MENCINTAI RASULLAULAH KEPADA MU ALLAH AKU BERSERAH

Monday, June 21, 2010

PENGALAMAN ADALAH ILMU DAN MAUT ADALAH SEMPADAN KEHIDUPAN

Anak Anak ku,
Suatu ketika dahulu pengalaman adalah ilmu yang sangat penting bagi membezakan sesaorang yang mahir dan orang yang baru belajar. Semua orang memandang tinggi akan keupayaan tukang atau disebut pandai besi- tukang besi, pandai kau- tukang kayu besi dan lain lain yang memartabatkan keahlian sesaorang. Zaman berubah namun kosa katanya saja yang berubah tetapi terasnya tetap sama. Orang yang pandai didalam sesuatu bidang disebut professional dan dikategorikan mengikut kelulusan yang dimiliki dari serendahnya SIJIL ke PHD.  Kalau dahulu dibidang  ugama kita menyanjung ustaz, kiyai, alim ulama dan tok tok guru kini kita memulakan pengasingan ilmu  ugama dan ilmu dunia- pekerjaan. Sedikit demi sedikit kita mempercayai lojik dan rasional mengatasi segalanya sepertimana pendapat majoriti mengatasi pendapat minoriti. Dimanakah keadilan  yang dimsa sukar dan susah kita laungkan.

Kalau boleh biar MAUT sahaja menjadi pemisah mereka dengan dunia pekerjaan. Bila masanya kita ingin bertaubat dan mulakan dakwah bagi memastikan generasi muda pelapis mengamarahkan masjid, surau dan tempat ibadah dan majlis ilmu kerana mereka sendiri adalah golongan yang kerap sibuk dengan duniawi. Waullah Hu Aklam.

No comments: