MENCINTAI RASULLAULAH KEPADA MU ALLAH AKU BERSERAH

Tuesday, July 20, 2010

KEPERIHATINAN DAN PENGAJARAN SEMALAM

Buat Anak Anak ku,
Alhamdulillah hari ini adalah seperti hari hari lain yang biasa. Teringat cerita semalam yang dibualkan bersama mak kamu semalam. Walaupun tugasan yang diberi berat tapi abah laksanakan juga kerana ini adalah amanah kepada pekerja pekerjanya.  Mendukung tinggi nilai murni insyallah selagi diperlukan akan sentiasa berbuat yang terbaik untuk syarikat. Jika berminat dengan perniagaan maka teruskan dan jangan berharap pada satu mata pencarian insyallah.

Semalam abah tengok cerita  kartun Bleech dan kata kata pertarungan antara Renji Kaparai dan Ichigo wah sangat baik hingga abah jadikan tajuk posting semalam. Pedang belati - Zampaktoo  beliau bukan digunakan sebarangan untuk menetak musuh walaupun musuh membenci. Pedang adalah alat anak ku tapi bukan untuk membunuh musuh malah bawalah musuh itu ke pangkal jalan. Terompah merah telah mengajar Ichigo bagaimana hendak menggunakan segenap Dalam tugasan abah seharian kita banyak musuh kerana tidak semua orang kan bersetuju dengan apa yang kita temui dan kita cakapkan. Walaupun agama menyuruh "bercakap benarlah walaupun pahit". Insyallah kita perlu berhikmah....bacalah  buku Tsun Tze ianya dicipta oleh orang yang bukan seugama kita tetapi mereka adalah pakar strategi dan banyak general perang yang mengikuti strategi mereka. Tapi anak ku ingatlah apa terjadi  pada zaman Rasullaullah saw dalam beberapa peperangannya. Kita haruslah bersabar dan insyallah orang akan memahaminya. Waullah Hu Aklam.

No comments: