MENCINTAI RASULLAULAH KEPADA MU ALLAH AKU BERSERAH

Tuesday, February 22, 2011

SEMBILAN PERSOALAN DIRI

Anak anak ku, Petikan dari Ustaz Abu Basyer,
Semuga kita dirahmati Allah,
Setiap kejadian yang berlaku dimuka bumi dan kepada diri manusia semuanya mengandungi hikmah dan Allah S.W.T. Maha Mengetahui setiap apa yang diciptakan dan ditakdirkan-Nya.Manusia perlu bersabar dan bertenang dan mencari kebaikan dan hikmah dibalik setiap peristiwa yang berlaku. Dari sinilah akan melahirkan jiwa yang reda dengan Qadak dan Qadar dan bersyukur di atas nikmat dan rahmat daripada Allah S.W.T.

Terdapat sembilan persoalan yang sering dikemukakan oleh manusia kepada Allah S.W.T. dan Dia menjawannya di dalam al-Quran.

Soalan pertama : Kenapa aku diuji?
Quran menjawab : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja
mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut ayat 2-3).

Soalan kedua : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".(Surah al-Baqarah ayat 216)

Soalan ketiga : Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab : "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".(Surah al-Baqarah ayat 286)

Soalan keempat : Kenapa kita rasa kecewa?
Quran menjawab : "Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman".(Surah Ali Imran ayat 139)

Soalan kelima : Bagaimana harus aku menghadapi kesusahan ini?
Quran menjawab : "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat , dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk".(Surah al-Baqarah ayat 45)

Soalan keenam : Kepada siapa aku berharapQuran menjawab : "Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal".(Surah at-Taubah ayat 129)

Soalan ketujuh : Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Al Quran menjawab : "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka".(Surah at-Taubah ayat 111)

Soalan kelapan : Aku tak tahan dengan ujian ini!
Quran menjawab : "...dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir".(Surah Yusuf ayat 12)

Soalan kesembilan : Sampai bila aku akan merana begini?
Quran menjawab : "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan".(Surah al-Insyirah ayat 5-6)

Begitulah sembilan soalan dan semuanya telah diberi jawapan oleh al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran adalah mukjizat daripada Allah S.W.T kepada semua hamba-hamba-Nya. Apabila kita dapat memahami hikmah dibalik semua kejadian di dunia ini, maka hati kita akan menjadi tenang dan yakin dengan janji-janji Allah S.W.T. yang dinyatakan-Nya di dalam al-Quran.

Firman Allah maksudnya : "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ".(Surah Al-Hadid ayat 22)

Dalam ayat yang lain Allah berfirman maksudnya : "Tidak luput darpada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata (loh mahfuz). " Surah Yunus ayat 61). Waullah Hu Aklam

PERINGATAN ALLAH PART 1

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Anak anak ku yang dirahmati Allah,

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah S.W.T. kerana masih lagi diberi-Nya peluang untuk menikmati kurniaan-Nya yang tidak terhingga di sekeliling kita. Di sana ada kurnia yang paling tinggi dan besar menjadi penentu kebahagiaan hidup kita di alam fana ini seterusnya negeri akhirat iaitu iman dan Islam.
Kesemua ini ada hikmahnya di sisi Allah S.W.T. kerana Dia sentiasa mendengar doa dan rintihan para hamba-hamba-Nya yang di zalimi.

Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang di zalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara." (Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)

Dari Khuzaimah bin Thabit r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : " Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang di zalimi. Allah S.W.T. berkata maksudnya : 'Demi kemulian dan keagunganKu, Aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama."

(Hadis riwayat Tabrani - sanad hasan

Kebanyakkan bala yang diturunkan Allah S.W.T adalah disebabkan dosa besar dan maksiat yang dilakukan berterusan tanpa ada yang menegurnya dan ianya dibiarkan berlaku tanpa sekatan. Oleh itu marilah kita menginsafi diri kita dan kembali kejalan Allah dan sentiasa bertaubat kepada-Nya.

Pertama : Allah ingin memperingatkan manusia bahawa Dia berkuasa melakukan sesuatu pada bila-bila masa sahaja. Allah boleh menggerakkan sebahagian daripada makhluknya untuk peringatan kepada manusia. Antara makhluk Allah adalah laut, angin, haba, hujan atau gunung-gunung. Ilmu yang Allah berikan kepada kita amat sedikit sehingga kita tidak mampu meramal dengan tepat.


Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya, Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang. Dengan yang demikian, dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)? "( Surah Al-Haqqah ayat 6 – 8 )

Kedua : Allah mahu manusia mengenali diri dan sedar akan kemampuan Allah Yang Maha Agung. Manusia diingatkan bahawa yang lebih kekal adalah akhirat. Jangan angkuh dengan apa yang dimiliki kerana ia akan ditarik sekelip mata dan menjadikan kita merana dalam keadaan penuh hina. Mereka dialpakan dengan habuan dunia serta menganggap mati itu masih jauh lagi. Allah ingin mengingatkan, kudrat mausia itu sangat lemah dan rapuh.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : "Orang yang paling menyesal pada hari kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa."

Ketiga : Allah ingin mengingatkan manusia tentang kemusnahan total yang bakal berlaku. Dunia ini akan digoncang pada hari kiamat dan manusia jadi tidak menentu serta bingunglalu hancur bersama harta-harta mereka. Gempa tsunami Acheh hanya pada 9.0 skala Richter. Bagaimana pula jika berlaku pada skala 29 atau 30 skala Richter? Maka bumi yang sangat kecil ini akan musnah dalam masa tiga hingga empat minit sahaja! Bukit dan gunung ganang akan hancur menjadi debu. Bacalah al-Quran yang banyak menceritakan tentang apa yang bakal berlaku dan pasti berlaku.Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : “Dan (ingatlah) hari (ketika) ditiup sangkala, maka terkejutlah segala yang ada dilangit dan segala yang dibumi, kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Dan semua mereka datang menghadapi-Nya dengan merendahkan diri.” (Surah an-Naml ayat 87).

Sesudah sangkala ditiup, semua manusia berada dalam kadaan huru hara dan sangat terkejut, setiap orang membawa diri masing-masing untuk menyelamatkan diri sendiri.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :“Dan apabila datang suara yang memekakkan (tiupan sangkala yang kedua) pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, dan dari ibu bapanya, dan dari isteri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya.”(Surah ‘Abasa ayat 33 – 37)

Keempat : Paling penting dari kejadian bencana ialah Allah mahu mengingatkan manusia yang sesat dan enggan bertaubat agar kembali kepada ajaran Islam. Apakah perlu diturunkan bala di depan mata untuk membuatkan mereka sedar, itu pun jika mampu membuat mereka insaf dalam erti kata sebenar?

Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : “Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar berfirman : “Aku menurut dugaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya ketika ia ingat kepadaKu. Demi Allah, sungguh Allah lebih suka kepada taubat hambaNya dari pada salah seorang di antaramu yang menemukan barangnya yang hilang di padang. Barangsiapa yang mendekatkan diri kepadaKu sejengkal maka Aku mendekatkan diri kepadanya sehasta. Dan barangsiapa yang mendekatkan diri kepadaKu sehasta, maka Aku mendekatkan diri kepadanya satu depa. Apabila ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari kecil. (Hadis Riwayat Muslim

Waullah HU Aklam,,,anak anak ku jangan lupa.