MENCINTAI RASULLAULAH KEPADA MU ALLAH AKU BERSERAH

Saturday, June 19, 2010

KISAH PEMANGKU RAJA PART 1

Anak Anak ku, Satu kisah di sebuah negara berdaulat,
Memanda Bendahara dititahkan agar segera mengadap pemangku raja memandangkan Tuanku kini berada di atas sebuah katamaran yang menelusuri Karambunai. Percutian tuanku amat penting bagi mencari idea baru membangunankan keberkesanan organisasi kesultanan ini.Tergegas gegaslah paduka menteri ke istana kayangan dan mendapati semua barisan menteri telah berkumpul dimana dihadapan sekali Zebra yang mendatangkan titah derhaka kepada Raja.

Ampun Tuanku, sembah patik beribu ampun kata memanda Bendahara. Apakah gerangan yang mengusik fikiran dan apakah ada seranagan dari organisasi yang lain...sembah patik beribu ampun. Sahabat ku memanda bendahara " telah lama kita bersabda dan telah lama kita hidup bersama kini beta terasa si Zebra sedang mengacah acah hamba. Apakah gerangan agaknya adakah ianya ujian dari Tuanku Raja sejauh mana IO beta. Telah banyak negara beta merantau dan telah banyak  beta menemui rakyat jelata dan berbagai strategik plan, business plan dan SWOT analisis beta persembahkan namun persoalan kecil dari Si Zebra ini mengganggu gugat pertimbangan beta. Jikalau ianya sekadar kisah "Nujum Pak Belalang" dah beberapa kali beta hatam akan ia. Memanda Bendahara apa buah fikiran beta hendak disumbatkan si Zebra ke dalam penjara kerana memalukan beta atau dipancung sahaja agar jadi pengajaran pada semua. Melihatkan senyum dan giginya yang terkeluar dari barisanpun seolah olah mengejek beta. Inikah kesempatan si Zebra ingin menunjukkan kepandaiannya. Memanda Bendahara beta telah merujuk pada consultant dan beliau ingin menasihati beta akan berbuat sepertimana buah fikirannya. Apa pendapat memanda sahabatku.

No comments: