MENCINTAI RASULLAULAH KEPADA MU ALLAH AKU BERSERAH

Sunday, August 22, 2010

BERIBADAHLAH KEPADA ALLAH

Dipetik dari blog sahabat
Ibadah Dalam Islam.” Definasi Ibadah

Dari segi bahasa “ibadah” bererti merendah diri, tunduk, patuh dan taat. Dari segi syara’ “ibadah” diertikan sebagai taat, tunduk patuh dan merendah diri sepenuhnya kepada Allah. Sheikh Ibn. Taimiyah pula menyatakan, “Ibadah asal maknanya kehinaan, tetapi ibadah yang diperintah Allah atau yang disyariatkan ke atas manusia merangkumi makna kehinaan dan kecintaan bersama iaitu kemuncak kehinaan diri seseorang bila berhadapan dengan Allah dan kemuncak kecintaannya kepadanya.

Al-Tabari pula, menjelaskan maksud ibadah iaitu khusu’ kepadanya, merendah diri dan tetap hati kepadanya. Sebagai kesimpulan ibadah bermaksud merangkumi segala perkara yang disukai Allah dan diredhaiNya, sama ada keyakinan, sikap, perkataan, amal perbuatan, zahir atau batin. Dalam kata lain ibadah ialah segala aktiviti manusia yang zahir dan batin dalam mengerjakan sesuatu perkara atau meninggalkannya semata-mata dengan niat mencari keredhaan Allah.

Firman Allah yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman Makanlah rezeki Yang balk Yang Kami berikan kepadamu. Dan bersyukurlah kepada Allah jika kepadaNya kerana beribadah. (Al-Baqarah: 172)1

“katakanlah Akan kuberitakan -kepadamu tentang pembalasan Allah yang lebih buruk dari itu yang dikutuki Allah dan dimurkaiNya, ada yang diadikan-Nya kara, ada yang dijadikan-Nya babi dan menyembah taghut” (Al-Maidah: 60)
 
Ciri-Ciri ‘Ibadah Dalam Islam
1. ‘Ibadah hanya dikerjakan semata-mata kerana Allah
Al-Quran menitikberatkan bahawa ‘ibadah itu hendaklah dilakukan kerana Allah semata-mata.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan Rabmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia (Al-Isra’ 23.)

“Ia telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia. (Yusuf 40)

“Barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhan-Nya maka hendaklah ia mengerjakan ‘amal yang salih dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya. (Al-Kahfi: 110)

Oleh itu segala tindakan yang dilakukan oleh manusia mestilah diniatkan semata-mata kerana Allah. Untuk mengawal asas dan dasar ini, Islam menegah setiap perbuatan atau tindakan yang boleh mendatangkan maksud penyembahan sesama manusia atau pun membuka jalan untuk mengelirukan pengertian ‘ibadah yang semestinya dikhususkan hanya kepada Allah.

No comments: