MENCINTAI RASULLAULAH KEPADA MU ALLAH AKU BERSERAH

Thursday, August 19, 2010

MENSELARIKAN ILMU, CABARAN DAN PEMIMPINAN MASA DEPAN

Anak Anak ku,
Bila diplomasi gagal maka benteng pertahanan pertama telah musnah, namun perdapat pendapat untuk reformis masih belum terkubur. Sungai mengalir lesu tetapi biomass didalamnya akan terus membiak.Melalui empowerment GAGASAN BARU (idealisma dan pandangan ) hendaklah dibenarkan hidup subur. Generasi baru adalah episod pemula dimana generasi 40an hendaklah bersedia menupang mereka dan menunjukkan apakah itu ciri ciri sebenar pemimpinan. Bantuan baru dalam bentuk mentoring dan perluasan dari sekatan sekatan fizikal hendaklah dikurangkan. Teori, dasar dan prinsip bikinan manusia hendaklah melalui "load test" dan ideologi agama sebagai teras JANGAN SEKAL KALI ditolak ketepi seperti kata papatah lama "Berebut tempurung hanyut, tangan luka tempurung tak dapat"..

Setiap manusia yang lahir telah ditentukan Allah swt jodohnya, matinya dan rezekinya. Semuanya diperolehi berdasarkan talent atau bakat semulajadi yang dianugerahi oleh Maha Pencipta. Jangan sekali kali kita mencaci kekurangan atau kelebihan sesaorang itu hanya dari satu perspektif yang tidak bersamaan dengan empunya diri kita. Belajar memahami karektor sesaorang itu sepertimana kita sabar untuk memahami karektor anak anak kita. Kalau kita asyik memarahinya maka bilakah dia akan belajar. Kita mulai memaafkan sesaorang setelah kita belajar akan karektor dan "being in the person shoes". Karetor kita juga belum sempurna jika masih ada orang yang menegur serta ingatlah Allah mengingatkan kita berulang ulang kali antaranya " adakah kamu mahu berfikir".

Anak anak ku, untuk menjadi pemimpin yang baik kita hendaklah membawa diri dengan menjadi "local" bukan seorang foreigner ( orang asing) dan menkolonikan negara tersebut menuruti acuan. Inilah yang terjadi jika kita membaca sejarah Dato' Maharaja Lela, Dato Bahaman dan Rosli Dhobi. Suatu ketika semua orang orang Melayu khususnya mengatakan pemimpin tersebut penderhaka kerana masyarakat pada waktu itu menyanjung tinggi pendapat orang atasan yang ditakuti kerana kuasanya kini terbukti betapa mereka yang terkorban adalah prajurit dan pencinta agama dan negara. Mereka terkorban kerana prinsip perjuangan tetapi mereka tahu perjuangan memerlukan pergorbanan. Guru guru pondok dan sekolah kebangsaan pra merdeka adalah ilmuan dan mereka megetuai cabaran membina organisasi yang ada sekarang. Anak anak ku abah membesar bersama sama mereka dan merasi picisan kesengsaraan selepas merdeka. Abah dilahirkan dari keturunan Melayu [Bugis dan Banjar] yang merantau jauh dan hati leluhur kita adalah MANTAP dan teguh pendirian dan kita diakui kuat memegang budaya dan agama.  Spertimana ibu mu juga dari  leluhur China, Melayu Dusun dan Jepun penuh dengan semangat Bushido, rajin bekerja dan taaatkan ugama. Adunan kesemuanya sepatutnya menjadikan kamu semua lebih kuat dan cerdik dari "ancestor" masing masing. Selarikanlah ketiga tiga perkara tersebut insyallah kita akan terus kekal di dunia. Waullah Hu Aklam

No comments: