MENCINTAI RASULLAULAH KEPADA MU ALLAH AKU BERSERAH

Friday, June 25, 2010

PERTAHANAN YANG TERBAIK

Buat Anak Anak ku,

Pertahanan yang paling baik ialah berasaskan pemahaman terhadap nilai nilai murni agama yang sentiasa mengajak kepada beberbuat baik sesama insan. Islam mengajak umatnya supaya bersabar dalam menghadapi segala kesusahan dan rintangan. Bertahan atau bersifat defensive bukan bermakna menyetujui akan kemungkaran yang berlaku di hadapan mata atau memekakkan telinga tanpa berkata apa apa. Mengambil  sedikit nafas dan berfikir sejenak untuk strategi baru adalah permulaan kepada benteng pertahanan seterusnya. Mengambil wudhu dan solat menghadapkan muka pada yang maha esa insyallah akan memberikan kita perisai dari yang maha esa.Being resistance and resiliant will ensure that you will go through the strong wind and once its subside we can reorganize again.

Waullahu Aklam

Wednesday, June 23, 2010

MINDA YANG TERBUKA- THE RIGHT PERSON FOR THE RIGHT JOB

Buat Anak Anak ku,
Segalanya bermula dari minda yang diberikan oleh Allah SWT. Mindalah yang bercakap dan berbisik pada nafsudan kemudian bermulalah episod episod dari segala yang akan berlaku.Minda yang jumud menyebabkan terhentinya proses berfikir dan telunjuk akanmula menguasai permainan tersebut. Minda yang ada adalah sepertimana kata iklan susu jika ianya tidak berhubung, tiada connectivity maka ianya seperti sel sel yang akan mati kesudahannya. Katak dibawah tempurung tidak dapat melihat dunia luar begitu juga katak yang berada didalam  balang kaca yang dipanaskan itu akan mati secara perlahan lahan jika ia tidak mampu mengesan perubahan sekelilingnya.

Mindalah yang membawa perubahan pada makhluk samada ianya hendak berada ditempat teratas atau tercorot. Minda jugalah yang maha perkasa mengangkat martabat dan mengakui keesaan Allah SWT sebaliknya mindalah yang celaka menjadi "free thinker" atau memberi kesamarataan bukan pada tempatnya dan menzalimi mereka yang berhak. Jadi  BENAR kah  apa yang dikatakan oleh minda setiap masa.

Waullah Hu Aklam.

Monday, June 21, 2010

PENGALAMAN ADALAH ILMU DAN MAUT ADALAH SEMPADAN KEHIDUPAN

Anak Anak ku,
Suatu ketika dahulu pengalaman adalah ilmu yang sangat penting bagi membezakan sesaorang yang mahir dan orang yang baru belajar. Semua orang memandang tinggi akan keupayaan tukang atau disebut pandai besi- tukang besi, pandai kau- tukang kayu besi dan lain lain yang memartabatkan keahlian sesaorang. Zaman berubah namun kosa katanya saja yang berubah tetapi terasnya tetap sama. Orang yang pandai didalam sesuatu bidang disebut professional dan dikategorikan mengikut kelulusan yang dimiliki dari serendahnya SIJIL ke PHD.  Kalau dahulu dibidang  ugama kita menyanjung ustaz, kiyai, alim ulama dan tok tok guru kini kita memulakan pengasingan ilmu  ugama dan ilmu dunia- pekerjaan. Sedikit demi sedikit kita mempercayai lojik dan rasional mengatasi segalanya sepertimana pendapat majoriti mengatasi pendapat minoriti. Dimanakah keadilan  yang dimsa sukar dan susah kita laungkan.

Kalau boleh biar MAUT sahaja menjadi pemisah mereka dengan dunia pekerjaan. Bila masanya kita ingin bertaubat dan mulakan dakwah bagi memastikan generasi muda pelapis mengamarahkan masjid, surau dan tempat ibadah dan majlis ilmu kerana mereka sendiri adalah golongan yang kerap sibuk dengan duniawi. Waullah Hu Aklam.