MENCINTAI RASULLAULAH KEPADA MU ALLAH AKU BERSERAH

Saturday, June 19, 2010

KISAH PEMANGKU RAJA PART 1

Anak Anak ku, Satu kisah di sebuah negara berdaulat,
Memanda Bendahara dititahkan agar segera mengadap pemangku raja memandangkan Tuanku kini berada di atas sebuah katamaran yang menelusuri Karambunai. Percutian tuanku amat penting bagi mencari idea baru membangunankan keberkesanan organisasi kesultanan ini.Tergegas gegaslah paduka menteri ke istana kayangan dan mendapati semua barisan menteri telah berkumpul dimana dihadapan sekali Zebra yang mendatangkan titah derhaka kepada Raja.

Ampun Tuanku, sembah patik beribu ampun kata memanda Bendahara. Apakah gerangan yang mengusik fikiran dan apakah ada seranagan dari organisasi yang lain...sembah patik beribu ampun. Sahabat ku memanda bendahara " telah lama kita bersabda dan telah lama kita hidup bersama kini beta terasa si Zebra sedang mengacah acah hamba. Apakah gerangan agaknya adakah ianya ujian dari Tuanku Raja sejauh mana IO beta. Telah banyak negara beta merantau dan telah banyak  beta menemui rakyat jelata dan berbagai strategik plan, business plan dan SWOT analisis beta persembahkan namun persoalan kecil dari Si Zebra ini mengganggu gugat pertimbangan beta. Jikalau ianya sekadar kisah "Nujum Pak Belalang" dah beberapa kali beta hatam akan ia. Memanda Bendahara apa buah fikiran beta hendak disumbatkan si Zebra ke dalam penjara kerana memalukan beta atau dipancung sahaja agar jadi pengajaran pada semua. Melihatkan senyum dan giginya yang terkeluar dari barisanpun seolah olah mengejek beta. Inikah kesempatan si Zebra ingin menunjukkan kepandaiannya. Memanda Bendahara beta telah merujuk pada consultant dan beliau ingin menasihati beta akan berbuat sepertimana buah fikirannya. Apa pendapat memanda sahabatku.

Friday, June 18, 2010

MEMBUAT KEPUTUSAN

Buat Anak Anak ku,
Seronok juga bila difikirkan semula betapa susahnya kita hendak membuat keputusan. Kadangkala kita mengambil masa yang singkat, berberapa  saat atau beberapa minit dan kadangkalanya memakan masa berhari hari, berminggu, berbulan , bertahun dan ada masanya tiada keputusan. Sesaorang pemimpin perlu sentiasa membuat keputusan dan pilihan yang ada hanya dua YA atau TIDAK. Jika beliau seorang yang berkaliber beliau tidak perlu banyak bertangguh melainkan beliau bukanlah seorang yang selayaknya jadi seorang pemimpin. Pemimpin yang bijaksana selain dari bertunjangkan fikiran yang sedia ada dia didorong oleh "instict" dan membuat keputusan.  Beliau  mesti BERTAWAKKAL terhadap keputusannya dan jangan menjadi zalim. Waullah Hu Aklam.

Tuesday, June 15, 2010

ULAR MENYUSUR AKAR TIDAK HILANG BISANYA

Buat Anak Anak ku,

Kadangkala pelik bin ajaib bila memikirkan saat saatbila dilanda kesusahan barulah kita mengingati yang maha esa. Dikala kesempitan hidup barulah kita teringat akan kedaifan insan yang lebih rendah satusnya dari kita. Hamba ini merasakan terlalu tersiksa kerana bantuan yang diberikan dibalas dengan tuba malah orang mulai menyangka angkara durjana itu bermula dari hamba yang tidak berdosa. Saya percaya setiap yang dilakukan itu tidak akan ada kerugiannya walau tercacat cela dipandang manusiatidak menjadi apa apa asalkan disisi Allah SWT kita dipandang mulia. Insyallah

Waullahu aklam

Monday, June 14, 2010

MENGENALI PERJUANGAN

Buat Anak Anak ku,

Bila kita berbicara tentang kehidupan kita terfikir bagaimana kita boleh dijadikan Allah sebagai salah satu makhluk pilihannya. Kita tidak menjadi burung, reptilia, ikan, serangga atau antropod lain. Bila saintis mengatakan manusia adalah mamalia kerana berdarah panas dan menyusukan anak ianya mengubah persepsi betapa dari awal kehidupan sains ini kita meletakkan diri kita diparas yang sama dengan haiwan iaitu mamalia. Benar kadangkala kita terfikir hendak menjadi binatang... Nauzubillahhiminzalik.

Wajarkah ,martabat diri direndahkan oleh diri kita sendiri.   Tepuk data tanya hati kecil...Waullahu aklam.