MENCINTAI RASULLAULAH KEPADA MU ALLAH AKU BERSERAH

Thursday, February 3, 2011

CAIRKAN DENDAM KITA MAAFKAN SAUDARA DAN SAHABAT KITA

HATI YANG BAIK BILA KITA MELUPAKAN DENDAM


Anak anak ku,
Catatan dari kuliah tuan guru.

Adakah kita akan bertemu di akhirat jika di dunia kita tidak dapat berjumpa. Sudahkah kita meminta ampun terhadap kesalahan kita. Apakah yang terbaik telah kita lakukan semasa anak anak, isteri , suami , jiran taulan dan sahabat handai. Apa kata sebelum nyawa dan nafas terakhir ini kita gunakan untuk melakukan ibadah dan membetulkan kesilapan kita. Bolehkah hati kita yang keras itu dilembutkan, hati yang umpama besi itu dicairkan sebelum kita menghadap azali. Berubahlah dan berusaha berubahlah memaafkan.

Anak anak ku.
Adakah kita berpuas hati jika orang atau saudara seislamnya yang dibenci dan didendaminya meninggal dunia. Kenapa kita masih mahu berdendam dan lupa bahawa kita juga manusia yang khilaf. Berilah peluang pada orang orang yang kita benci membetulkan kesilapan mereka. Bila kita sudah berjaya dan hebat kita mula rasa malu dan tidak mahu memaafkan kesilapan orang bawahan dan ahli ahli keluarga kita. Kewajipan untuk memaafkan itu terletak pada diri dan bahu kita anak anak ku.

Selama kita hidup jika hendak Berjaya adakah kita akan sentiasa mengingatkan dendam dan berterusan melakukan sesuatu kerana dendam. Masya Allah maka marilah kita anak anak ku leburkan dendam dan maafkan orang orang sekeliling sebelum nyawa kita bercerai dari badan. Insyallah hendaklah kita berbicara dengan berhikmah dan latihlah lidah dengan zikir dan mulai mendampingi orang orang yang baik akhlaknya. Sentiasalah bermuzakarah dan percaya kebenaran itu akan mengatasi kebatilan. Jangan cuba menutup keburukan sesaorang dengan alas an menyembunyikan aib, kesilapan perlu dibetulkan.

Ingatkan akan pesanan Nabi Muhammad SAW, “orang yang baik ialah orang yang makan apa yang ada dihadapannya”, justeru itu marilah kita bersama sama :-

1. Lidah yang menegur kebaikkan dengan berhikmah.
2. Lidah sentiasa menyatakan kebenaran walaupun pahit.
3. Lidah yang tidak mengadu domba.

Waullah Hu Aklam.

No comments: