MENCINTAI RASULLAULAH KEPADA MU ALLAH AKU BERSERAH

Tuesday, August 10, 2010

MARILAH BERTAQWA KEPADA ALLAH

Anak anak ku

Bulan Ramadan akan menjelma esok dan pergunakanlah peluang ini untuk mendapatkan 3 perkara iaitu keampunan, magfirah dan terselamat dari api neraka. Libatkan gandakan amalan amalan sunat harian mu dengan memperbanyakkan mengingati Allah. Berdoalah kepada Allah supaya sesiapa yang ingin menganiayaimu menginsafi dan menghentikan perbuatan keji dan dendam kesumat yang membara. Diri kita ini ibarat ditinggalkan ditengah tengah lautan luas dan sentiasa mengharapkan orang datang membantu kita. Allah swt hanya meminjam senafas atau  sedetik dari rahmatnya supaya kita bertaubat dan memaafkan orang lain supaya kita juga mendapatkan ikhsan dan belas rahmat darinya, Kita mudah merasakan bahawa kita cukup berkuasa dan cukup tinggi ilmu sedangkan Allah mengurniakan kuasa dan ilmu melebihi dari kita kepada orang lain. Kita bersandar atas nikmat nikmatnya dan merasakan ego kita dapat menakutkan semua orang. Kita cuba melemaskan orang lain kerana kita sentiasa merasakan pendapat kita lebih baik dari orang lain tanpa sedar untuk berpijak dibumi nyata. Mungkin kita suatu masa nanti akan berada diperingkat tertinggi kongolomerat syarikat atau organisasi kesatuan, persatuan, pucuk pimpinan negara atau pemimpin institusi keluarga tapi ingat kita akan merudum turun ke bawah jika kita tidak PERASAN akan insan yang lemah berada dibawah. Menafikan hak hak mereka.

Ketaqwaan kepada Allah adalah martabat yang lebih tinggi. Pernah seorang ahli ibadah yang beribadah 500 tahun yang sepatutnya masuk syurga, dan ahli ibadah ini  merasakan ibadahnya sudah menjamin kemasukkannya ke Surga dan meminta Allah memberikan syurga berdasarkannya. Setelah dineracakan didapati ibadahnya kosong dan dia ditolak ke neraka. Semasa Nabi Muhammad saw melalui langit ke 3 , beliau tercium bau yang sangat harum dan bertanyalah Nabi Muhammad saw  kepada Jibrail AS akan bau tersebut dan dimaklumkan oleh Jibrail AS bahawa ianya adalah bau dari Mashitah iaitu isteri Firaun iaitu bapa angkat Nabi Musa AS. Mashitah demi menegakkan agama yang dibawa sanggup terjun seisi keluarga ke dalam minyak yang panans hanya semata mata mempertahankan tauhid dan kepercayaannya.

Anak anak ku itu ,  soal taqwa dan aqidah bersangka baik dan berikhsan pada Allah adalah sebahagian dari ajaran umat islam pada penganutnya. Jangan hanya menyangka kebaikan itu dari mulut orang orang yang berdekatan pada kita. Apakah kredibiliti mereka, adakah mereka layak untuk menyaksikan kebenaran atau hanya  hendak melindungi diri dan kroni yang berbuat kesalahan dan terus membiarkan mereka melakukan kesalahan dan menganiyai orang lain kerana takutkan bayang bayang.  Inilah permulaan yang terjadi di akhir akhir zaman mempercayai orang yang melakukan kerosakkan dan maksiat dan mereka ini jadi pilihan utama untuk memimpin.

Teringat kata kata Ustaz Nazim semasa ceramah menjelang Ramadhan di Masjid KLIA semalam " anak anak kita tidak boleh mengawal diri sebaliknya mereka perlu dikawal. Kaedah terbaik ialah mempunyai pemimpin yang bertaqwa yang boleh membawa semua orang ke arah kebaikan dan melarang kejahatan "Bukalah pintu hati dan mata kepada mereka yang berjuang untuk kebaikkan". Waullah Hu Aklam. 

No comments: