MENCINTAI RASULLAULAH KEPADA MU ALLAH AKU BERSERAH

Wednesday, August 25, 2010

SALAHKAH KALAU KITA MEMPUNYAI PENDAPAT BERBEZA

Anak anak ku,

Apakah tawaran yang lebih baik ?. Menjadi yang diperhatikan setiap masa atau diberi kebebasan untuk memerhatikan hal hal sekeliling. Sejak keluar dari rahim ibu semua insani meminta simpati akan kebebasan. Sometimes guts is required and many are afraid when other got gut to crtitisize. Kritikan yang menjadi kebetulan menimbulkan amarah orang yang tersentuh hatinya kerana tidak percaya saat kejatuhan mereka mulai mendatang. Bila doa doa orang yang teraniya dimakbulkan ALLAH. Tatkala  kata pepatah " anak anak ikan kecil menjadi makanan ikan ikan besar". dan sikap dingin pemimpin sepertimana kebiasaan " anak harimau diajar makan daging" , sukar sekali menerima hakikat putaran alam sepertimana " anak kera pula diajar memanjat" kata mereka maka "anak badak jangan dihambat hambat". Abah tidak memulakan revolusi tetapi ingin mengubah sikap dan tradisi yang menenggelami cara berfikir ke hadapan yang tidak sesuai untuk kita maju dalam era persaingan kemahiran, tingkatan akademik dan kememimpinan berdasarkan meritokrasi.

Anak anak ku, INGATLAH AMANAT ABAH, akan sering ada pihak yang berkata " jangan diberi langsung kesempatan atau peluang" bila ada yang boleh menggugat untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dalam persaingan yang sihat. Ad kalangan manusia tidak mahu mengetahui hujung pangkal segala perilaku hanya menjadi pak turut dan "anjing yang buruk kepala" membenarkan diskriminasi bermaharaja lela.. Sampai kiamat, meraka tidak akan mempercayai "suara yang sumbang" yang meyatakan kekurangan atau mencalarkan reputasi anak manja didikan mereka. Mudah bagi mereka mempercayai sesuatu walaupun kelakuan anak manja tadinya berada diluar batasan kemanusiaan. Anak anak ku perintah dan balasan Allah tidak menunggu taubat dan perlulah kita mendoakan mereka sebelum Allah menimpakan musibah dan barulah mereka akan tengadah. Mereka telah menjadi pendendam yang hebat. KEGEMBIRAAN melihat hasrat anak manja tercapai dengan ampuan dan pertolongan mereka.   

Anak anak ku SEDARLAH dan DOAKAN kebaikan untuk mereka dari sudut akhlak supaya mereka bisa menerima hakikat kufu dan perbedaan kerana TIDAK ADA YANG KEKALdi dunia ini , insyallah Allah akan memebri balasan baik kepada mu. Semuga Allah membukakan pintu hati melihat kita dari sudut pandangan yang berbeza, mencungkil kejayaan kita kerana golongan yang membenci tidak akan mengiktiraf kejayaan kita anak anak ku.

Anak anak ku, kita tidak hidup dalam dunia yang ceria sentiasa dimana inilah bumi dimana kita berpijak dan berteduh. Marilah kita merindui akan tempat dimana kita mencari balasan kekal di dunia yang fana berdasalkan amalan baik semasa ada hayat kehidupan.Satiu kekecewaan, adakah kita orang lain ingin mengetahui betapa hebat kejayaan yang abah telah hasilkan. Biarlah abah ceritakan nanti dalam tulisan yang lain supaya ianya terpahat dihati anak anak cucu bahawa abah bukan orang yang gagal. Pernahkah orang lain terfikir mahu mengimbas dan meninjau yang apa yang ada sekarang kerana adanya dahulu. Kadangkala abah tidak henti henti memikirkan supaya bilakah kita boleh menjadi terbaik dihati orang orang yang membenci kita. Anak anak ku ingatlah memberi hidayat, keinsafan dan meruntunkan hati ialah kerja ALLAH. Rayuan abah pada ALLAH supaya semua orang juga boleh menilai diri mereka yang sebenarnya.

Apakah ini yang selayaknya abah mu terima, oh tidak abah mu perlu terus menerima balasannya selagi hayat dikandung badan, tidak akan terjadi " anjing galak babi berani" kerana ianya adalah ujian dari Allah. Doa abah supaya rakan rakan abah merasai keinsafan dan dibulan Ramadhan Mubarak ini janganlah mereka yang memusuhi keluarga kita kerana menjadi "bagai terkukur mengikut kata". Adakah tidak cukup teruk hamba Allah ini  dibelasah, tanpa pembelaan dan peluang sekata. Tinggal sisa sial Ramadhan marilah kita kuatkan ibadah dan muga muga Allah makbulkan doa kita.

Siapa antara penzalim yang boleh menjadi contoh terbaik dkalangan semua manusia sekarang? Kata pepatah lama " bagaimana tak menggigit telunjuk melihat air hujan turunnya keruh". Iulah terjadi kerana kita akan suatu masa berbeza pendapat. Siapakah dia dikalangan yang membenci kita adalah ROLE MODEL, Tepuk dada tanya selera. Waullah Hu Aklam.