini dirakamkan oleh al-Quran tanda wanita juga mampu membuat keputusan yang baik.

Waullah Hu Aklam

MARILAH BERTAQWA KEPADA ALLAH

Anak anak ku

Bulan Ramadan akan menjelma esok dan pergunakanlah peluang ini untuk mendapatkan 3 perkara iaitu keampunan, magfirah dan terselamat dari api neraka. Libatkan gandakan amalan amalan sunat harian mu dengan memperbanyakkan mengingati Allah. Berdoalah kepada Allah supaya sesiapa yang ingin menganiayaimu menginsafi dan menghentikan perbuatan keji dan dendam kesumat yang membara. Diri kita ini ibarat ditinggalkan ditengah tengah lautan luas dan sentiasa mengharapkan orang datang membantu kita. Allah swt hanya meminjam senafas atau  sedetik dari rahmatnya supaya kita bertaubat dan memaafkan orang lain supaya kita juga mendapatkan ikhsan dan belas rahmat darinya, Kita mudah merasakan bahawa kita cukup berkuasa dan cukup tinggi ilmu sedangkan Allah mengurniakan kuasa dan ilmu melebihi dari kita kepada orang lain. Kita bersandar atas nikmat nikmatnya dan merasakan ego kita dapat menakutkan semua orang. Kita cuba melemaskan orang lain kerana kita sentiasa merasakan pendapat kita lebih baik dari orang lain tanpa sedar untuk berpijak dibumi nyata. Mungkin kita suatu masa nanti akan berada diperingkat tertinggi kongolomerat syarikat atau organisasi kesatuan, persatuan, pucuk pimpinan negara atau pemimpin institusi keluarga tapi ingat kita akan merudum turun ke bawah jika kita tidak PERASAN akan insan yang lemah berada dibawah. Menafikan hak hak mereka.

Ketaqwaan kepada Allah adalah martabat yang lebih tinggi. Pernah seorang ahli ibadah yang beribadah 500 tahun yang sepatutnya masuk syurga, dan ahli ibadah ini  merasakan ibadahnya sudah menjamin kemasukkannya ke Surga dan meminta Allah memberikan syurga berdasarkannya. Setelah dineracakan didapati ibadahnya kosong dan dia ditolak ke neraka. Semasa Nabi Muhammad saw melalui langit ke 3 , beliau tercium bau yang sangat harum dan bertanyalah Nabi Muhammad saw  kepada Jibrail AS akan bau tersebut dan dimaklumkan oleh Jibrail AS bahawa ianya adalah bau dari Mashitah iaitu isteri Firaun iaitu bapa angkat Nabi Musa AS. Mashitah demi menegakkan agama yang dibawa sanggup terjun seisi keluarga ke dalam minyak yang panans hanya semata mata mempertahankan tauhid dan kepercayaannya.

Anak anak ku itu ,  soal taqwa dan aqidah bersangka baik dan berikhsan pada Allah adalah sebahagian dari ajaran umat islam pada penganutnya. Jangan hanya menyangka kebaikan itu dari mulut orang orang yang berdekatan pada kita. Apakah kredibiliti mereka, adakah mereka layak untuk menyaksikan kebenaran atau hanya  hendak melindungi diri dan kroni yang berbuat kesalahan dan terus membiarkan mereka melakukan kesalahan dan menganiyai orang lain kerana takutkan bayang bayang.  Inilah permulaan yang terjadi di akhir akhir zaman mempercayai orang yang melakukan kerosakkan dan maksiat dan mereka ini jadi pilihan utama untuk memimpin.

Teringat kata kata Ustaz Nazim semasa ceramah menjelang Ramadhan di Masjid KLIA semalam " anak anak kita tidak boleh mengawal diri sebaliknya mereka perlu dikawal. Kaedah terbaik ialah mempunyai pemimpin yang bertaqwa yang boleh membawa semua orang ke arah kebaikan dan melarang kejahatan "Bukalah pintu hati dan mata kepada mereka yang berjuang untuk kebaikkan". Waullah Hu Aklam. 

Sunday, August 8, 2010

BICARA MENEMUI ALLAH

Anak anak ku ingatlah saat ini nanti. Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada mereka yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada mereka yang masih hidup. ngatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah swt. Dialah Tuhan yang Maha Besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap ke hadrat Allah swt.

Wahai pulan bin si pulan, wahai pulan bin si pulan, wahai pulan bin si pulan, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa sa-nya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.Ingatlah wahai pulan bin si pulan, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau dan bimbang serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai pulan bin si pulan, bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah swt jua, sebagaimana kamu juga hamba Allah. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, kerana mereka akan menyoal kamu. Dan mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat lagi fosih serta sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu qiblatku, solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai pulan bin si pulan, tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam satu alam yang dipanggil Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar. nsaflah wahai pulan bin sipulan, bahawa sa-nya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini juga adalah benar, bangun dari kubur dan kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa sa-nya hari Kiamat tetap akan ada, begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. emoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian hanya berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang kini berdagang seorang diri di dalam kubur-mu. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

INGATLAH PESANAN

Di sini abah ingin berkongsi pandangan  dari blogger serta sertakan salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah pada 16hb Oktober 2008.Secara peribadi, kenyataan tersebut amat perlu untuk memperbetulkan kembali persepsi rakyat Malaysia terhadap hala tuju dan pegangan asas yang mesti diikuti di dalam negara majmuk ini. Tindakan sesetengah oportunis yang memperalatkan serta memperbesar-besarkan sentimen perkauman merupakan satu usaha yang tidak patut disokong sama sekali.

Yang dipertuan Agung dan Raja-raja Melayu telah bertitah dan sepatutnya selepas ini, sudah tidak ada suara-suara sumbang kedengaran lagi.Ikutilah :-

“Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

“Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.“Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

"Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini."

"Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini."“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.“Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain.""Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Kontrak Sosial.

"Kontrak Sosial ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar memperingatkan supaya isu berkaitan Kontrak Sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.“Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era prakemerdekaan, berfikiran dalam - berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka.".

"Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi raja berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.". Raja-raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.""Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok."

“Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.”
PEJABAT PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA MALAYSIA - WILAYAH PERSEKUTUAN

THE ODYSSEY- ALLAH SENTIASA MENGUJI KITA

Anak anak ku,

Abah nak cerita hal penyu, dari penyelidikan ibu penyu bertelur antara 120-160 biji setiap kali dan hanya 1% sahaja yang akan menetas dan selamat ke laut. Ini secara semulajadinya kerana yang lain lain akan diserang pemangsa daripada manusia, burung, biawak dan lain lain. Setelah anak penyu ini mentas ianya tidak dibekalkan kompas dan objetif hidup sebaliknya dipandu oleh naluri ianya akan meneruskan survival . Allah telah menunjukkan anak anak penyu itu jalan hidupnya dan begitulah juga kepada manusia. Injeksi motivasi atau muhasabah diri manusia ialah perubahan peningkatan diri. Kita hendaklah lebih baik dari hari hari sebelumnya dengan melakukan pembetulan melalui muhasabah diri. Abah ingin mengajak diri abah dan anak anak " rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara. rebut masa muda sebelum datang waktu tua, rebut masa kau sihat sebelum datang masa kamu sakit. masa kita berada, rebutlah masa kaya sebelum datang masa susah i.e. keluarkan sedekah/zakat, rebutlah masa lapang sebelum datang waktu sempit, rebutlah masa hidup sebelum datang waktu mati.

Anak anak ku buatlah persiapan jangan sentiasa berserah dengan apa yang nak jadi, iman kita kuat, teknologi kita meningkat " kata imam ghazali jika dicampak kita ke laut menjadi bulan dan campak ke tanah  menjadi benih dan janganlah trajidi hanya menjadi satu sesalan. Pekerjaan kita penting kerana Allah menyuruh kita bekerja tapi Allah tidak membenarkan kita melakukan jenayah dan menindas terlebih lagi mengutamakan orang lain jika bukan haknya. Simiskin jadi miskin dan lemah kerana mengujinya , sepandai jadi bongkak kerana ilmunya dan ingin mengujinya , si berkuasa jadi kuat kerana Allah ingin mengujinya tetapi jangan kita lupa anak anak ku simisikin, sikaya, si berkuasa, si pandai aoat si bodoh ada putarannya. Jadi kembalilah ke pangkal jalan dan jangan malu merenmdahkan diri dan membuat pembetulan. Merendahkan diri dan hormatilah pandangan orang lain kerana Allah tidak memberikan martabat kesempurnaan itu sama pada setiap makluknya.

Waullah Hu Aklam