MENCINTAI RASULLAULAH KEPADA MU ALLAH AKU BERSERAH

Thursday, July 22, 2010

BERUBAH MENGHADAPI RAMADAN MUBARAK

Bicara buat ahli keluarga ku,
Alhamdulillah abah bertahan juga dengan perangai kamu, kerana atuk dan opah pernah memberitahu tak banyak sedikit akan terikut ikut macam kamu nanti. Betul juga kata opah ada juga yang baik dan tak baik yang dikuti tapi perubahan beransur ansur itu perlu ke arah kebaikan. Tak lama lagi nak puasa kebiasaannya kita cubalah berikrar agar puasa kali ini menjadi lebih baik dari tahun tahun sebelumnya. Kurangkan berkata kata yang tidak perlu dan menambahkan pahala dengan zikir dan solat jika terdaya. Alhamdulillah semakin berumur ini abah semakin jelas akan tanda tanda yang kita hanya meminjam sedikit dari waktu di dunia. Insyallah berikrar dan akan memburu malam yang penuh berkat Lailatul Kadar.

Anak ku, Insyallah rezeki jika ada lebih kita akan buat yang baik menambahkan amal. Abah kalau dah dekat bulan puasa ni plan nak bawa mak  solat tarawikh.  Kamu esok esok bila dah kahwin bawa isteri ke masjidkalau malas ambil yang 8 rakaat. Jangan tinggalkan minta doa dari Allah, minta doa pada Allah jangan tunggu time...setiap masa berdoalah padanya. Minta yang baik baik dan minta dia berikan petunjuk, insyallah Allah akan beri....Waullah Hu Aklam

No comments: