MENCINTAI RASULLAULAH KEPADA MU ALLAH AKU BERSERAH

Sunday, August 22, 2010

RUANGAN BERIBADAH

Ruang lingkup ‘ibadah di dalam Islam amat luas sekali. Ianya merangkumi setiap kegiatan kehidupan manusia. Setiap apa yang dilakukan baik yang bersangkut dengan individu mahupun dengan masyarakat adalah ‘ibadah menurut islam selagi mana ia memenuhi syarat-syarat tertentu.
Syarat–syarat tersebut adalah seperti berikut
i. ‘Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui islam bersesuaian dengan hukum-hukum syara’ dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersebut. Adapun ‘amalan-’amalan yang diingkari oleh Islam dan ada hubungan dengan yang haram dan ma’siat, maka tidaklah sekali-kali ia dijadikan ‘amalan ‘ibadah.

ii. ‘Amalan tersebut dilakukan dengan niat yang balk bagi tujuan untuk memelihara kehormatan diri, menyenangkan keluarganya, memberi manfa’at kepada umat seluruhnya dan bagi mema’murkan bumi sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah.
iii ‘Amalan tersebut mestilah dibuat dengan seelok-eloknya bagi menepati apa yang ditetapkan oleh Rasulullah (s.a.w.):

“Bahawa Allah suka apabila seseorang dari kamu membuat sesuatu kerana dengan memperelokkan kerjanya. “ (Muslim)

iv. Ketika membuat ‘amalan tersebut hendaklah Sentiasa menurut hukum-hukum syara’ dan ketentuan batasnya, tidak menzalimi orang lain, tidak khianat, tidak menipu dan tidak menincds atau merampas hak orang.

v. Tidak mencuaikan ‘ibadah-’ibadah khusus seperti salat zakat dan sebagainya dalam melaksanakan ‘ibadah-’ibadah umum

Firman Allah
“Wahai orang-orang yang beriman janganlah harta-harta dan anak-anak kamu melalaikan kamu dari mengingati Allah batangsiapa berbuat demikian maka mereka sebenarnya orang-orang yang rugi. “
(Al-Munafiqun 9). Jadi, bila sahaja seorang mu’min dapat menyempurnakan kelima-lima syarat di atas dalam mengendalikan segala pekerjaan dan urusan hidupnya setiap hari, maka dia akan dikira sentiasa ber’ibadah kepada Allah meskipun dia tidak duduk di dalam masjid ketika membuat kerja-kerja tersebut. Tidak terkongkong pada sesuatu tempat perlbadatan sahaja. Di dalam Islam perlaksanaan ‘ibadah tidak tertakluk kepada tempat-tempat tertentu. Seluruh bumi Allah adalah tempat ber’ibadah bagi para mu’min. .

Firman Allah
Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezekiNya. Dan hanya kepada-Nyalah kamu (kembali) setelah dibangkitkan. “ (Al-Mulk: 15). Di dalam Islarn ibadah boleh dilakukan di mana-mana sahaja kerana di mana sahaja seseorang itu berada, perhubungannya adalah terus kepada Allah Islam menganggap seluruh bumi sebagai masjid kecuali tempat-tempat yang najis dan kotor Itulah sebabnya Rasulullah (s.a.w.) salat di mana-mana sahaja baginda berada, sama ada di tengah-tengah padang pasir atau di atas kenderaannya.

No comments: