MENCINTAI RASULLAULAH KEPADA MU ALLAH AKU BERSERAH

Saturday, July 24, 2010

KERANA KAU DAN AKU ADALAH HAMBA ALLAH

Buat anak anak ku,
Teringat pada masa di sekolah dahulu kepada ajaran guru ialah supaya kita berusaha gigih bagi membangunkan negara dan tuntutan agama islam. Tunjukkan kepada orang lain bahawa kita ini boleh menjadi seperti mereka maju dengan berpegang kepada agama. Jangan membuat keputusan  dorongan mengikuti hawa nafsu, beri pertimbangan wajar pada semua pihak. Kata peribahasa lama " asal ditugal adalah beni". Jika ada kawan kawan yang lemah dalam apa apa bidang, tolonglah mereka tidak kira apa agama sekalipun berbuat baik itu perlu. Isi hati , dendam dan tamak haloba tidak membawa kemana mana. Biar kita berkawan dengan semua orang, mengambil kesempatan terhadap orang lain atau jadikan orang lain tunggangan akan memberi akibat pada diri sendiri suatu masa nanti. Berani bersemuka dan berterus terang jika diminta, cuba memahami kenapa sesaorang menjadi jahat dan berbuat baik kerana SEBAB MUSABAB yang demikian itu penting. 

Anak kita merengek kerana LAPAR, Sahabat kita berbaik baik dengan kita kerana NAK MENIRU pendek kata orang tidak jadi miskin kerana ada yang kaya, orang tidak menjadi JAHAT kerana tidak ditindas, orang tidak berlaku ZALIM jika pekertinya rendah dan orang malas mengikuti PERINTAH AGAMA kerana dorongan nafsu. Wajahkah kita menghukum dan menyalahkan seorang yang sebenarnya baik pekerti tanpa mengetahui SEBAB MUSABAB. Jika kita terlanjur, orang juga boleh terlajak, tapi renungkanlah disebalik masa ALLAH masihmemberi kita petunjuk dan pedoman dan sebelum kemurkaan ALLAH. Mohonlah keampunan dan berikan dan kembalikan sesuatu itu pada haknya, jika kita mengambil hak orang lain maka Allah akan mengambil bahagian kita dengan lebih dahsyat lagi. Ini pernah terjadi pada saya dan sahabat bila kita mengambil hak "wang" maka kerugian dan kehilangannya lebih besar.

Ustaz selalu berkata orang yang dizalimi doanya akan sampai pada  orang yang menzalimi sepantas  kilat.  Anak ku baca cerita bagaimana bermulanya penaklukan Yunani dan Byzantine oleh tentera islam. Seorang perempuan muslimin yang cuba diaibkan maka beliau berdoa kepada Allah dan rintihannya kepada Allah didengari oleh Khalifah Umar Ibnu Khattab lantas beliau mengerahkan bala tentera islam menawan pihak Byzantine. Dengan pertolongan Allah negara tersebut dimerdekakan dan kisah ini diceritakan dari tahun ke tahun. Inilah yangmembuatkan hati keciku sentiasa takut untuk menganiyai sesiapa pun. Waullah Hu Aklam

No comments: