MENCINTAI RASULLAULAH KEPADA MU ALLAH AKU BERSERAH

Wednesday, August 18, 2010

MELALUI MEDAN UJIAN IMAN

Anak anak ku

Kita mestilah menggunakan timbal balik dalam komen yang diberikan, kritis dan memandang ke hadapan. Justeru amati kembali  semangat juang perjanjian 'Baitur Ridhuan" bagaimana semua kaum wanita  muslim berbaiah  menyatakan kesanggupannya untuk memelihara dan menegakkan kebenaran bersama sama Rasullalullah saw. Segala yang boleh difikirkan dengan hati yang cekal dan mantap tidak kira apa sekali pun dengan membulatkan niat insyallah Allah akan membantu kita. Dengan hati kita tidak menyetujui akan kemungkaran dan ketidakadilan yang berlaku disekeliling kita. Teringat abah akan kata kata di pejabat Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya " Jangan selalu berkawan dengan orang yang suka membuat keburukan ditakuti nanti keburukkan itu akan  menjadi kebiasaan kepada kita pula".

Betulkah kita semua dihargai Anak anak ku, mereka yang berdarjat tinggi dan berkuasa sekali. Mereka tidak boleh didakwa dan mereka yang berkuasa akan terus mendakwa kerana kata kata mereka tidak ada sesiapa yang mempersoalkan atau boleh dipertikaikan. Budi bicara. Anak anak ku mentari masih lagi menyinar dan masih dalam pusingan dan dunia belum lagi qiamat. Masih ada lagi orang yang bersimpati dan selagi keburukan dan ketidakadilan dibiarkan lebih ramai lagi akan dibuka hatinya melihat kebenaran. Bukan mudah pucuk pimpinan hendak mengetahui segala kedangkalan kerana mereka juga sibuk dengan "keseriusan glokal" dan perkara dibawahan adalah urusan dalaman yang mana mesti diselesaikan sendiri oleh anak anak ku.

Kita perlu belajar dari kesilapan dan mempercayai bahawa kematangan dan kecekapan itu hanya akan berlaku jika kita benar benar ikhlas mahu membuat keputusan yang betul. Allah pandai bergurau kerana ada yang kelak akan ketawa dan ada yang akan menangis mengiringi kekesalannya seperti pepatah " mata telah rabun bandar pun terbuka, gigi telah tanggal tebu pun menjadi".  Jangan menjadi Lebai Malang yang kerugian segala galanya. Akhir kalam marilah kita BERLAPAR, MENGHIDUPKAN MALAM , BERDIAM DIRI DAN MENGASINGKAN DIRI. Waullah Hu aklam.

No comments: