MENCINTAI RASULLAULAH KEPADA MU ALLAH AKU BERSERAH

Thursday, August 19, 2010

MARII KITA SEMUA BERKERJASAMA

Anak Anak ku

Setiap budi yang ditaburkan janganlah meminta pembalasan. Apakah ini suatu pembelasan akan kebesaran Allah yang kita ini pengembara didalam perjalanan. Setiap kata nasihat hendaklah sepertiimana 'bagai menelan mastika embun". Kadangkala kita terpaksa melakukan "bagai menggalas gelas tiga, berat tak seberapa rintang yang lebih. Keputusan yang dibuat oleh sesaorang ketua ada masanya bagai membelah betong.  Justeru anak anak ku kita perlu bekerjasama melakukan yang terbaik demi untuk mencapai visi dan misi organisasi. Biarkan hal hal yang bersangkutan dengan orang atas itu diselesaikan oleh mereka kerana jika kita cuba cuba bertanam mumbang kelak kita dikatakan pula "chekur jerangau ada lagi di ubun ubun.

Anak anak ku,
Terharu dan sedih ayahanda melihat apa yang berlaku di dada dada akhbar, anak anak kecil, bayi yang tidak berdosa dibuang dalam tempat tempat yang manusia sendiri tidak sanggup untuk hidup, dilemaskan, diikat dan perkara yang tidak dapat digambarkan. Ketahuiilah anak anak ku bayi bayi yang tidak berdoasa ini akan menuntut haknya di akhirat kelak. Jauhilah dari perkara perkara keji tersebut dan bersegeralah bertaubat jika dalam hati masih ada rasa cinta pada Allah. Bekerjasamalah menyeru manusia ke arah kebajikan dan lancarkan kempen selamatkan anak anak kita. Sepertimana abah menjaga kamu dengan tinta kasih sayang maka begitulah anak anak ku jagalah zuriat dan keturunan kita agar mereka baik dan sentiasa takutkan Allah.

Waullah Hu Aklam

No comments: