MENCINTAI RASULLAULAH KEPADA MU ALLAH AKU BERSERAH

Monday, January 10, 2011

BACAAN TAKBIR KE 3 DAN KE 4 -JENAZAH

Anak anak ku hafallah

Takbir ketiga berdoa untuk si mati.


أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampunganya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik, suami isteri yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.”

Takbir keempat berdoa untuk si mati lagi.

أَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ

“Ya Allah, janganlah Engkau haramkan permohonan kami untuk kebajikannya dan janganlah Engkau membiarkan kami di timpa fitnah setelah ketiadaannya dan ampunkanlah kami dan dia juga rakan kami yang terdahulu beriman dan janganlah Engkau sematkan perasaan hasad dengki kedalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau bersifat pengasih dan penyanyang.”

Memberi salam ke kanan dan ke kiri.     اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ

Bacaan sesudah salam

1.Surah Al-Ikhlas 3 kali. 2.Surah Al-Falaq 1 kali.  3.Surah An-Nas 1 kali.  4.Surah Al-Fatihah 1 kali. 5.Surah Al-Baqarah ayat 1-5.  6.Ayat Kursi 1 kali. 7.Doa yang sesuaiak anak ku, hafallah untuk diri mu jua.

Sunday, January 9, 2011

JANGAN MARAHKAN NYAMUK.

Anak anak ku,
Abah meminjam tulisan kata kata dari blog Dr Ridzuan Tee sangat2 menarik dan ambilah ikhtibarnya

Katanya "Saya amat pelik dengan politik orang Melayu, hanya kerana kita tidak sukakan seseorang, kita rela bakar jambatan. Marahkan seekor nyamuk kelambu dibakar, kepentingan umat Islam tergadai.


Masa banyak terbuang memikirkan dan membincangkan cara-cara untuk menyingkirkan mereka. Kenapa tidak menjadikan orang yang kita tidak suka kepada orang yang kita suka? Sedang mereka ini seagama dan sebangsa. Cuma latar belakang dan pendirian sahaja berbeza, yang semestinya tidak dapat dielakkan, selagi bergelar manusia.

Saya masih teringat kata-kata semangar Zig Ziglar (2000), kita mungkin berkawan (berkahwin) dengan orang yang kita tidak suka, tetapi jika kita layan dia seperti orang yang kita suka, maka akan berakhir dengan kesukaan atau perdamaian. Sebaliknya, kita mungkin berkawan dengan orang yang kita suka, tetapi jika kita layan dia seperti orang yang kita tidak suka, maka ia akan berakhir dengan berantakan. Kata kuncinya adalah, bagaimana dan cara layanan kita kepada seseorang itu, bukan batang tubuhnya.

Hari ini, kita masih mempraktikkan politik rimba. Batang tubuh seseorang itu menjadi sasaran, bukannya idea, bakat dan kemahirannya.
Pada saya personaliti ini tidaklah terlalu penting berbanding dengan kepentingan yang lebih besar. Logiknya, dalam demokrasi, rakyat yang memerhatikan mereka. Mereka tidak boleh berlagak dengan jawatan. Jawatan itu adalah amanah.

Raja dan pemerintah juga adalah hamba Allah. Apa yang kita buat, tetap akan dihisab akhirat nanti. Saya tidak yakin, mereka ingin menempat tiket ke neraka dengan melakukan perbuatan matlamat menghalalkan cara.

Kita tidak mahu wujud keadaan, gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah. Apa yang hendak ditakutkan, kuasa mereka tidak mutlak. Mereka adalah kalangan segelintir yang bernasib baik. Mungkin mereka mempunyai idea yang baik yang boleh dipergunakan, daripada walaupun ada, tetapi langsung tidak berguna atau tidak boleh digunakan.

Kenapa kita tidak mengambil iktibar atau belajar dari orang lain. Lihatlah bagaimana syarikat dan NGO bukan Islam bekerja. Dalam institusi mereka, ada macam-macam kepala dan pemikiran politik. Mereka tidaklah bergaduh seperti kita. Tetapi bakat dan kebolehan mereka dipergunakan. Yang paling penting adalah gabungan kekuatan, kelebihan dan kepakaran yang ada. Mereka yang paling lantang memperjuangkan nasib bangsa, maka merekalah yang akan dilantik dan dipilih menduduki hiraki yang paling tinggi.

 Apa yang menjadi isu di sebalik sebenarnya? Fikirlah sendiri. Saya sudah letih mengutarakan persoalan-persoalan sebegini untuk direnungkan.


Jikalau Nabi Muhammad SAW boleh mengikat janji dan berkongsi kuasa dengan musuh tradisi Islam iaitu bukan Islam Madinah, demi kepentingan Islam. Kenapa tidak kita? Kita tidak boleh bersendirian hidup dalam sebuah negara bermasyarakat majmuk, berbilang agama dan budaya. Kita memerlukan mereka seperti mereka memerlukan kita. Tetapi janganlah kerana keperluan tersebut, maka maruah agama dan bangsa tergadai?

Waullah Hu Aklam