MENCINTAI RASULLAULAH KEPADA MU ALLAH AKU BERSERAH

Saturday, July 24, 2010

MENGINGATI SEMULA TOK GURU

Bicara buat anak anak ku,
Pagi ini perasaan sedih terasa bila selepas solat dan bacaan yassin teringat kepada aruah tuan tuan guru. Alhamdulillah pernah dan sempat juga bersalaman dengan ex lecturer dan ahli politik hebat seperti Al Marhum Ustaz Fadzil Noor di Bukit Raya dansemasa bertugas di LT Tawau, sedih tak dapat mengiringi jenazah beliau. Dikhabarkan semasa meninggal dunia trafik jam dan rakan rakan dari segenap aliran politik datang memberi penghormatannya.

Pada tahun 70an terdapat 2 orang yang disebut keramat hidup iaitu Tok Guru Hj Dak dan Tok Guru Hj Aziz. Kebiasaan sebelum exam SPM , SRP dan Penilaian Darjah 5 , penuntut [orang lama sekitar 40an ke atas] dan ibu bapa mereka seluruh Malaysia mengunjungi aruah kedua mereka. Kini apa telah terjadi pada peninggalan mereka berdua. Semoga Allah mencucuri rahmat atas roh beliau sekeluarga- Amin.Ya Rabbul Alamin

No comments: